Saturday, December 25, 2010

HaNtU ThAiLAnd..~_^ (Jai Rao)

Dalam beberapa hari nie,aku banyak menghabiskan masa menonton citer 'Jai Rao'...citer nie dah lama kuar,tp aku baru nonton..hihihi..citer Jai Rao nie mengisahkan sepasang kekasih yang berpisah lama dan akhirnya mereka bertemu,.,,namun,p'vic(hero) nak balas dendam ke aoey(heroin) yang tinggalkan dia selama 8 tahun..namun,dendam xjadi dendam coz mereka masih lagi menyimpan perasaan yang sama....love story nie sangat22 menarik..ada sedih+sakit hati+kelakar+hepy+bahagia..huhuhuuh..ni dia hero heroin citer jai rao...jeng2


cantik,kan ?hehehe..entah napew,menjak dua menjak nie,aku dah kemaruk ngn citer thailand...dah xblh nak diselamatkan ag...sebenarnya,,love story thai memang lain dari yang lain..coz plot diorang memang xblh nak jangka..hakhakkk..mcm citer dependent of love,my apple my eye,chain of love dan sawang biang (sweing being)..entah btol ke tidak ejaan tue..heheheh:))
berbalik pada citer Jai Rao,aoey sangat tabah hadapi dendam dari p'vic yang cuba menyakitkan hati dia,tp dia still bertahan walaupun dia ada penyakit leukimia..sangat sedih.namun at the end,mereka still lagi bersama walaupun aoey hilang ingatan kerana komplikasi mengandung. aoey tidak boleh makan ubat leukimia kerana mengandung dan itu adalah satu pengorbanan yang sangat besar bagi aku...dia pertaruhkan nyawa untuk memberi kebahagiaan kepada p'vic..anak diorang sangt comeyyyy.citer nie memang sedih....aku pon xtahan giler tgk movie nie dgn adik aku (jgn bagi kuar air mata)....
citer ni mengajar aku setiap kehidupan mempunyai kesedihan dan kegembiraan..setiap orang berhak mendapat kebahagiaan dalam hidup dan tidak semestinya penderitaan dan kesedihan akan membawa keburukan dalam kehidupan seseorang....

setakat ini sahaja yang aku nak ceritakan tentang love story,'Jai Rao' yang bagi aku amat menarik..memang best biler tgk citer nie..hehehe..promote kejap yerk..bagi aku,,aoey dan p'vic pasangan yang sangat comeyy dan cute (ya Allah,,tolonglah aku,aku dah giler ngn citer nie)..hehehehe...




Wednesday, December 15, 2010

PeSaNaN nAbI Allah..~_^

Nabi SAW menunggang unta tunggangannya,sedang di belakangnya membonceng Ibnu Abbas. Nabi SAW pun mengatakan kepadanya suatu pesanan secara serta-merta,tetapi baginda saw menghadirkannya dalam perhiasan sastera yang memikat hati dan meletakkannya di atas hidangan kefasihan ungkapan yang begitu cemerlang sehingga cahayanya hampir menyilaukan mata. Dalam sabdanya baginda saw mengatakan:

'wahai anak muda,sesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat. peliharalah Allah,nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah,nescaya kamu akan mendapatiNya dihadapanmu. Kenalilah Allah ketika suka,nescaya Dia akan mengenalimu ketika susah. Jika kamu meminta,mintalah dengan Allah dan jika kamu minta tolong,minta tolonglah kepada Allah. ketahuilah bahawa sekiranya umat bersatu padu untuk memberimu sesuatu yang bermanfaat,nescaya mereka tidak akan memberinya,kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah untukmu. Sekiranya mereka bersatu padu untuk menimpakan mudarat kepadamu, nescaya mereka tidak akan dapat menimpakan mdarat kepadamu,kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirimu. Qalam telah diangkat dan lembaran telah kering. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan itu disertai dengan kesabaran dan bahawa kelapangan itu beserta kesempitan dan bahawa kesusahan itu selalu disertai dengan kemudahan'
(Diriwayatkan oleh Ahmad 2664,2758,2800,Tirmizi 2516 dan Hakim 6304 menerusi Ibnu Abbas)


sesungguhnya...kata-kata yang dikeluarkan oleh Rasulullah mengandungi banyak hikmah dan terlalui tinggi darjatnya berbanding puisi yang direka semata-mata...hayatilah kata-kata baginda,moga kita beroleh ketenangan dan rahmat dariNya....




