Saturday, December 29, 2012

my cousin's wedding~251212~

Assalamualaikum WBT..

apa khabar?semoga sihat selalu,,minggu nie antara the busy week for me lah,,ada GCAP [nanti aku story lain] pastu something big happen on 251212..alhamdulillah,akhirnya,selamat jugak cousin aku kawen on that day,,malam sebelum tu,aku jatuh dalam bilik air,,sakit!!tapi,sebab excited lebih aku xberapa nak sakit lagi time tu,,huhu

next day,251212 aku jadi pengapit kepada pengantin perempuan,,huahuua,,,konon nak amik berkat,,tapi aku rasa memang dah terlebih berkat dah,,haha,,


ha,,ni beberapa gambar masa mula2 aku dan sakinah pergi sambut pengantin lelaki,,since,aku dan dia sama umur,,soalan standard : awak bila lagi nak menjemput nih??: tulah soalan yg paling best sekali,,haha,,

tapi yang paling best time dapat jumpa kawan lama,,siyesly,,aku memang dah xcam langsung diorang kot..menjerit sakan aku..cancel nak jadi ayu aritu,,haha,,terkejut+tergamam+excited=cancel nak jadi ayu,,hahaha




seronok pun seronok jugak,hampir seharian aku berkampung kat rumah mak long aku,,haha,,tu pon lepas dijemput abah,kalu tak,memang lambatlah baliknya,,,
alhamdulillah,ramai dah kawan2 dan sepupu aku selamat bina masjid..how lovely :)
xpe,perjalanan jodoh setiap orang adalah berbeza..sebab tu jodoh setiap orang berbeza kerana setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza..hahahha. got it?
sekarang ni,aku nak fokus on my life dulu..right now,i'm doing training class juz for graduated student [aku punyer special case]..haha

oklah,,ucapan special dedicate to the bridge n groom :

barakallahuma :).. may Allah bless all of you,,take care each other and face the challenges wisely..keep smiling :)

maaf,gambar kabur..tp nmpk seri pengantin,kan..haha

 
akhir sekali,,biarlah gambar berbicara..seronok tengok cousin  dah kahwin..alhamdulilah,semoga Allah menjaga mereka hingga ke jannah..amin.. :)


Monday, December 10, 2012

K.A.M.I :)

Assalamualaikum..

alhamdulillah,Allah masih memberi peluang kepada aku untuk menghirup udara dariNya..sesungguhnya,walaupun,banyak dosa dan kesalahan yang aku lakukan padaNya,setiap nikmat itu masih diberikan kepadaku..terima kasih Allah..alhamdulillah,,

entah kenapa,,rasa macam nak post tentang family aku,,haha [xda kerja,kan]..tadi dok excited tgk bola dengan keluarga,umi ak yang tak pernah suka bola,boleh dok menjerit sama sekali dengan abah aku..hahaha..

time ni tgh tgk tv,sambil tgu nak dinner sama2 kat luar..haha

ada lagi yng xckp ni,,family ak beso taw..haha
masing2 duduk depan tv sambil makan kentang goreng+nugget..sambil share cerita,,seronok rasa,,even ada adik aku yang masih study kat kl dan kelantan,rumah tetap meriah.. [meriah dengan bebelan aku]..hahaha..

yang ni pulak gambar aku dengan adik aku time nak tunggu masuk isya'..aku kena ikat dia suruh ikut solat sama,nanti malas pulak nak solat..nanti bila besar,dah susah nak train diorang solat..kalu tak,konpem2 umi+abah bebel kat dia dan op kos,aku sekali kena sebab biarkan adik tak solat..huahuahua...

inilah adik aku yang bongsu,,kena paksa mengaji+solat sekali,sekali dengan kakak dia..hahaa..gedik betol dia,kan..wawawa.. sebenarnya,susah jugak nak ajar budak2 ni kan,tapi umi kata dia nak pass kat aku pulak,kalu aku da betul2 tak boleh,,baru umi adjust balik..ujian2..sabor jelah..

keluarga aku agak besar,,ada 4 putera dan 4 puteri..masing2 ada geng nak gaduh dan geng nak main..tapi,biasalah manusia,,kadang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri,kan... bila nak raya,memang riuh giler rumah aku..yelah,masing2 sibuk nak kemas rumah dan buat kuih raya,,last2,,semuanya tidak terbuat..hahaha..

apapun,alhamdulillah Allah memberi aku umi dan abah yang sentiasa membantu dan menyokong aku,,kalau diorang tak setuju,diorang akan bagi tahu direct je..tapi..yang buat keputusan adalah diri kita sendiri..sesungguhnya,,jasa mereka memang tidak terbalas..hanya Allah mampu membalas jasa mereka..amin.. 

yang ini pulak,gambar raya family aku ketika raya 2012..tapi tak clear sangatlah,,cukup sebagai memory dalam 2012,,
tgk,,macam2 mimik muka ada,,kelako pulop..

family aku tidak pernah ada theme colour dalam aidilfitri,,kalau tgk ada yang sama,itu semua hanyalah satu kebetulan..pagi raya,baru perasan dan pakat2 menjerit..haha,,paling syok bila time fotografi nie,,masing2 sibuk nak buat gaya tersendiri..ada kekanan,ada kekiri dan sebagainya..haha

10 tahun lagi cm ne?haha,hanya Allah je yang tahu..moga semuanya baik2 sahaja.,amin
oklah,tu je kot yang aku nak cerita,nanti details sangat bahaya pulak,kan..haha,,inilah kami=keluarga aku..insyaallah,diorang memang sporting,,kadang tegas,kadang kelakar..setiap orang ada mood yang tersendiri,kan..

biarlah gambar berbicara..hehe

ok,,adios...good nite,,assalamualaikum..
have a good life!!


Friday, December 7, 2012

A J.O.U.R.N.E.Y yang sangat memenatkan!

