Tuesday, August 30, 2011

salam Aidilfitri!!!!!!!!!!...selamat ari raya..^_______^

assalamalaikum!..hyep..
semoga korang kat luar semua hepy2 and ceria2 selalu...1 syawal diberi oleh Allah sebagai tanda 'hadiah' kepada umat islam yng berpuasa dlm Ramadhan...
terima kasih pada kawan2,family,sahabat dan teman2 yng wish raya kat aku..penuh inbox..dulu dok tggu posmen dtg hntr kad raya..sekarang kad raya da tak aktif dah...
apa pon..semoga syawal kali ini membawa keberkatan dan rahmat dalam kehidupan kita semua..~amin~...selamat makan kueh raya...selamat maen mercun...dan selamat mengutip duet raya..:D

Thursday, August 25, 2011

~7 soalan dari HAWA ,1 Jawapan dari ADAM~...


Kaum wanita selalu cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.
Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat …sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.
Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.
Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga.
Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak!
Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.
Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.
Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah.
Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…
Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina..
Dan mempesona kerana memaafkan. Wanita cantik, mengasihi tanpa marah dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah….
Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok… Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba..
“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika”

SUMBER :: DIARI HARI

37 !fakta menarik mengenai makhluk bernama~ADAM~


  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
SUMBER:::DIARI HATI

Wednesday, August 24, 2011

~Seutas gelang tangan zamrud~







Suraya menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak “kari kapitan kepala ikan merah” kesukaan suaminya.
Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Fadzli suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Suraya mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini. Anak-anaknya,Safura dan Saiful siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadzli, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Fadzli mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Suraya tidak salah pilih.
Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Suraya, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Fadzli, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah.
Suraya faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadzli tidak akan dapat membahagiakan Suraya, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Fadzli sebagai kerani.Tetapi Suraya sudah nekad. Dia tahu Fadzli bukan pemuda sebarangan.
Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Fadzli sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting, Fadzli menyintainya sepenuh hati. Perlahan Suraya mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Suraya diijab kabulkan dengan Fadzli dalam majlis yang penuh ceria.
“Assalamualaikum……”, kedengaran suara memberi salam. Suraya tersentak. “Abang! Walaikumsalam…”, senyumnya melebar melihat Fadzli dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang.
Sebuah ciuman singgah di dahi Suraya. “Terperanjat Sue! Bila abang masuk? Sue tak dengar bunyi pintu dibuka pun?” “Saje aje. Nak ‘suprise’kan Sue!”, Fadzli membelai lembut rambut isterinya.
Bau wangi singgah dihidung Suraya. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadzli. Mungkin Fadzli beli perfume” yang baru dari Penang, fikir Suraya.
“Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…”, ringkas jawapan Fadzli “Habis kereta abang?” “Pada Norman…”, jawab Fadzli.”Oh patutlah..”, Suraya hanya menganggukkan kepala.
Dia kenal benar pada Norman, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Norman menumpang kereta Fadzli.
Sementara Jat, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan Riezman, rakan kongsi mereka yang ke empat.
“Hah!Jat tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….,” tanya Suraya. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jat, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.
“Nanti dia datang…….,” ujar Fadzli “Mana budak-budak Sue…?” tanya Fadzli. “Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu… main basikal satu hari.”
“Basikal?” tanya Fadzli. “Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu…,” jawab Suraya sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadzli di depannya.
“Abang laparlah..belum makan. Sue masak apa?” “Ah…. Sue masak lauk favourite abanglah…,” senyuman Suraya melerek.
“Kari Kapitan?” teka Fadzli. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Sue siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”
“Habis dengan mamanya tak rindu ke?” usik Suraya. “Tersangatlah rindu…” jawab Fadzli lalu mengucup dahi isterinya lagi.Suraya tersenyum melihat Fadzli berlalu.





Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadzli yang penyayang. Fadzli terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri.

