Wednesday, November 10, 2010

exam dah dekat....tp ??

xlama lagi dah nak exam tp malas bebenor nak baca buku....Ya Allah,tolonglah ringankan sikit aku nak buka buku,nak cari ilmu untuk peperiksaan ini....


kita nak keputusan yang paling baik,tp usaha tidak ada....kta nak dapat anugerah dekan,anugerah perlajar terbaik tapi still lagi dengan malas yang xda penghujung....masyaAllah...sedihnya..
namun begitu, dimana ada kemahuan disitu ada jalan...tolong doakan kejayaan kita bersama yerk...
moga rahamt Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita semua...amin...

Kalimat ketenangan hati...

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.



ingatlah...setiap apa yang kita lafazkan akan dipandang oleh Allah....samaada membawa keburukan atau kebaikan...marilah kita sama amar makruf nahi mungkar...selamat meramal ...:)

Monday, November 8, 2010

kalau Allah itu baik,kenapa Dia buat neraka ??

  



Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Sunday, November 7, 2010

akoo+sayer+me+ana...

aku datang dari keluarga yang sederhana..ibu bapa seorang guru sekolah menengah,dan aku anak sulung dari 8 adik-beradik...fuh,,ramai,kan...namun itulah tanggungjawab yang harus aku tunaikan..tanggungjawab yang telah Allah amanahkan pada aku....huhuhu...secara amnya,nama penuh aku sabihah sabri...berasala dari kuala terengganu,memang anak jati terengganu aku nie...hehehe..aku ada adik yang paling rapat dgn adk bawah aku berumur 19 tahun,namanya hud bin sabri,melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya,Nilam Puri ,Kelantan dalam bidang syariah....dia selalu memberi teguran pada aku tentang agama,walau aku degil dia tetap tidak berputus asa....kuii~~(sepatut kakak tegur adik tp terbalik...)


umi dan abah aku pula seorang ibu bapa yang sangat caring tapi tegas..kadang2 aku pun takut ngn diorang...aku kagum dgn umi dan abah aku dapat besarkan adik2 aku 8 orang dengn penuh tabah dan sabar...mereka berdua berumur 46 tahun,memiliki kegemaran yang sama iaitu suka bertanam...emm,habis rumah aku dipenuhi dengan tanaman..cantik lar jugak hasil tangan diorang...umi aku suka sangat memasak,selalu memasak lauk kegemaran aku iaitu tomyam ayam..(memang kaw)..rindu sangat pd masakan umi....kalu hari raya,kitorang selalu paw duit raya walau kitaorang dah besar...inilah umi dan abah aku yang tersayang...dipersilakan...


kalu aku cerita pasal keluarga aku disini,memang tak cukup muka surat nak tulis..huhuhu...cukup lar jika korang tahu serba sedkit keluarga aku..my family,my heart...nama adik aku ialah sabihah,hud,irfah,ziad,anas,muhammad,nasuha dan izzah,,memang penat nak baca,kan...tp itulah realiti keluarga aku...kadang2 seronok ada keluarga besar,kita boleh share kegembiraan dan kesedihan kita dengan mereka,,,,

kAtA-kAtA aJaIb+HiKmAh...


) Tiada kejayaan yang datang tanpa didahului oleh kegagalan....

) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
 
) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan. 
 
) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yan
 
) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya. 
 
) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 
 
) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 
 
) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.
) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki. 
 
) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama. 
 
) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintaran.



Wednesday, November 3, 2010

nilai 20 sen...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

kehidupan yang sementara...