Assalamualaikum...

alhamdulillah,Allah masih memberi peluang kepada aku untuk terus bernafas dan diberi rezeki yang mencukupi..alhamdulillah,,

pagi tadi,dalam pukul 3.30 pagi tadi aku selamat sampai dr KL,
actually,aku ada interview kerja kat cheras,,area cheras aku memang tak pasti sangat,bukan tak pasti tapi memang tak pernah pergi.dan FYI,nenek aku nak ikut sekali pergi KL,OMG !she's 78 years old,ok!dan aku,,spechless!

sebenarnya,dia nak tgk cousin aku yang baru bersalin kat bangi.maybe dia excited dapat cicit,penat/lenguh/sakit lutut semuanya diabaikan.aku berdoa dngt moga Allah berikan kesabaran yang tinggi ketika bersama nenekku ini..amin..

aku jadi kesian dgn nenekku sorang ni,,yelah dah berusia pun still semangt nak vacation tu tinggi..hai,kalu bukan sebab aku nak pergi interview,aku pun tak nak pergi KL tu,,
ok,back tu story,sampai KL tepat jam 5 petang [ op kos,jam giler2] sampai dua jam bas aku tersangkut kat tengah2 KL tu,,then pukul 7 petang baru sampai kajang.dah lar,hujan lebat.nenek aku pun dah penat+lenguh+lapar+kesejukan. alhamdulillah,tak lama kemudian pak cik aku datang amik.malam tu memang tidur tak ingat dunia.penat sangat..tapi...
terima kasih Allah untuk hari itu..moga hari aku dipermudahkan.amin..

then,besok pagi aku bersiap2 nak pergi interview..tiba2 aku rasa tidak sedap hati dan aku rasa nak call company tuh..ya Allah,interview tersebut TERTUNDA,ok!aku siap semua..mujur aku rasa nak call dulu,,diorang cakap nak kol dalam pukul 9,,ya Allah,sabar jelah..

so,,the whole day kitorang pusing2 kat putrajaya dan lunch+window shopping kat alamanda[window jelah coz xda duit nak shopping] huahuahua...nenek aku siap beli handbag baru ag..seronok betul dia..sempat lagi tengok2 cookies hand made punya kat alamanda..sedap giler ditambar pulak dgn mashmallow..wow,!marvelous!haha,,alhamdullilah..

besoknya,,aku rasa tak mungkin nak tunda2 dah kot..aku pun bersiap ala kadar je..yelah,karang tertunda pulak,,jadi frust pulak aku nanti..FYI,ni first time taw aku explore KL sorang2..semua member aku ada hal,,cuak giler masa mula2 sampai kat ktm bangi tu..takut dan nervous jugak sikit2 haha..

dengan bismillah,aku mulakan journey aku di KL..entah lepas ni nak pergi mana,nanti fikir..ahaha..sempoi...

then,aku naik ktm bangi-->bndr tasik selatan..then naik teksi terus ke company tu,,mujur tak jauh,,ni pun aku tanya member aku,,aku xgtaw parents aku pun,,juz gtaw adik aku,,tkot nanti parents aku risau semacam pulak..tapi aku dah nekad!harus!hahaha

sampai2 awl lar pulak..minum dulu kat warung sambil baca buku..tunggu punya tunggu,akhirnya!sampai lah turn aku..alhamdulillah,interview berjalan lancar..sempi giler,tak sampai 30 minit pun,punyalah aku cuak nak kesana..haish..
alhamdulillah,Allah permudahkan urusan aku..

bila dah habis tu...malas nak balik lagi..nak pergi jalan2..akhirnya,,aku rasa nak ke sogo.terus tahan teksi..dalam teksi,dapat ceramah free hal kahwin [seronok jugaklah tapi mata kuyu semcm,haha]

dari sogo,aku dah nampak kemeriahan nak shopping tu..janji dengan adik+abah aku,2 jam dr sekarang nak jumpa d food court coz abah nak belanja makan..hehe,,syoknya!mujur abah ada kursus kat KL,ley dapat makanan free,,haha

hampir 4 jam setengah kat sana..shopping baju dan kasut jew..xda duit lah..haha
lepas lepak dengan hud+abah+muhammad+izul[kawan hud],,tibalah masanya nak balik..satu hal pulak,kena naik lrt,then kena turun kat ktm bandar tasik selatan sebab nak exchange naik ktm pulak..amik kaw!haha

lepas tu,turun kajang pulak,,jumpa member jap..mak cik aku dah bercall berkali2,,risaukan aku lah tu..haha..lepas tu,amik ktm ke bangi pulak..disana,,penat menunggu cousin aku yang tak sampai dan akhirnya!aku jumpa mimi,,kawan aku kat universiti..lama giler xjumpa dia,,rindu seh!haha

patutlah cousin aku xsampai2,rupanya dia pergi ktm ukm,bangi..terpaksalah aku amik ktm lagi satu kesana..sempat jugaklah dok gelak2 ngn mimi kejap..happy sangat even penat giler2..

trip aku untuk sehari bermula :
ktm bangi-->ktm bandar tasik selatan-->amik teksi ke company tu-->sogo-->lrt jalan masjid india-->ktm bandar tasik selatan-->ktm kajang-->ktm bangi-->ktm ukm,,-->>RUMAH..

mujur jugak member aku xjadi teman,mesti diorang penat layan kerenah aku yang macam2 ni..macam2 kan,,seharian journey aku di kl ni memang best..alhamdulillah,xjadi apa2..haha

malam tu,,terus balik terengganu..alhamdulillah,selamat sampai..
cuma nenek aku merajuk dgn aku,sebab dia tak puas lagi stay kat kl...haha,,bukan apa,cuma nanti kalau stay lama2,rasa tak selesa pulak..

p/s:: jauh perjalanan luas pemandangan..memang betul pun..rasa xpuas lagi pergi jalan2,nak pusing habis2 satu kl nanti,,next timelah..amin..
ok,lah nak pergi dulu..penat menaip..next week ada open interview pulak..wish me luck k!
adios,,assalamualaikum ^_______________________^ [senyum sokmo]

Friday, November 30, 2012

kerja ohhhhh kerja...