Apatah lagi disaat mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadzli merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir.
Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu Fadzli fikirkan. Dia tahu, Suraya seorang wanita yang cekal hatinya.
Apa pun rintangan pasti Suraya dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian.
Suraya masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadzli menyeka air mata. Suraya hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadzli menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu.
Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Suraya walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Suraya.
“Bang… kenapa ni…?” Fadzli mengangkat muka, memandang Suraya. “Sue…kalau apa-apa jadi pada abang, Sue jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya…” ujar Fadzli lembut.
“Eh….apa abang merepek ni.. sudah.. mari kita makan.Sue dah siapkan tue” Sue janji dengan abang dulu….” rayu Fadzli. Suraya merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadzli hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadzli berperangai pelik seperti ini.
“Yalah…Sue janji..” akhirnya Suraya bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi.
“Sue…abang ada belikan Sue sesuatu…,” ujar Fadzli sambil menyeluk pokek seluarnya.
“Eh……gelang zamrud….,” senyum Suraya tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.
“Sue ingat tak gelang nie?”. Gembira benar hati Fadzli melihat keriangan di wajah Suraya. “Ingat!!!!!” Suraya mengerutkan dahinya
Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi ‘honeymoon’ di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Sue suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Sue.
Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Sue. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jat, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli…”
Terpegun Suraya mendengar cerita Fadzli. Sungguh tidak disangka, setelah sekian lama, Fadzli masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya.
Kasih-sayang Fadzli selama ini sudah cukup buatnya.”Terima kasih bang….,” Suraya memeluk suaminya.
“Happy seventh anniversary sayang… I love you…,” bisik Fadzli ke telinga Suraya.
“I love you too..”, balas Suraya. Air jernih mula tergenang di anak matanya.
Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jat agaknya tu” bisik Fadzli. “Tak pa. Biar Sue yang buka pintu…”,
Suraya bangun melepaskan pelukannya. “Sue….,” Fadzli menyambar tangan Suraya. “I love you… very very much…..,”
Fadzli mengucup tangan Suraya, penuh kasih. “Me too..,” jawab Suraya pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka, terpacullah wajah Jat dengan rambut
yang kusut masai.

“Hai..Jat. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Suraya. Jat hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.
“Suee…can you please sit down..,” pinta Jat. Suraya mengerut dahi. Apa kena dengan si Jat ni agaknya? detik hatinya.
“Please… I have something very important to tell you…,” pinta Jat lagi. Suraya semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jat tertunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya.
“Sue… apa pun yang Jat nak sampaikan ni, Jat nak Sue sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…,” perlahan ayat yang keluar dari mulut jatt.
“Apa yang you merepek ni Jat?”. Teka-teki terus bermain di benak Suraya. “Sue…….Fadzli….Fadzli kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Suee..,” tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Jat. Suraya tertawa kecil.





Sandiwara apa pulak yang Jat lakonkan nie..mengarut betul? Fadzlikan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jat…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat…,” balas Suraya.

“I’m serious Sue….Jat yang saksikan sendiri.. ” Suraya tersentak. Mana mungkin Jat berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya. Gurauan apakah ini..tergumam sendiri…
“Jat…..apa yang Jat repekkan ni… Fadzlikan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia….”
“Apa?Fadzli dah balik?” terbeliak mata Jat. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadzli di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir.
Malah, dia sendiri melihat bagaimana Fadzli dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Fadzli dibawa ke hospital dengan diikuti Norman dan Riezman, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Fadzli.
Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Suraya sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon Norman untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadzli pulang berjalan dengan lancar.
Mana mungkin Fadzli pulang ke rumah? “Jat…you dengar tak apa Sue cakap? Fadzli dah balik…”, Suraya mengejutkan Jat dari lamunannya.
“Suee…Jat tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jat sendiri yang melihat kejadian itu. Fadzli meninggal di pangkuan Jat….”
“Bohong… Fadzli dah balik… Nanti biar Sue panggil dia…,” Suraya semakin binggung. Apa tujuan Jat… bercerita yang bukan-bukan padanya?
Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Fadzli tiada di situ. Ah! Tentu Fadzli di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadzli. Tiada respon, dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadzli mungkin ke sana. Tiada juga.
Akhirnya setelah penat mencari,Suraya  terduduk di ruang makan. Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya.
Apakah benar yang Jat sampaikan? Mimpikah dia?Jat hanya memerhati gerak-geri Suraya. Pilu hatinya melihat Suraya berlari ke sana-sini mencari Fadzli yang dikatakan sudah pulang.
“Sue…arwahnya, mengamanatkan sesuatu…”, Jat menghulurkan kotak berwarna merah. Suraya hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jat hulurkan disambut juga. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu.

Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Suraya.
“Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Jat pasti benar ada seutas gelang zamrud
bersama subang tu…tapi puas Jat cari, tak jumpa juga”, sayu je suara yang keluar dari mulut Jat. Suraya memandang Jat.

Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadzli. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jat?”, tanyanya perlahan.Jatt tersentak.
Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadzli membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Fadzli menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Suraya. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Suray?
Apakah benar keterangan Suraya bahawa Fadzli sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Suraya? Kalau benar, bagaimana?

Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya.Suraya hanya mampu menangis. Dia memandang ‘kari-kapitan’ yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah.

Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Fadzli sudah tiada.. Sebagaimana kata Jat, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?
Sungguh sukar untuk Suraya menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Suraya masih mengharap akan kepulangan Fadzli, sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya.





Hanya apabila jenazah Fadzli tiba di rumah, barulah Suraya yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya
kataakhirpenaja::hargailah apa yng ada sementara Allah memberi kita peluang mengecapinya...menyesal kemudian xberguna lagi...jadilah seorang hamba yng sentiasa bersyukur diatas nikma

Wednesday, August 17, 2011

perbezaan antara SI ALIM & SI ABID

Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.

Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.


SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.


SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik. 

10 fonemena yang menakjubkan..~Allahuakbar~


Begitu banyak Fenomena yang terjadi di dunia ini, malah ada yang beberapa fenomena tidak boleh kita percayai kerana tidak langsung melihatnya.
1. Ice Circles


Lingkaran ais merupakan fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di air yang bersuhu sejuk. Lingkaran ais-ais besar ini dapat ditemui di Skandinavia dan Amerika Utara, dan kejadian yang terbaru terjadi di England, pada Januari 2009.
2. Red Tides


Sebuah fenomena alam yang terjadi kerana berkumpulnya mikroorganisme dipesisir tempat bercantumnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah.
3. Columnar Basalt


Formasi batu-batuan yang terbentuk disebabkan lava dari letusan gunung yang membeku. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant’s Causeway di Irlandia Utara.


4. Sun Dogs


Fenomena di mana matahari kelihatan seperti ada 3.

5. Moeraki Boulders


Batu-batu berbentuk bulat yg berada di tepi pantai, terbentuk kerana hakisan ombak, yang terkenal berada di Pantai Koekohe.

6. Penitentes


Fenomena alam yang hanya terjadi di tempat antara Chile dan Argentina, iaitu salji di permukaan yang tinggi yang runcing kerana tiupan angin yang kuat di Pergunungan Andes.

7. Light Pillars


http://news.nationalgeographic.com/news/2009/02/photogalleries/light-pillars/images/primary/090219-01-night-light-pillars_big.jpg
Fenomena visual yang tercipta kerana pantulan cahaya.

8. Catatumbo lightning


Orang Venezuela menamakan petir misteri itu Relampago del Catatumbo atau petir Catatumbo. Lokasi terjadinya petir ini di muara Sungai Catatumbo di Tasik Maracaribo, Venezuela. Kilat ini menyambar hebat dengan tinggi 5 km. Terjadi 140 kali malah sehingga 160 kali di malam hari dalam 1 tahun.
Setiap malamnya terjadi sambaran selama 10 Jam. Tiap jam terjadi sebanyak 280 kali sambaran. Jadi dalam setahun kurang lebih 448.000 kali sambaran!!! Petir ini terjadi kerana tumbukan angin kencang yang berasal dari Pergunungan Andes. Konon, petir ini adalah pembentuk lapisan ozon yang paling besar di bumi.

9. Cave of the Crystals


Gua yang berisi crystal terletak di kawasan perlombongan di Chihuahua. Mexico.

