Tuesday, July 31, 2012

~Kenapa mesti BerDOA??~!!!

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

Kenapa mesti berdoa ?apakah itu doa ?
Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Raabnya untuk diberikan perlindungan (inayah) dan pertolongan (ma’unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT,dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. 

Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah SWT. Doa juga merupakan pujian kepada Allah SWT,dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepada-Nya sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud ” Doa adalah ibadah” . Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.

Doa adalah senjata muslim..bila dah puas berusaha,,puas berikhtiar dan last sekali kita harus berdoa pada Allah..menunjukkan kita berserah dan bergantung pada Dia...dengan Doa,kita akan mendapat kekuatan dan ketenangan daripada Allah kerana kita sedar kita sudah serahkan segalanya pada Dia..walau apa jua keadaan sekalipun,Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..cuma,,setiap ujian itu hanyalah sebagai asam dalam kehidupan...

waktu-waktu mustajab doa pun kita kena tahu..supaya kita memohon padaNya tepat pada masanya..

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:

“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)


2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)
Allah sangat menyayangi hambaNya..sebab tue Dia berikan ujian kerana Dia ingin kita merayu dan mengadu pada Dia..laluilah jalan yang betul,semoga kebenaran akan tersingkap..

tidak rugi untuk kita berdoa,,malah hubungan kita dengan Allah bertambah erat..bila kita menjaga hubungan dengan Allah,insya Allah hubungan kita dengan manusia pasti terjaga..amin..

walaupun doa tidak dimakbulkan,jangan cepat berputus asa...kerana rahmat Allah sentiasa ada,cuma kita berusaha atau tidak sahaja..mintak lah dengan lembut dan suara perlahan kerana Allah tidak meyukai orang2 yang melampaui batas...

nota akhir :: apa yang dialami tidak sama peritnya dengan apa yang dipandang..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga secubit peringatan dapat memberi semangat pada hamba Allah yang diuji...moga jangan cepat putus asa..."JIKA ALLAH MENGKEHENDAKI,SEMUANYA ADALAH PASTI"

 
 

Tuesday, July 24, 2012

~SAHABAT!!~..



Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


Friday, July 20, 2012

10 cara meraikan Ramadhan~

10 cara meraikan Ramadan

Oleh: MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT

1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasiq. Rasulullah s.a.w. bersabda:
 Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka
Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar
dan dahaga. (Riwayat Bukhari).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seorang itu
berpuasa, maka janganlah dia bercakap lucah, berbuat fasiq dan kejahilan. Jika
seseorang mencacinya, maka hendaklah dia menjawab: "Aku sedang berpuasa.''
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


2. Menghidupkan malam dengan beribadah (Qiamullail). Sesungguhnya ibadah
Qiamullail adalah kegemaran Nabi dan para sahabatnya. Kata Aishah r.a.:
''Janganlah kamu meninggalkan ibadat Qiamullail kerana Rasulullah s.a.w. tidak
pernah meninggalkannya. Apabila Baginda sakit atau keletihan, Baginda bersolat
dalam keadaan duduk."

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan
 Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya
yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga
sampai separuh malam. Kemudian beliau membangunkan keluarganya supaya mendirikan
solat dengan berkata: "Solat, solat." sambil membaca ayat 132 daripada Surah
Thaha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah
kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang

memberi rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.


3. Bersedekah. Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan
menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Baginda s.a.w: Sebaik-baik sedekah
ialah sedekah pada bulan Ramadan. (Riwayat Tirmizi).


4. Menjamu makanan. Golongan salaf amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada
orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada

 jamuan boleh menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan. Ia juga dapat memudahkan
 seseorang itu masuk ke dalam syurga Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w pernah
 bersabda: Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamulah makanan, sambungkanlah
silaturahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga
dengan selamat.(Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Baginda s.a.w. bersabda lagi di dalam hadis yang lain: Sesiapa yang menjamu orang
 yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa itu.
 (Riwayat Ahmad).


5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para
salaf mengkhatam al-Quran ketika mengerjakan Qiamullail padai malam Ramadan tiga
 hari sekali. Ada juga yang mengkhatamnya seminggu sekali. Terdapat juga mereka
yang mengkhatamnya sepuluh hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika
 membaca al-Quran.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. membaca Surah Al-Mutaffifin. Apabila sampai
kepada ayat 6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta
 alam. Beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya lagi meneruskan bacaan
berikutnya.


6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim
 bahawa apabila Rasulullah s.a.w. selesai menunaikan solat Subuh, Baginda akan
terus duduk di tempat solatnya sehingga terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi, Baginda s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat
 Subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah s.w.t. sehingga
terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala
 seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.
 Kata Albani: Hadis ini sahih.

7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Manakala pada tahun baginda
wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.


8. Mengerjakan umrah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah
di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim.


9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Nabi Muhammad s.a.w. akan mencari Lailatul Qadar
 pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari- cari malam tersebut.
 Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada sepuluh malam yang terakhir
 bulan Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh
keberkatan dan keistimewaan.