Assalamualaikum..

apa khabar semua?moga diberkati Allah selalu..amin..:)
sekarang dah hampir sebulan praktikum aku tamat..sesungguhnya perasaan bosan tu memang ada..secara slow2,aku cari kerja..tak mo lar siyes sngt,nanti penat pulop [ada ke]..hahha

alhamdulillah,aku mendapat panggilan interview dr syarikat Nasuha Entep. Sdn Bhd [maksiti=rmpah ratus] di bandar tun razak..untuk jawatan eksekutif sumber manusia,,

sebenarnya,,aku try and error je untuk isi jawatan kosong disana,tu pun terjumpa secara tidak sengaja dalam paper..ya Allah,memang aku terkejut sangat..moga ini percubaan yang baik..nanti aku akan tumpang dirumah mak cik aku,sepupu aku akan temankan aku kesana..moga segala urusan ak berjalan dengan baik,amin.

sebenarnya,kerja kosong ada je,,tapi untuk low profile lar..kalau untuk jawatan manager/CEO/akauntan memang susah sikit..tapi sebagai kerani/operator/pembantu pengurus aku tengok ada je dalam paper/internet/iklan2 kedai...tapi semua itu bergantung pada kita...we think,we decide,we do it...

sejujurnya,aku memang suka jawatan ini kerana sangat berkait rapat dengan apa yng aku belajar sepanjang 3 tahun di uum..aku harap Allah makbulkan doa aku,,moga2 aku diterima di Nasuha Entep.amin

kerja..kerja...kerja....
sepupu aku yang habis praktikum dengan aku pun dah kerja sebagai engineer di kemaman,terengganu.sepupu aku jugak [yang lain tp sama umur] dah nak kahwin hujung tahun ni..haish,,,masing2 busy dengan agenda masing2..hopefully,i can get any work relate to my study at the end if dis year..hopefully..amin..
 

Sunday, November 25, 2012

makan angin in november(in short form)

Assalamualaikum..

apa khabar?alhamdulillah,Allah masih memberi nikmat kehidupan kepada aku..alhamdulillah,masih mampu bernyawa sehingga ke hari..bulan november bakal berakhir dan ianya banyak menyimpan memori dalam hidup aku..

dalam bulan ni,aku pergi uum untuk hantar laporan praktikum aku..tapi..ada kejadian berlaku..sangat cuak dan mendebarkan..beg aku ada orang amik a.k.a ada orang tertukar beg aku..ya Allah!!terkejut sngt,,dalam pukul 5 pagi tu,terus kol umi..nak menangis,tapi tak terkeluar air mata ni..umi pun terkejut.dalam beg aku tu,ada laporan praktikum aku berserta dengan lampiran bagai..dipendekkan cerita,ada orang kol uum dan uum kol aku bg nombor fun lelaki tu..fuh!!alhamdulillah!!berkat doa yang tidak putus2 dari umi,abah dan semua keluarga aku (siap mak cik ak pergi solat hajat didepan kaabah) dan kata2 simpati dr ILP Marang+kawan2 ak yang prihatin,Allah kembalikan balik beg aku tu..terima kasih Allah kerana menerima doa kami..moga Engkau sentiasa merahmati mereka,amin..akhirnya!siap juga laporan aku dihantar ke prof aku..terima Mekda!kerana sudi teman aku hantar report tue..

lepas hntr report,aku pergi Langkawi!mulanya malas sangat,,sngt malas..sebab dah xda mood nak pergi,,hanya pikir nak balik jew..then,elaun praktikal aku masuk,,dah janji ngn member aku..hotel pun dah booking,,kena jugaklah pergi,kan...tapi kami pergi berdua jew..mcm xberapa nak best sangatlah,bajet pun mesti besar.rindu jugak dengan family kat rumah..hanya Allah je tahu betapa kelam kabut aku petang tu..

kat langkawi,kitorang stay kat pantai chenang..fuh!memang best..kat langkawi,,kitorang pergi :
-underwaterworld
-the zon (dunia coklat:seme jenis coklat ada:best giler)
-cable car (siap ada member baru:owang putih dr moscow,rusia)
-telaga tujuh(kitorang hnya sampai kat air terjun je:jmpa pelancong asing dr ambekistan)
-pastu,gi makam mahsuri(tapi xda apapon:amik gmbr jew)
-malam tu,shopping puas2,,sebab besok dah nak balik..
-dalam shopping,nampak banner ISLAND HOPPING..
wah!best giler,,pusing2 pulau nak bot..
pergi -tasik dayang bunting
------->pulau beras basah (mandi2 pntai)
------->pergi tgk helang sambar ikan depan mata (ternganga gak lah:memang best)
balik dr island hopping,terus amik teksi pergi jeti..nak balik..
penat sngt..tapi enjoy!
trip dr langkawi ke trg,,sngt pnjg sebab tiket xda..kitorang terpaksa transit slw2..

kuala perlis-->kuala lumpur--->kuantan-->terengganu. (20 jam dalam bas,,1 jam dalam feri,,dan 4 jam dalam bot) sngt mkn angin,,penat sngt..alhamdulliah,selamat sampai rumah..

itulah perjalanan aku sepanjang minggu lepas..kesian kat family aku,,aku xsempat nak simpan duit nak belanja family aku,padahal merekalah tulang belakang aku,,sentiasa membantu aku,,xpe2,,nanti aku dapat kerja,gaji pertama aku nak belanja diorang puas2..amin..

then,next week dalam 16/11/12,ak pergi kuantan,,nak settlekan hal transkrip dengan member aku,,tapi alang dah pergi kuantan,,jom main air kat gambang water park!!
best!penat menjerit,penat main air,,dari pukul 10pagi-2.30 petang dok main jew..xingt dunia sampai tube boleh hilang..hahaha..
alhamdulilah,,perjalanan ak smooth jew..selamat pergi,selamat balik..
siyes;y,,syok sngt pergi gambar water park,the largest water park in Malaysia 2011..

itulah,,makan angin aku sepanjang november ini..lepas tu,cari kerja pulak..nak cari kerja bukan senang sebenarnya,,moga2 Allah permudahkan urusan aku..amin..nak bantu umi dan abh,,nak tanggung adik2 sekolah...amin..

p/s--->>gmbr xda sebab ada dalam fun,,xsempat nak transfer ag..hehehe..