10. Pink and White Terraces


Keajaiban alam yang tinggal kenangan kerana dihancurkan oleh letusan gunung berapiT arawera pada tahun 1886, Fenomena alam air panas ini terbentuk dari semburan geiser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan ais, kolam air panas terbesar ini tercatat 3 hektar, sebelum kehancurannya fenomena ini masuk kedalam “The Eighth Wonder of the World”semut-angkrang

Tuesday, August 9, 2011

~epilog seorang PENZINA~

nama aku azroy <bukan nama sebenar>.. aku seorang penzina.. kali pertama aku berzina ialah ketika aku dengan kekasih pertama aku.. pada mulanya, aku langsung tak reti bersosial.. biasalah, masa muda-muda memang kita selalu nak mencuba sesuatu yang baru.. bila aku kapel dengan kekasih pertama aku aku excited gila babi.. dapat pegang tangan kekasih aku pun, aku dah rasa macam matured habis dah.. ada juga aku bercerita dengan rakan-rakan aku bahawa aku selalu berpegangan tangan dengan kekasih aku.. tapi aku tak lebih-lebih lah..



rakan-rakan aku mengherdik aku.. mereka mengatakan bahawa aku tak gentleman dan mereka menguatkan penyataan bahawa 'perempuan sebenarnya nak lebih dari itu'.. aku pantang dicabar.. disebabkan rakan-rakan aku memperkecilkan aku, aku mencuba untuk selangkah kehadapan.. dari berpegangan tangan, aku belajar untuk berciuman pula.. sedikit demi sedikit aku didik kekasih aku itu untuk belajar melakukan perkara yang best dalam hidup sehinggalah kami terlanjur dan berzina..

sepanjang aku berzina dengan kekasih aku, aku pandai mengawal tembakan aku.. aku tak pernah tembak ke 'dalam'.. jadi, aku tak risau kekasih aku mengandung.. aku selalu berfikir didalam hati aku "kenapa Islam haramkan perkara yang menyeronokkan seperti ini? mungkin tuhan tersilap tulis di dalam Al-Quran dan mungkin pengharaman itu keatas pancutan 'kedalam' sahaja".. aku tak peduli tentang itu semua.. asalkan aku dapat syurga dunia sudahlah..

selepas hampir setahun, kekasih aku meninggalkan aku dengan alasan aku merosakkan hidupnya dan tak mampu mendorongnya menjadi insan yang baik.. aku merelakan.. kerana aku yakin aku mampu mencari insan yang suka berseronok seperti aku lagi.. tak lama aku kesorangan.. seingat aku lebih kurang 3 bulan selepas itu aku berjaya mendapatkan kekasih hati baru..

kekasih aku yang kedua ini, agak sosial.. dia suka ke kelab malam dan juga seorang pemabuk yang tegar.. aku turut diajar minum arak kerana 'tak cool' katanya kalau tak minum arak.. biasanya pada malam minggu, selepas pulang dari kelab malam aku dan dia pasti akan berzina.. tapi perkara ini cuma berlarutan selama 1 bulan.. kemudian dia ada kekasih hati yang baru..

kali ini, aku agak runsing kerana berpisah dengan kekasih aku.. bukan apa.. kali terakhir aku bezina dengannya, aku rasa aku telah tertembak 'dalam' kerana aku mabuk ketika itu.. aku takut sekiranya kekasih barunya yang punya benih tapi aku yang terpaksa bertanggung jawab.. hidup aku tak tenteram.. seminggu sekali aku pasti akan menghubungi si dia untuk mengetahui dah datang haid atau belum..

segala kerja yang aku buat tak menjadi.. buat itu tak kena, buat ini tak kena.. hampir sebulan lamanya.. barulah si dia memberitahu bahawa haidnya sudah datang.. aku lega.. namun hati aku masih kuat ingin berzina dan mencari kekasih hati baru.. tapi aku tidak lagi minum arak dan masuk ke kelab malam.. aku dapat point kenapa Islam haramkan arak terhadap umatnya.. arak itu ibu segala maksiat..


kemudian, aku berkenalan pula dengan kekasih ketiga aku.. yang ini agak berlainan dengan sebelum ini.. dia bekerja di kedai makan berhampiran rumah aku.. apa yang aku tahu, kekasih baru aku ini adalah seorang yang bekerja keras untuk mendapatkan duit.. aku selalu memujinya.. walaupun begitu, dia tetap tewas dan turut berzina dengan aku.. aku bahagia.. dia pandai jaga hati aku dan pandai melayan aku ketika di ranjang..