Ubay bin Ka'ab berkata: "Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang
 telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., ialah matahari terbit pada
pagi hari tersebut dalam keadaan redup." (Riwayat Muslim).

Di dalam hadis lain, Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah,
jika aku bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang patut aku katakan?" Jawab baginda:
"Katakanlah: Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa fa'fu a'nni (Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah
segala kesalahanku)." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi. Kata Albani: Hadis ini sahih).


10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada
 bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut
dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab. Di
 antaranya ialah: Waktu berbuka, Sepertiga malam yang terakhir, Waktu Sahur dan Hari
 Jumaat.

Oleh yang demikian, para salaf amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka
dengan memperbanyakkan zikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Esa.

Daripada Muhammad bin Wasi, katanya: "Aku melihat beberapa lelaki, di antara mereka
 ada seorang yang tidur sebantal dengan isterinya dalam keadaan berlinangan air mata,
sedangkan isterinya tidak sedar.

Diriwayatkan bahawa Ayyub as-Sakhtayani bangun mengerjakan solat sepanjang malam
dalam keadaan yang senyap sunyi. Apabila telah hampir waktu Subuh, barulah terdengar
suaranya, seolah-olah beliau baru terjaga dari tidurnya.

Monday, July 16, 2012

BerTabahlah!!

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

hari ni 160712..Isnin...26 Syaa'ban
masih lagi dalam keadaan gundah gelana...masih tidak tahu keputusannya..
ya Allah,,berdebarnya hatiku..tp walau macam mana pun..
aku tetap kena hadapi setiap ketentuanNya..
aku dah habis daya..hanya mampu bertawakal pada Allah...

semenjak dua ni emosi aku tidak stabil..
selalu marah dan suka mengamuk..
itu teguran ikhlas dari umi dan adik2 aku..
aku cuba untuk bertahan dengan kemarahan aku..cuba bersabar..
tapi..
aku sedar akhir2 ni aku memang sensitif..emosi aku tidak stabil..

tekanan demi tekanan ada pada aku..
banyak ujian diberikan pada aku tanda kasih sayangNya..
mungkin belum tiba masanya untuk Dia makbulkan doaku..
sesungguhnya,,aku betul2 mengharapkan pertolonganNya..
bila tekanan makin banyak..jerawat pun mula banyak..bila tengok cermin,lagi tertekan..
bertabahlah engkau!

kadang2 rasa macam nak berhenti masa je..nak putar balik masa supaya setiap kejadian ni tidak terjadi..tapi aku sedar,setiap yang berlaku adalah kerana keizinanNya..
kalu tak,takkan situasi nie boleh terjadi..

pesanan umi :: cuba kuatkan hati,,Allah xkan sesekali menzalimi hambaNya,,insya Allah,,ada hikmah tersembunyi..banyakkan solat hajat..moga Allah permudahkan urusan..
dalam ujian begini,syaitan pun giat hasut kita..pilih jalan samaada kebaikan atau keburukan..

harapanku..: semoga Allah membuka jalan yang lurus untuk hambaNya yang khilaf ini..moga Allah mendengar doaku..dan moga Allah membantu aku kerana aku amat memerlukan bantuanNya..

tanpa aku,,Allah tetap ada..tetap berkuasa..tetap Maha Satu..
tapi..
tanpa Allah,,,I am nothing..tiada nilai..tiada makna hidup ini...

Sunday, July 15, 2012

masihkah ada sinar untuk aku..

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..

hari ini 13 Julai 2012..Jumaat..
hari yang tenang dan damai..lengkapkan hari penghulu segala hari..
minggu ini aku diuji teruk..
tidak perlulah aku nyatakan ujian itu..tapi cukuplah dalam pengetahuanNya,,
malu untuk aku katakan kerana aku menjangka aku tidak akan mengalami masalah itu..
namun..

ujian Allah melebihi segalanya..
jika Allah mengatakan jadi!,maka jadilah ia..
kadang2 aku lalai dengan nikmat dunia sehingga aku lalai daripada mengingati Allah..

seminggu diri aku tidak terurus..siyesly,aku betul2 lost..
aku hanya termenung dan termenung..
aku buntu dan sangat buntu..
mujurlah,disaat aku tercari sinar,Allah memberi umi dan abah sebagai pemberi semangat kepada aku..
mereka tidak jemu memberi nasihat dan sokongan kepada aku..
sentiasa bersama aku saat susah dan senang..

terima kasih Allah atas pemberian ini..

selepas ini,mungkin ada ujian yang lebih perit untuk aku hadapi..
sebab tu Dia bagi aku ujian macam ini..
sesungguhnya aku hanya insan yang lemah...

semoga masih ada sinar untuk aku...
semoga masih ada jalan untuk aku lalui..
amin..

nota akhir :: umi aku kata,kalu setakat berdoa dan merayu tanpa sebarang tindakan,semua itu hanya sia-sia..sekurang2nya kita berusaha dan tidak mengharapkan ianya jatuh dari langit.
GAMBATE!!