Saturday, November 3, 2012

Tegur dan Menegur..*2way*

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mendengar..

tegur dan menegur?apakah itu??......
manusia dikurniakan dengan pelbagai ragam,kerenah..jadi,cara untuk menegur juga haruslah berbeza,kan..kadang,bagi kita cara kita menegur sudah ok,tapi bagi orang yang ditegur tidak ok (ko)..jadi,nasihat yng ingin disampaikan tidak akan sampai kepada orang yang hendak ditegur..

kita pernah kena macam gambar diatas x?sakit hati,kan..terasa hati pun ada..even kadang kita tahu dia seorang yang baik,tapi cara teguran itu mencerminkan watak 'sidia'..tak begitu ke?kadang,dari hormat kat 'sidia'.,,terus hilang hormat itu..ha!sampai macam tu sekali kesan dia,nampak macam simple,kan...

time dekat universiti,aku ada belajar tentang teori manusia nie..human tends to change in good situation rathen than worst situation *situation termasuk dengan komunikasi=cara bertegur*
dalam pengurusan sumber manusia,majikan yang baik ialah majikan yang dapat membawa perubahan yang kepada pekerja mereka..sila lihat cara mereka menegur,dan dari pengalaman dan pemerhatian aku sendiri,,majikan yang baik akan panggil pekerja bermasalah tu,juz them..xmo orang ketiga..

bincang elok2,amik jalan tengah..insyaallah,motivasi pekerja juga akan meningkat..disini,ak bukan nak mengajar,,,tapi ak nak bagi situasi yang senang untuk digambarkan..



apa salahnya setiap teguran tu,,mulakan dengan kata2 yang baik..

A: cara awk bekerja da ok,tapi lagi ok dan cantik kalu awk ubah sikit cara kerja awak tue,,baru nampak kemas..apa kata bla bla bla... 

B: ko buat kerja macam mana ni??kerja macam budak kecil tak padan dengan umur dah tua,,yang tue pon nak ak ajar...!!

see??nampak tak kesannya secara psikologi dalam situasi diatas..?nampak simple dan mudah,kadang kita lalai dan leka dengan perkara mudah macam ni..kadang orang memendam rasa dengan kita tanpa pengetahuan kita...ishk2

aku sendiri tidak sempurna bab2 menegur ni..tapi,kadang bila situasi yang tak comey ada depan aku,,macam kesian bila 'sidia' ditegur sebegitu rupa..menangis 'sidia' dibelakang..kita tahu ke?
 mungkin,disini ak boleh meluahkan,disamping memberi ingatan pada diri aku sendiri..ya Allah,jauhilah aku daripada menjadi hamba yang tidak bermanfaat..amin...

lepas tu,kalau boleh..bila menegur janganlah didepan orang ramai..kesian dia..mesti aib,kan?tambah pulak,kalau orang kat situ meyampuk bagai..ya,semua orang nak bagi nasihat...tapi biarlah dijalan yang betul...biarlah setiap nasihat yang diberi tu pendek je,simple je...tapi cukup memberi kesan kepada mereka..cukup menusuk kalbu..


kan comey situasi kat atas ni..tenang je..tak nak garang2..tapi tidak semestinya garang tidak dibernarkan..tegas pun penting..tapi biarlah mengikut keadaan..mengikut situasi tersendiri..gunalah akal yang diberi..tidak perlu menjadi baik/alim/ulama' baru boleh memberi nasihat,,kalau nampak disitu ada dosa/kesalahan/sesuatu tidak kena..tegurlah dengan cara yang baik...

entah kenapa,aku rasa macam emo pulak..hehe,,tapi aku nak ingatkan diri sendiri bila kita memberi nasihat tu buarlah berlaku komunikasi 2 hala..semoga input itu sampai kedestinasi..
p/s-->jangan meninggikan suara..itu satu tindakan yang tidak bagus..tak caya,cuba suruh kawan tinggikan suara kat kita,,suka x?


Friday, November 2, 2012

Lastly!Allah give me good ending after all...

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih..lagi Maha Pengampun...

apa khabar semuanya?harap2 sihat2 sokmo,,senyum sokmo yerk..^____^
entah kenapa,,tiba2 nerbes pulop nak buat post kali nie..actually,,citer ni dah lama,,251012 tarikh keramat dalam hidup aku..tamat sudah praktikum ak selama beberapa bulan di ILP Marang,terengganu secara officialnya...

ingat nak post hai tu jugak,tapi abah xkasi on internet sebab adik nak exam..so,sebagai kakak yang baik kenalah mengalah...hahaha..jdnya,hari ni baru blh post..

banyak sangat pengalaman yang dpt kat sana..mungkin pada mulanya,bnyak perkara yang menghalang daripada aku meneruskan praktikum ni..kadang sampai dah give up untuk teruskan semua ini..tapi,,Allah telah membantu aku..sejuta alhamdulillah untuk Dia...amin..

pada 25 oktober 2012,hari yang biasa..matahari bersinar dengan baik (ecececehhh)haha..tapi,,semua akak2 geng pentadbiran+pusat sumber multimedia (mcm geng2 aku) datang lepak kat meja aku..dok sembang2 dan bergelak tawa..amik gambar yang comel2..






.tiba22.............kak da,akak yang rapat dengan aku tiba hulur beg hadiah..terkejut...tergamam...sebak pon ada..haha..dengan muka selamba,aku ambil dan terus buka nak tgk isi beg tu...nak taw apa isinya??

kain baju kurung sepasang,4 helai tudung,,dan satu set kerongsang..Allah,,terima kasih atas setiap nikmat yang Kau anugerahkan ini...





alhamdulillah,,tak sangka,,macam2 surprise diorang bagi kat aku..kadang2 tak padan dengan apa yang aku bagi kat diorang,,ak pon ada bagi sikit senderamata kat diorang..tapi cukuplah sebagai tanda ingatan dari aku,kan?

time lunch pulak ada orang belanja kfc..hai,,kalu dengar orang belanja ni,msti laju je ak follow,,tapi time nie aku belajar untuk lebih behave..haha,,hari yang sangat bermakna..