hidup ini mempunyai pelbagai ragam dan kerenah,pelbagai warna warni kehidupan...tangisan,air mata,penderitaan,kesedihan,kegemibraa,kebahagiaan,senyum tawa semuanya adalah nikmat kehidupan.setiap orang akan mengalami perasaan itu tanpa kita sedari. in mengajar kita erti kehidupan yang sementara,namun hanya orang yang bijak pandai sahaja yang pandai menilainya.....
kita tidak sedar masa kian berlalu,zaman semakin meningkat,umur semakin bertambah dan kehidupan semakin singkat...bagaimana persediaan kita untuk menghadapi Allah kelak? adakah kita sudah bersedia dengan persoalan2 yang bakal menempatkan kita di syurga jannatul naim atau neraka jahannam ??masih terlalu banyak persoalan kehidupan yang belum terungkai...
Allah pernah berfirman yang bermaksud aku menciptakan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepadaKu...konteks ibadat sangat luas,ia meliputi segala aspek dalam kehidupan..
walau sebesar zarah sekalipun kebaikan yang dilakukan,ia tetap dalam pengetahuan Allah yang Maha Agung,bermula dengan bangun tidur hidup kita sudah dirancang oleh Azza Wa Jalla...
setiap apa yang berlaku dalam kehidupan,adalah dengan keizinanNya...walaupun tumbuh sebiji jerawat atau luka terkena pisau,jua kerana perancanganNya...kerana sebaik-baik perancangan adalah datang Allah sendiri,Dia lebih memahami diri kita sendiri berbanding diri kita kerana Dia lah yang menciptakan diri ini...Dia memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita harapkan mungkin harapan yang kita sandarkan itu memberi mudharat pada kita di masa akan datang...
janganlah kita cepat mengeluh dan bersangka buruk pada Allah kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya...jangan lah kamu cepat berputus rahmat Allah kerana mereka yang terputus rahmat Allah adalah orang2 yang rugi...hamba yang bertaqwa adalah hamba yang redha setiap ujian dan dugaan yang diberikan,sentiasa berzikir dan memuji Allah Azza Wa Jalla....semoga dirimu sentiasa berada dalam rahmat Ilahi...

bunga bidadari pujaan

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.



Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Tuesday, November 2, 2010

kisah sebiji epal muram


Banyak epal jatuh berguguran..

Lalu dikutip dan di santap oleh ramai orang..

lazatnya xterkira..

Begitu mudah untuk mendapatkan epal tersebut..

Tanpa perlu bersusah payah untuk memetiknya..

Epal tersebut telah menggugurkan diri untuk di makan..



Hal yang demikian telah membuatkan epal di atas bukit bermuram dan bersedih hati..

Kerana tiada siapa yang ingin memakannya..

Mahupun memetiknya..

Kerana epal tersebut berada jauh di ataz bukit..

Lalu epal tersebut berfikir untuk menggugurkan dirinya..



Maka seseorang telah berkata kepada epal tersebut..

Jangan kau gugurkan dirimu seperti epal2 yang murah di bawah bukit sana..

Kau adalah epal yang mahal..

Yang hanya akan dipetik oleh seseorang yang sanggup bersusah dan berusaha untuk mendapatkanmu..

Dan akan merasa kemanisan sebenarmu

Setelah bersusah payah mendapatkanmu..



Samalah seperti seorang wanita...

Janganlah kamu jadi seperti epal yang murah di bawah bukit..

Jadilah seperti epal di atas bukit..

Hanya lelaki yang bersungguh-sungguh dan bersusah payah berhak mendapatmu..

seorang isteri solehah penyejuk mata suami...



Aliyah

" Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam
seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia                     
menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah
Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,
bangun lantas
menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya
yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat
mengenali isterinya. Jodoh yang diatur
keluarga hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat
jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau
mampu untuk beri
makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup
bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di
rumah. Pagi-pagi,
selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk
ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-
anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi
Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.



"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah
bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu
sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
menggilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah
selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak
dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara
yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-
dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera
yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup
diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg
faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia
sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri
pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.
Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati
kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah
dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan
dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian
lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban
malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis
kuliah agama. Membaca AlQuran secara
bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-
benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.
Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis
air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari
itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti
biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya. "Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis
perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama
Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.

************ ********* ********* ********* *********
********* ********* **
Kepada:

Asraf Mukmin,
Suami tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna
cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka
perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga
redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah
jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini
Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia
memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak
nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang
mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah
sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret
ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu
untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang
pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah
berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita
sekeluarga singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan western
food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut
selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la
pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan
menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap
satu persatu,
Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat
membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg
di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah
sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding
denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.

Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !

kisah siti fatimah,puteri junjungan Rasullullah

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka


Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :

1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,

4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.