rupanya bahagia ini tidak kekal lama.. setelah dua bulan bersamanya, dia mengatakan dia mengandung.. aku hairan.. aku bertanya "takkan dua bulan dah boleh tau mengandung?" dia membalas "i beli alat pregnancy test kat pharmacy".. dia meminta wang sebanyak RM5000 dari aku kerana ingin gugurkan kandungannya.. aku berkeras untuk tidak memberikan wang itu kerana aku rasa itu bukan anak aku dan aku tak perlu bertanggungjawab ke atas anak itu..

dia telah melaporkan hal itu kepada keluarganya.. abangnya telah membawa sekumpulan samseng untuk membelasah aku.. dan mereka telah mengkhabarkan tentang itu kepada keluarga aku.. aku malu.. aku malu dengan keluarga aku.. aku malu dengan masyarakat kerana dituduh tidak bertanggung jawab.. si dia kini berkahwin dengan bekas kekasihnya yang aku rasakan ayah sebenar kepada nak dalam kandungan itu..


selepas kekasih ketiga itu, aku tidak lagi berzina dengan sesiapa.. dan kini aku sudahpun berkahwin dengan insan yang sanggup menerima diri ini seadanya.. aku dikurniakan seorang anak perempuan.. aku sayang anak perempuan aku.. aku tak mahu sesiapa merosakkan atau meratah tubuh anak aku.. aku insaf.. bila dah sampai ke tahap ini, baru aku sedar kenapa Islam mengharamkan zina.. aku sering termenung kerana teringatkan dosa-dosa silam aku..

semua cerita ini, aku tak malu untuk ceritakan kepada rakan-rakan aku ataupun kenalan yang masih muda.. bukan untuk membuka keaiban sendiri.. kerana bagi aku, setiap ciptaan tuhan itu ada matlamatnya.. selagi tidak ada orang seperti aku bercerita, selagi itu orang takkan nampak point asal ajaran agama.. tapi satu ja yang aku harapkan, janganlah pandang aku sebagai insan hina dan....

kalau aku mati dalam keadaan hina suatu hari nanti,
anggaplah kewujudan aku sebagai pengajaran kepada semua ya


p/s : cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau telah mati.. tubelawak saja nak cuba imagine bagaimana keadaan kalau orang yang pernah buat silap dan menyesal dengan apa yang pernah dilakukan.. ada orang buat jahat konsisten sampai tua.. ada orang buat jahat awal, tapi lama-lama insaf.. kesimpulannya selagi tak kena kat batang hidung sendiri selagi tu manusia takkan sedar..