petang tu,aku punch card terakhir jam 3.40 petang (habis office hour jam 3.30)..yang terakhir..selepas sudahkan kerja-kerja yang terakhir,aku pun pulang ke rumah..umi datang jemput..
rasa sedih+bangga+sebak memang datang bertamu,,mesti rindu nak datang nak kacau2 akak kat ilp marang nih..

apa yang kita belajar sebenarnya tidak sama dengan reality,tapi cukuplah sebagai bekalan untuk kita menghadapi dunia luar..banyak lagi yang perlu aku belajar untuk meneruskan kehidupan ini..sekurang2nya,,aku dapat lihat dunia pekerjaan sekarang..masam ada,,manis ada..pahit pun ada..bergantung pada kita cara untuk mengadun semua itu...

sekarang!!time to activate report mood..alhamdulillah,report pon dah masuk masuk ke-3..next week dah nak gerak ke uum,insyaallah..
after that,,barulah kita pakat hunting job..moga Allah permudahkan segala urusan aku..amin..

p/s-->>dunia belajar lagi best dari dunia kerja..tak perlu fikir banyak masalah,tapi time kerja hanya best bila time dapat gaji..atau kerja yang kita dapat adalah minat kita sendiri...sama2lah kita berdoa pada Allah semoga perjalanan hidup ini dipermudahkan olehNya..amin..:)

Wednesday, October 24, 2012

one day before leaving!

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Pemurah..

apa khabar semua?harap semuanya akan diberi keberkatan Allah..
insyaallah,besok hari Arafah,,semua umat Islam akan berwukuf di Arafah besok..(251012)
bersamaan dengan hari terakhir aku di ILP Marang,Terengganu..akhirnya!!
habis jugak praktikum aku..alhamdulillah,syukur padaMu,Allah...

selama 3 1/2 bulan aku berpraktikum di ILP Marang,,bnyk kenangan aku dapat kat sana..ada belaka..
aku bersyukur pada Allah kerana Dia telah banyak membantu aku dan sentiasa bersama aku..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..

walaupun aku ditempatkan di pentadbiran,aku kena buat variety job..dari kewangan sehingga kerja perkeranian,aku buat..memang mulanya cuak,,tapi yesss!i can do it!hahaha...alhamdulillah...

sekarang,buku log praktikum dah siap,,report pulak on the way..moga siap cepat..amin..hehe..ermmm,besok dah last praktikum..mesti rindu nak gelak2 dengan akak2 kat sini..kena ngusik2 dengan encik2 kat sini..macam2 kerenah mereka ni..mula kena shock jugak,tapi lama2 ok..hahaa..suka!

semalam,(231012) geng2 pentadbiran+akak2 comel aku plan buat surprise kat aku..memang tak sangka..!tacing sangat tapi cover2 sikit..hehe,,,siap lunch kat tepi pantai ag..memang panas,tapi makan bawah kanopi,,minum air kelapa segar,,makan aiskrim,,makan favourite lunch aku,,suka sngt2!..siyesly,rasa betul2 dihargai..

 pastu,bila pensyarah ak datang melawat,nerbes sngt!!tapi akak2 ak kat sini,still kasi support..penyelia aku kat sini sokong aku,,then pensyarah aku tue, sngt2 berpuas hati kat sini...haha,alhamdulillah,semuanya ok..

macam2 nak citer,tapi nak mula dari mana ea??lama sangat tak update blog aku ni....tapi satu je ak nak gtaw--->>praktikum memang best!!tapi kena cari company yang MAHU menerima kita..bukan nak torture atau racist atau apa..mohon pada Allah,moga Allah bagi petunjuk..amin..

insyaallah,nanti ada kesempatan aku attach gambar2 aku 'bekerja' kat sini ea..memang boleh jadi pekerja contoh nie..'keterperasan' kejap..siyes,sayang nak tinggal ILP Marang..nanti mesti nak jumpa diorang..sesungguhnya,hidup ini sentiasa berjalan..ada pertemua dan perpisahan,kan??

kalau ada rezeki besok,nak pergi main bowling ngn geng2 ILP Marang..nak jalan2 habiskan duit dulu..insyaallah..
hahahaha!


Sunday, September 30, 2012

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
 
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

sumber :my berita

Wednesday, September 26, 2012

AKU HANYA INSAN BIASA

ASSALAMUALAIKUM..

AKU HANYA INSAN BIASA..mempunyai setiap kekurangan dan kelebihan..kadang kelebihan aku dipandang sebagai kekurangan dan setiap kekurangan aku dipandang sebagai satu kelebihan..kadang sebaliknya..itulah aku,,seorang insan yang bernama manusia...

penat rasanya nak jaga hati dan perasaan orang..aku akui setiap kesalahan aku dan kekhilafan aku..aku akui semua itu..dan kadang akan ada insan yang dihantar oleh Allah untuk memahami aku dan kadang ada yang dihantar untuk menguji aku...

aku terus maju kehadapan.."tiada pernah orang akan mati kerana dirinya dikeji kecuali dia yang membuatkan dirinya yng terseksa"..

"orang yang lahir dalam kehidupan yang susah itu bukan kesalahannya namun oran gyang mati dalam keadaan susah yang merupakan kesalahan dia"

atasi stress dengan tarik nafas,,hembus...pejam mata untuk seketika..dan istighfarlah sehingga hatimu tenang..
moga ketenangan sampai kepadamu..moga Allah membantumu...

Monday, September 24, 2012

kisah sebuah cerpen....:)

Assalamulaikum..
kisah ini aku celup dari facebook..sebuah kisah yang sangat menyayat hati..entah betul atau tidak..yang pasti kisah ini memberi pengajaran kepada aku,,jangan menuduh melulu,,selalu berbincang dan selami masalah yang dihadapi..jika hanya menafsir tanpa sebab yang kukuh,,tidak adil bagi pihak yang satu lagi..
selamat membaca !