Monday, December 13, 2010

perlu ke couple sekarang ???

itulah persoalan yng kerap singgah dalam benak aku...bukan apa,pergi mana-mana pon mesti orang tanya
1- bila nak kahwin?
2-dah ada pakwe belom ?
kadang-kadang pening nak jawab,kalu xda,mesti pandang sinis.....choi sangat2.....
memang xdinafikan,perasaan ingin menyayangi dan disayangi memang ada...namun,aku tidak terfikir pon nak bercouple....umi dan abah pon xpernah paksa aku.....






kawan-kawan aku memang ramai yang ber couple,namun hati ini masih tidak terbuka untuk semua itu,mungkin kerana aku takut kecewa,,,,kecewa dikhianati atau harapan yng aku sandarkan pada si dia hancur...mungkin...
aku cuba untuk control pergaulan aku agar aku tidak terlalu mendedahkan diri ini dengan kaum adam....
harpaan aku,agar aku dapat setia ngn bakal suami aku..insyaallah....


dalam dunia hari ini...ramai sangat yang bercouple,,aku harap mereka dapat kekal hingga akhir hayat..carilah keredhaan Allah kerana dengan keredhaanNya kita akan beroleh ketenangan didunia dan akhirat...
cintakan bunga akan layu,
cintakan manusia akan mati.,
cintakan Allah kekal abadi,,,
cinta yang tidak akan dikhianati dan dikecewakan sampai bila2....


semoga kita semua akan beroleh jodoh dari Allah..
jodoh yng akan membawa jalan menuju Jannatul Naim....
yang kekal abadi...amin..~_^


awTer.(Awek terbaik)....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan
sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah
berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu
yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki
yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati
dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku
kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti.
Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan
mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka.
Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku
menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu
membelakangimu.
Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu
mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku
sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku
lebih suka berada di rumah
kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa
tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu,
tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.




Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba
menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi
kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak
memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.” Aku tidak ingin dipandang cantik oleh
lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai
lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga
menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah
aku ini
barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan
lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana
akan ku jawab dihadapan ALLAH kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada
manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan
lain, aku
dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias
peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan
yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki
yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan
disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan
diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.
ALLAH telah memuliakan
seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang
suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang
tulen.
Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki
ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku
kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku
yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku
berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga
berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan
seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat
perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku
yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku
bukanlah seorang gadis
yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata
sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga
punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat
sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki
wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman
a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu
mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah
jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam
hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan
ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak
mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan melampaui batasan yang telah
ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam
kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada
mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri
ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya
akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu
berpaut sewaktu
rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau
syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu
kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan
mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada
cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga…
p/s: inilah adalah catatan seorang wanita yng dahagakan cinta Ilahi...ayat yang dipamerkan begitu menyentuh hati...hayatilah,semoga kalian akan beroleh pengajaran disitu...amin..:))



Monday, December 6, 2010

pAnDuAn MeNcAri TeMaN hIdUP +IStErI....:)




Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. 
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.
Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.
Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

selamat menyambut awal muharam 1432 H

assalamualaikum....

tik tok,tup2 dah lama masa berjalan rupanya...
dah makin lama Islam berada di muka bumi ini......
dah 1000 tahun lebih dah....dah tua rupanya usia Islam...
namun,Allah sentiasa melindungi Islam kerana ini adalah agama yng diredhaiNya,,,,



namun...ramai umat Islam tidak menyedari semua ini...
makin ramai umat Islam yang lalai dan leka dengan nikmat dunia yng semakin hebat ini...
kita semakin menuju akhir zaman,,
pelbagai kehancuran berlaku diatas muka bumi ini...
maksiat berlaku secara berleluasa...
petunjuk dari Maha Kuasa semakin tidak diendahkan...

semoga di awal muharram ini,,kita mampu membentuk diri kita menjadi seorang hamba yang berima kepada
Allah yng Maha Esa dan Maha Agung kerana akhirat lah dentinasi kita yng terakhir...
semoga tahun baru ini membawa 1001 rahmat dan hidayah dari Nya...amin...
moga Islam terus bergerak melangkah kehadapan....
melawan arus kemajuan..membentuk tamadun berkualiti...amin....ya rabbil alamin...

Wednesday, November 10, 2010

exam dah dekat....tp ??

xlama lagi dah nak exam tp malas bebenor nak baca buku....Ya Allah,tolonglah ringankan sikit aku nak buka buku,nak cari ilmu untuk peperiksaan ini....


kita nak keputusan yang paling baik,tp usaha tidak ada....kta nak dapat anugerah dekan,anugerah perlajar terbaik tapi still lagi dengan malas yang xda penghujung....masyaAllah...sedihnya..
namun begitu, dimana ada kemahuan disitu ada jalan...tolong doakan kejayaan kita bersama yerk...
moga rahamt Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita semua...amin...

Kalimat ketenangan hati...

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.



ingatlah...setiap apa yang kita lafazkan akan dipandang oleh Allah....samaada membawa keburukan atau kebaikan...marilah kita sama amar makruf nahi mungkar...selamat meramal ...:)

Monday, November 8, 2010

kalau Allah itu baik,kenapa Dia buat neraka ??

  



Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."