Sunday, August 7, 2011

~Lebih baik dari MENGEMIS~

Kisah ini aku lalui setahun yang lalu. Ketika itu, aku baru sahaja memasuki perkarangan masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Di tempat letak kereta, aku dihampiri oleh seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30-an. Dia berpakaian biasa, tetapi nampak lusuh. Dia mengetuk cermin keretaku. Aku nampak di bahunya tersandang satu beg besar seperti beg guni.
"Bang... Saya dari Patani bang. Saya bekas pelajar di sini, tetapi hari ini saya nak jual keropok"
Di dalam fikiranku, terlintas keropok berbungkus-bungkus yang telah ada di rumah.
"Alamak! Dah banyak la bang keropok kat rumah" Aku menjawab selamba.
"Abang... Saya jual ni nak menampung adik-adik sekolah dan mak sakit kat kampung." Dia cuba mengambil hatiku untuk membeli keropok itu.
Di dalam hati aku, terbit perasaan ragu-ragu terhadap lelaki ini sama ada beliau benar-benar memerlukan wang atau sengaja memaksa pelanggan membeli keropok itu.
"Abang... Satu RM25. Belilah satu". Pemuda itu masih menaruh harapan yang tinggi.
"Bukan saya tak nak beli, tapi kat rumah memang banyak. Beginilah, saya hadiahkan sedikit wang untuk adik-adik dan mak saudara di kampung." Aku menghulurkan seberapa banyak wang kertas yang telah ada di dalam kocek, tanpa kukira berapa jumlahnya.
"Eh abang... saya tak mahu terima. Saya tak mahu terima wang ini, saya bukan mengemis untuk bantu adik-adik dan mak. Biar saya jual barang dan untungnya saya bantu mereka." Tegasnya sambil melarikan tangannya ke belakang.
"Abang belilah keropok ini RM10 pun tak apa, asalkan saya tak rugi dan sedikit untung boleh bantu keluarga." Ujar pemuda itu.
Akhirnya aku kalah dengan hujah pemuda tersebut, "kalau begitu tak mengapa, saya ambil satu, boleh juga berikan kepada saudara-mara"
Dia menjualnya dan beredar mencari pembeli baru. Aku pula beredar memasuki masjid UPM untuk solat Maghrib. Namun, hatiku masih tertanya-tanya, 'adakah dia benar-benar ikhlas menjual kerana keluarganya? Kenapa dia tidak mahu menerima sedekah?'
Sementara menanti azan berkumandang, aku ternampak lelaki tadi telah bersongkok dan mengenakan kain sarung lebih bersih. Apabila iqamah disuarakan, dia tampil di saf pertama dan kami solat berjemaah.
Setelah selesai solat, aku nampak dia menadah tangan berdoa. Matanya berair.
Aku mula faham, begitulah kehidupan. Di kala kita susah, mungkin orang lain tidak berada di sisi kita untuk membantu dan seringkali kita berseorangan menghadapi kesusahan. Apatah lagi untuk mengurangkan beban dan memahami apa yang orang lain rasakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Aku juga sedar, aku tidak perlu berasa sangsi terhadap sesiapapun, kerana aku tidak layak menjadi hakim atas kebaikan dan keburukan sesiapa. Biarpun dia berbohong atau tidak, selagi aku ingin berjasa dan berbakti dengan ikhlas, kenapa tidak aku menjadi seorang yang lebih baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari dia. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Agaknya, dia merasakan rezekinya dan keluarganya lebih berkat sekiranya wang tersebut datangnya dari hasil usaha sendiri dan bukannya hasil mengemis.
Sesungguhnya, Allah S.W.T Maha Berkuasa. Hanya berbekalkan 15 minit, kesedaran itu datang memberi pengajaran.
Sebelum pulang, aku sempat menoleh ke arah lelaki itu yang telah mula berniaga semula. Terdetik di hatiku 'Alhamdulillah! Rezeki aku cukup untuk aku menyara keluargaku. Dan aku berdoa agar Allah S.W.T memperudahkan dan memurahkan rezeki hamba-Nya yang memerlukan ini. Sedang dia bekerja keras berniaga menyara keluarga, dia tidak lupa akan-Mu Ya Allah. Malah betapa ramai yang mengaku diri hamba-Mu, berkereta mewah berumah atap mahal, tetapi hati mereka tetap jauh dari-Mu. Ya Allah... Hati lelaki ini bersih, mengelak mengemis namun percaya akan rezeki Allah hebatnya turun melalui perniagaan. Ya Allah... berilah ketenangan dan kesenangan kepadanya.  Dan aku bersyukur atas apa yang aku perolehi hari ini.'
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud:
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya." H.R. Muslim
Rasulullah S.A.W menyeru umatnya bersedekah, sabda baginda S.A.W:
"Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah." H.R. Ahmad.
Allah S.W.T juga telah berfirman yang bermaksud:
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar! [Al-Hadiid 57:11]
- Artikel iluvislam.com