----------------------------------------------xxxx------------------------------------------------------

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang
baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku
expect masa kami belom kawin dulu. Masa
belom kawin, aku tengok dia memang sorang
yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki.
Member2 mmg puji la cara dia. So memang
susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu..
segan dowh. Memang obvious lah kalau aku
tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde ...
la

cemburu sangat sebab dia jarang borak2
ngan laki..
Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x
sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku
la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori
le dia nak layan. Haha. Memang market.
Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga
giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak
kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara.
Nama betol dirahsiakan. Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak
dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan
bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki..
Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer..
Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua.
Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia?
Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape
nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab
minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau..
Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak
jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko
nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua
jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik..
pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak
mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja
nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu
aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku
memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa
yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni
pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah
ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain
gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba.
Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka.
Haha. Aku ingat kena reject, satgi family
diorang terima. Warghh happy giler.
Alhamdulillah. So, memang sah la takde
jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku
nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia
kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah
x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai
laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat
rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool
semacam la pulak. Sepatah aku tanya,
setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka
mulut, memang x berbunyilah rumah
kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia
bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka
cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh
bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal
something, dia macam blur... Macam x
supportive sangat. Last2 aku dah malas nak
borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma
tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku
buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok
sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak
mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau
nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti
batok.. x bau rokok pon dia dah selalu
batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin
lama makin kurang aku merokok.. kalu gian
sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-
obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening
kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi
spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah
baju dia bau obat dalam kete. So aku akan
slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh
bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-
pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor
visibility lg, kami accident! Langgar bontot
kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini
aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara
sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti
keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan
rokok aku, so dia kena korbankan keje dia.
Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje
dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang,
dia kata masih sayang kat aku, nak aku
ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku
baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami
sangat serasi dan saling memahami, so dia
berani propose kat aku. Then aku teros
terang je la, aku cakap kat dia, yes aku
memang x kamceng mane ngan bini aku
skarang.. And banyak benda yang kami xde
persamaan. Ara memang x banyak bercakap.
Kalu aku cube buat lawak, dia macam x
tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak.
Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi
sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda
yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain
sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan
order benda sama je.. Haha macam tu la bini
aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi
masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau
ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti
merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak
dh x keje, dah cuba belajar masak benda2
lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika,
rumah tangga kami bahagia. Aku xleh
menduakan dia.. Aku memang sayangkan
dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg
last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah
besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai
mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini
aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg
bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train
elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga
esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu
la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x
seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari
aku makin bosan ngan rumah tangga kami.
Ara memang suka menyepi, jarang borak
panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan
kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk
rumah. Lewat malam baru balik, bini dah
tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje..
Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya
asyik keluar dengan sorang ofismate aku.
Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku..
Berbekalkan muka yang agak ade market ni,
dia macam sangkut lak kat aku. So dialah
yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku
borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia
untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin
ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak..
Dengan Lisa la tempat aku luahkan
perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia
tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia
kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila
dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan
anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke
hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain.
Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku
nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita
yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran
Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke?
Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat
muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air
semayang ke? X semayang ke? Ke cuti
sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan
Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot
sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan
ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah
4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa
dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh
sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk
hospital. Dan saat itulah baru aku
diberitahu, Ara mengidap penyakit barah
tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena
barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu
batuk, dan trpaksa menahan sakit bila
bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan
anak panah yang tumpul bila dengar benda
tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap.
Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama
makin teruk, dan bagi effect kat jantung.
Sebab pernafasan dia selalu kurang dari
sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah
yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung
dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku
mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada
ubat utk diminum sebagai pelincir dalam
tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan
ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu
minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah
bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu
hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku
asyik tinggalkan dia, bergembira dengan
pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung
derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan
aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata
mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku
menangis depan doktor tu puas2, wlapun
doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku
menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan
minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji,
mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku
suruh..
Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut.
Walaupon kat rumah dia tetap baca buku
pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan
keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku
sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku
belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami
kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang
aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada
sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas
resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula
bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang
sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan
cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati
abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam
abang, semoga abang mudah terlihat surat
ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku
x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku
x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa
baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku
segala2nya.. dan paling penting dia bagi
seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa
yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati.
Hari-hari memang keje ulang alik hospital.
Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak
Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler.
Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya
Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku
minta kebenaran doktor untuk bawa dia
melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku
nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia.
Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia
menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami
hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan
kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku.
Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku.
Siap cuba lukis gambar orang senyum..
haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat
bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku
dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali
dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku
melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat
isteriku, Kau berilah aku separuh
kesengsaraannya, biar kurang
kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya
kematian yang dapat mematikan sengsara
isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku
bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang,
biarkan anak kami dipangkuan memeluk-
meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku
pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia
pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan
Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih.
Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal
aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan
terakhir Ara..

Sunday, September 23, 2012

~maksud bacaan dalam SOLAT~

Assalamualaikum...

selama nie,kita solat selama bertahun-tahun..tapi adakah kita faham akan ertinya?
kadang,,kita nak kusyuk dalam solat,,tapi erti bacaan dalam solat pun kita tidak memahaminya..
jom,,hari ni kita pakat berubah!
sekuarang-kurangnya kita faham apa yang kita pinta dan bicara bersama Allah..semoga hati kita lebih dekat dgn Allah,,amin..:)

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Thursday, September 13, 2012

KECEKALAN HATI SEORANG IBU..

Assalamualaikum WBT..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun..


Tuesday, April 27, 2010


Penulis acapkali dikotakkan bahawa, jika si ibu kehilangan suami ( meninggal ), amat sukar bagi si ibu untuk mencari peganti kerana kasih sayang si ibu lebih kepada anak-anak. Berlainan pula dengan si bapa, amat sedikit bilangan mereka mengekalkan kedudaan mereka untuk menumpukan masa kepada anak-anak.


Mungkin masing-masing ada alasannya. bagi si ibu, mungkin, jika dia berkahwin, anak-anaknya akan terabai, manakala bagi si suami, mungkin jika berkahwin, isteri barunya mampu menjaga anak-anaknya( berlainan pula dalam cerita papadom ).

Penulis agak kagum dengan kisah seorang ibu ini. Mampu menbesarkan dan mendidik bukan 8orang anak, bukan 9 orang anak, tetapi............13 Orang.


WANITA yang bernama Noor Jannah Ahmad, 42, sangat bertuah kerana bukan saja mampu melahirkan 13 anak, memiliki empat anak kembar lelaki malah mampu membesarkan semua anaknya dan memberi pendidikan sepenuhnya kepada mereka.

 Menurut pelukis ilustrasi ini, dia tidak pernah merancang memiliki anak ramai, tetapi dibesarkan dalam keluarga besar dengan 12 beradik. Sebagai anak sulung, menjaga adik adalah pengalaman yang amat meletihkan.

"Ketika itu saya bangga dengan mak kerana mampu menjaga kami 12 beradik dalam keadaan serba kekurangan. Jadi saya merancang memiliki empat anak saja apabila berkeluarga," katanya memulakan cerita. 


Belum sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, Noor Jannah dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. Ketika itu dia berusia 17 tahun dan suaminya 20 tahun.


Namun, dugaan Tuhan datang menimpa ketika anak kedua berusia 30 hari, suami tercinta maut dalam kemalangan jalan raya.

"Betapa luluhnya hati saya mengenangkan anak masih kecil tidak berbapa. Namun, saya reda menerima dugaan Tuhan dengan tabah," katanya.

Empat tahun kemudian dia diduga lagi apabila dipinang untuk menjadi isteri kedua kepada Ahmad Izhar Mohammed Noor oleh ibu mentuanya sendiri. Atas dasar kekeluargaan, dia menerima dengan reda kerana dulu dia adalah anak angkat kepada ibu mentuanya kini.

Selepas dua bulan berkahwin, Noor Jannah disahkan mengandung dan melahirkan anak perempuan, Noor Alifah Ammatillah. Memiliki kesuburan tinggi sama seperti ibunya menyebabkan dia mengandung setiap tahun, hasilnya dia mendapat empat anak lelaki daripada perkahwinan kedua menjadikan jumlah anaknya tujuh.

Oleh kerana sangat sukakan kanak-kanak, dia dan suami sepakat memperoleh seorang lagi anak perempuan untuk kelahiran kelapan termasuk dua anak dengan suami pertama, selepas itu barulah melakukan perancangan keluarga.

"Alhamdulillah selepas melahirkan anak kelapan, saya memperoleh anak perempuan dan ini menguatkan semangat saya untuk merancang keluarga kerana sudah cukup dengan enam lelaki dan dua perempuan. Tambah pula rakan memberikan galakan kepada saya supaya mengambil pil perancang," jelasnya.

Dengan bersusah-payah serta sedikit ilmu yang diperoleh di Internet, Noor Jannah mendapatkan maklumat di Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Doktor menyarankan saya mengambil pil perancang Marvelon, namun selepas tiga bulan, darah saya membeku menyebabkan saya mengalami kesakitan teruk.

"Berbekalkan sedikit ilmu saya pergi semula ke LPPKN untuk menukar bentuk perancangan kerana berasakan pil tidak sesuai dengan hormon badan yang sudah melahirkan lapan anak. Kemudian saya disarankan mengambil suntikan setiap sebulan.

"Selepas dua bulan, saya mengalami muntah dan demam yang teruk. Namun, rakan yang pernah mengambilnya mengatakan ini simptom biasa.

"Saya biarkan saja sehinggalah sampai kepada bulan ketiga. Tidak tahan menanggung sakit saya berjumpa doktor, bagaikan dipanah petir mendengar kata-kata doktor yang saya sedang mengandung.

"Mana mungkin mengandung sedangkan saya berusaha untuk mengelak kehamilan. Saya menangis dua minggu kerana penat lelah saya menaiki bas, dengan mengendong anak kecil ke LPPKN, tetapi dibalas dengan perkara yang sangat menduga keimanan saya.

"Ketika itu pula kerjaya sedang berada di kemuncak, ditambah pula tekanan menjadi isteri kedua. Ia sangat menguji kesabaran. Kalau boleh saya mahu berehat dan merancang ekonomi keluarga pula," katanya.

Noor Jannah berasa sangat kecewa kerana Tuhan tidak menolongnya atau memakbulkan doanya, malah diberi ujian baru pula. Dengan penuh rasa kecewa dia berdoa Allah memberikan anugerah terbaik untuk kandungan ke sembilannya ini dan selepas itu dia akan meredai apa yang berlaku.

Ketika menjalani pemeriksaan kandungan 15 minggu, alangkah terkejutnya apabila doktor memberitahu dia bakal melahirkan anak kembar. Ketika itu hati Noor Jannah kembali berbunga dan berasakan inilah anugerah paling bernilai yang akan diterimanya.

Apa yang membuatkan dia lebih terkejut ketika pemeriksaan lima bulan, doktor mengesahkan kandungannya mempunyai tiga denyutan jantung. Paling menghairankan apabila ketiga-tiga janin dalam kantung (rahim) berlainan.

"Ketika itu sayalah orang paling gembira kerana bakal melahirkan anak kembar tiga dan saya mula terfikir mengenai rahmat Allah ini," katanya.

Oleh kerana kes dialami Noor Jannah sangat luar biasa, dia menjadi perhatian pakar perubatan dalam dan luar negara serta ditempatkan di Hospital Selayang selama tiga bulan untuk pemantauan.

Semua pakar berasakan yang Noor Jannah hanya bertahan sehingga tempoh 28 minggu, sekali lagi keajaiban berlaku apabila dia mampu bertahan sehingga 35 minggu dan ini sangat luar biasa bagi ibu mengandung kembar tiga.

Lebih membuatkan mereka terkejut Noor Jannah bukan saja melahirkan kembar tiga seperti diberitahu doktor, sebaliknya kembar empat lelaki.

Walaupun terpaksa menanggung kesukaran membesarkan anak, dia tidak pernah merungut dan sentiasa ikhlas menjaga mereka walau terpaksa berkorban masa dan tenaga.

"Kelahiran kembar empat ini sangat istimewa serta pembawa rezeki kepada saya. Cinta saya kepada Allah semakin kukuh dan dekat. Saya sentiasa berinteraksi dengan-Nya pada setiap waktu.