Tuesday, August 2, 2011

~Cintailah si dia Seadanya ~

Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika saya bersandar dibahunya yang bidang.
Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam tempoh perkahwinan,saya harus akui bahawa saya muai merasa bosan lantas alasan saya mencintainya dahulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.saya merindukan saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan gula-gula. tetapi semua itu tidak pernah saya dapat.Suami saya jauh berbeza dari apa yang saya harapkan.Rasa sensitifnya kurang.Ketidakmampuannya dalam mencipta suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah meranapkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari,saya beranikan diri untuk menyatakan keputusan saya kepadanya bahawa saya ingin perceraian. ''Menagapa ??''Dia bertanya dengan terkejut..''saya bosan,kamu tidak pernah memberikan cinta yang saya inginkan''.
Dia terdiam dan termenung panjang sepanjang malam didepan komputernya...tampak seolah olah sedang melakukan sesuatu,padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah.Seorang pemuda yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan darinya ??Dan akhirnya dia bertanya kepada saya..''Apa yang dapat saya lakukan untuk merubah fikiranmu ??''
Saya menatap matanya dalam dalam dan menjawab dengan perlahan..''saya ada satu pertanyaan''...''jika kamu dapat memberikan jawapan didalam hati saya,saya akan merubah fikiran saya''...''seandainya ,saya menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kamu memanjat gunung itu,kamu akan mati,apakah kamu akan melakukannya untuk saya ??''
Dia termenung dan akhirnya berkata ,''saya akan memberikan jawapannya besok ''
Hati saya terus gelisah ingin mendengar responsnya. Keesokan harinya,dia tidak ada dirumah dan saya terjumpa sehelai kertas dengan coretan tangannnya dibawah sebuah gelas yang berisi susu kesukaan saya yang bertulis....
''Sayang,saya tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan saya untuk menjelaskan alasan saya''..kalimat itu sudah cukup untuk menghancurkan hati saya yang sememangmya sudah luluh dengan perangainya...namun,saya melanjutkan pembacaan saya...
''Kamu boleh menaip di komputer dan sering mengacau di PC dan akhirnya menangis didepan monitor,saya akan memberkan jari-jari saya supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya..''
''Kamu selalu lupa membawa kunci rumah ketika kamu keluar rumah,dan saya akan memberikan kaki saya supaya dapat memecahkan pintu dan membuka pintu untukmu ketika pulang..''
''Kamu suka jalan-jalan ke bandar tetapi selalu melencong ke tempat-tempat baru yang kamu kunjungi,saya akan menunggu dirumah agar dapat memberikan mata saya untuk mengarahkanmu''....
''Kamu selalu kaku dan kejang pada waktu malam apabila 'teman baikmu' datang setiap bulan, dan saya akan memberikan tangan saya untuk memicit kakimu yang kejang''...
''Kamu suka tinggal dirumah , dan saya selalu khuatir kamu akan menjadi 'aneh' dan saya akan membelikan sesuatu yang dapat menghiburmu di rumah atau meminjam lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang saya alami''....
''Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untk kesihatan matamu,saya harus menjaga mata saya agar ketika kita tua nanti,saya masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabut ubanmu'...
''Tanganku akan memegang tanganmu,membimbingmu menelusuri pantai , menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu...'
''Tetapi sayangku ,saya tidak akan mengambil bunga itu untuk mati..kerana saya tidak sanggup melihat air matamu mengalir menagisi kematianku...''
''sayangku,saya tahu ada banyak orang yang boleh mencintaimu lebih dari saya mencintaimu..''
''Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan tanganku,kakiku,mataku,tidak cukup bagimu ,aku tidak dapat menahan dirimu dari mencari tangan,kaki dan mata lain yang mampu membahagiakanmu....''
Air mata saya jatuh ke atas meja..menitik,satu persatu....
''Dan sekarang sayang,kamu telah selesai membaca jawapan dan penjelasan saya...Jika kamu berpuas hati dengan semua jawapan itu,dan tetap menginginkanku untuk tinggal dirumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita..saya sekarang sedang menunggu dan berdiri disana menunggu jawapanmu....''
''Jika kamu tidak berpuas hati sayangku,biarkan aku masuk untuk mengemaskan barang-barangku dan tidak akan menyusahkan hidupmu....percayalah...BAHAGIAKU BILA KAMU BAHAGIA....
saya segera berlari membuka pintu dan melihatnya sedang berdiri didepan pintu dengan wajah yang kecewa,sambil tangannya sedang memegang susu dan roti kegemaranku...oh,kini saya tahu...tiada siapa yang dapat mencintai saya lebih dari dia mencintai saya....
kataakhirpenaja :: cintailah pasangan kita seadanya,,,bukan kerana dia cntik,handsome,atau kaya...tp cintailah dia kerana dirinya,,,,kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan...tiada yang sempurna....