"Malah kini baru saya sedar semua dugaan yang diberikan ada hikmah di sebaliknya andai kita menjadi insan sabar dan reda dengan setiap dugaan.

"Walaupun serba kekurangan, saya sentiasa reda dan tawakal dengan rezeki yang diberikan. Sedikit, tetapi semua mencukupi. Saya juga mendidik anak berjimat dan mengajar mereka untuk bersama-sama menambah pendapatan," katanya.

Di sinilah bermula perjalanan hidup Noor Jannah yang banyak merubah pandangan orang lain terhadap dirinya. Jika ada berkata gaji kecil tidak cukup untuk anak ramai, dia menyangkal dakwaan itu. Ini kerana dia berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap dirinya.

Menurutnya, pada mulanya masyarakat bersimpati kepadanya dengan menghulurkan bantuan apabila mengetahui dia mempunyai 13 anak dengan seorang menghidap penyakit jantung berlubang. Mereka menganggap apabila beranak ramai, bermakna perlu diberi simpati dan dikasihani.

"Pada mulanya saya menerima juga sumbangan orang ramai, tetapi sampai bila? Saya tidak perlu dikasihani kerana saya mampu menjaga anak dengan rezeki yang ada. Bukan bermakna saya ego, tetapi saya tidak mahu masyarakat menganggap, "Oh patutlah kehidupannya begini sebab beranak ramai."

"Saya mahu orang menghormati saya kerana mampu menjaga dan mendidik mereka seperti orang lain," katanya.

Sejak itu, dia berusaha menjadi ibu berilmu dengan meluaskan pengetahuan menerusi pembacaan di Internet. Apa saja dilakukan dia akan membuat kajian terlebih dulu, sehinggakan jenis ubat yang diambil anak-anaknya, Noor Jannah mengambil tahu mengenai kandungan serta kesan yang akan dialami.

Ini membuatkan doktor sendiri kagum dengan pengetahuan yang ada dalam dirinya sehingga melantiknya sebagai rakan hospital di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Bayangkan saya hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran, tetapi apabila berbual, ramai menyangka saya berpendidikan universiti kerana setiap perbualan akan saya selitkan dengan bukti serta contoh tertentu," katanya.

Dia juga mahu menukar persepsi orang ramai yang sering menganggap ibu beranak ramai tidak mampu menjadi ibu terbaik.

"Saya mahu menukar paradigma dengan memberitahu kepada semua orang yang saya beranak ramai kerana memiliki pengetahuan dan mampu mendidik anak menjadi insan berguna," jelasnya.

Baginya, tekanan atau tidak bergantung kepada caranya mampu mengendalikan perasaan dan penilaian hidup seharian yang akan mengubah persepsi orang lain terhadapnya.

Kini selepas 24 tahun, Noor Jannah sudah boleh menarik nafas lega kerana dua anaknya sudah bekerja dan mengikut jejak langkah ayahnya dalam bidang penyiaran iaitu sebagai pengarah televisyen serta jurutera bunyi.

Selepas kembar empat berusia sembilan bulan, Noor Jannah mengandung lagi untuk anak ke-13 pada usia 35 tahun dan kini pada usia 42 tahun, dia sangat berbangga mempunyai 13 anak yang bukan saja berdikari, tetapi sangat memahami.

Bagi Noor Jannah, anak inilah harta paling bernilai yang tiada tolok bandingnya. Merekalah yang akan memanjangkan pahalanya selepas dia meninggal nanti iaitu doa anak yang soleh. 


Nama anak: 
1. Muhammad Amirul Muttaqin, 23 (pengarah televisyen dan jurugambar) 
2. Muhammad Amirul Musoddiqin, 22 (jurutera bunyi) 
3. Noor Alifah Ammatillah, 18 
4. Ahmad Aiman Al Mubaraq, 16 
5. Ahmad As'ad, 15 
6. Muhammad Izzat, 13 
7. Muhamamd, 11 
8. Nur 'Umairah, 10, 
9. Ahmad Amjad Azri, 8 
10. Ahmad Amjad Bahzi, 8 
11. Ahmad Amjad Fitri, 8 
12. Ahmad Amjad Ghazi, 8 
13. Nur Asyran Nabihah, 7
#setiap apa yang berlaku ada hikmahNya,,Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita...insyaAllah,,yakinlah dengan kekuasaanNya...

copy dari SINI

'terima kasih' & 'sorry'

Assalamualaikum WBT...
dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mendengar...

apa khabar ?harap semuanya sihat dalam lindungan Allah..hampir sebulanaku tak update blog..bukan apa aku sekarang ini tengah intern kat ILP Marang,Trg..banyak masalah yang ada dalam praktikal ini..memang perit untuk aku lalui tapi aku tahu Allah hanya memberi mengikut kemampuan aku sahaja...

hari ini aku nak bersembang tentang appereciation @ penghargaan...siyesly,susah sangat nak jmpa orang yang suka ucap 'terima kasih' 'thanks you' 'xie xie' 'nandre' 'syukran'..
sebab.......??
ego ? malu ? entahlah...
sebagai seorang manusia yang normal,,bila kita penat tolong orang,dengan ucaapan terima kasih yang pendek mampu mengurangkan kepenatan itu..

dalam hidup,,everything sudah diaturkan oleh Allah..sesungguhnya Allah itu tahu yang terbaik untuk kita.jika kita mahukan orang sentiasa berterima kasih pada kita,,,
so,,kita yang harus mula berterima kasih pada orang lain.lama-kelamaan sidia akan belajar untuk mengucap 'terima kasih'..jika batu mampu dilembutkan dengan titisan air,,,insyaallah hati manusia juga mampu dilembutkan dengan kesungguhan kita,,dengan syarat mendapat izin dari Allah..

aku pun tidak tipu,,susah sangat pada mulanya  hendak belajar mengucap 'terima kasih' & 'sorry' sebab ego.,,kan??tetapi we have to start right now!
Allah suka pada hambaNya yang beruba kearah kebaikan..

jom pakat belajar ucapkan terima kasih & sorry..
ringankan mulut anda..insyaallah keikhlasan akan muncul..
selamat berubah!