~Mutiara kata a.k.a peringatan buat diriku~

Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.





nota akhir : kadang,,orang yang mengalami sesuatu lebih merasa pahit berbanding orang yang tidak pernah mengalami sesuatu itu..dengan mudah, boleh memujuk dengan kata2,,tp adakah mudah untuk kita memujuk hati sendiri ??
paling penting jangan cepat putus asa..Allah kan ada...

harapan aku hari ini ::....moga Allah permudahkan segala urusan aku...hanya Allah mengetahui...amin...

Wednesday, July 4, 2012

Hanya Dengan Bismillah!!~Allahuakbar~

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Aku mesti menulis tentang Aurangzeb. Namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam harus dibersihkan. Sejak kecil aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah rendah.

Kata mereka dia adalah seorang tokoh kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah pada waktu itu aku menjadi seorang antara  ribuan orang Islam yang menyanjung Akbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.

Akbar tidak patut disanjung seperti yang ditonjolkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat bertimbang rasa, lembut dan pemaafnya sangat tidak kena pada tempatnya. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan menyediakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.

Dan kemungkaran terbesar yang dibuat oleh Akbar ialah mencipta agama Din Ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Ia juga terlalu memberi muka kepada penentang-penentang Islam dengan menarik semula pembayaran jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau ialah seorang mujahid yag tidak teragak-agak menggunakan senjata apabila keadaan memerlukannya. Sembahyang dan puasanya begitu banyak. Beliau mengharamkan arak, nyanyian-nyanyian, tari-tarian, gundik-gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul sebelumnya. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah membuktikan dengan beberapa peristiwa.


Satu ketika peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan kaum pemberontak  di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah ‘bertukar’ kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh.

Ternyata, tentera Islam tidak dapat menentang sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimanakah caranya? Bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan untuk menghadapi tentera-tentera musuh yang menggunakan sihir ini?

Aurangzeb adah yang sangat soleh. Beliau adalah seorang putera sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa jua keadaan. Dikumpulkannya semua tentera Islam dan pada setiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tidak siapa yang dibenarkan membuka kain yang terlipat itu sebelum tamat peperangan. Aurangzeb mengingatkan tenteranya supaya bertaqwa kepada Allah dan yakinlah selalu dengan bantuan Allah. Beliau juga berpesan supaya jangan gentar menghadapi sihir tentera musuh kerana kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendinding.

Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Bila tamat peperangan, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada senjata, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan pada kain yang diikat itu yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!

Satu tindakan berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik yang melalaikan. Sebarang bentuk hiburan selain zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya itu menimbulkan kejutan yang amat sangat dalam kalangan ahli-ahli muzik di negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati para pemerintah sebelumnya.

Namun, bagi Aurangzeb yang tegas berpegang kepada syariat, segala bentuk perkara yang haram tetap haram walaupun disukai ramai. Padanya, muzik yang melalaikan membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta asyik maksyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk(manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik(Allah).”

Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dalam kalangan para pemuzik dan mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.
Akhirnya mereka bersepakat melakukan demonstrasi secara besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sebuah keranda yang besar untuk dibawa semasa perarakan. Dalam keranda itu mereka telah isikan semua alat-alat muzik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan para pemuzik di dalam negara India itu sangat banyak.

Pada hari yang ditetapkan, beraraklah beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis tersedu-sedu. Tangisan itu bergema di seluruh negara menghasilkan suasana yang pilu dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik. Keranda besar itu turut diusung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui rumah Aurangzeb. Mendengar tangisan yang mendayu-dayu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?”
Orang pun menjelaskan bahawa itulah perarakan para pemuzik. Aurangzeb pun keluar melihat perarakan itu dan terus nampak keranda besar yang diusung.
“Apakah yang diisikan dalam keranda besar itu?”

Orang menjawab, “Itulah muzik yang tuanku bunuh. Ia sudah menuju tempat pengebumiannya.”
Mendengar itu, Aurangzeb pun berkata, “katakan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah kebumikannya kerana aku dan rakyat ku tidak tahan lagi bau bangkainya!”
Jawapan ini sangat tegas dan tepat. Ahli-ahli muzik yang mengharapkan simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb yang sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja soleh itu, puas kerana telah menyelamatkan rakyatnya daripada kelalaian dunia hedonisme. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti terhadap apa yang dilakukannya pada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit, kerana itu selalunya ubat.

Dalam hidupnya dia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat-nasihat alim-ulama. Beliau sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasauf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana Mogul cantik dan mewah, Aurangzeb akan berada di situ sewaktu ada tugasan-tugasan rasmi sahaja. Rumahnya yang sebenar berada di tepi istana iaitu sebuah rumah kecil yang sangat sederhana.

Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Semasa menegakkan satu kerajaan yang kukuh, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah siapa sahaja yang kuat berpegang kepada hukum Allah.

Dalam masa pemerintahan juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Dengan tegas, beliau menukarkan nama kota Banares, kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai kubah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya apabila hasil pendapatan meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintaha Akbar.

Inilah antara usaha kecil ku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni sejarah hasil tulisan orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mencuaikan tanggungjawab sebagai khalifah Islam. Sedangkan Aurangzeb yang soleh itu dituduh kejam dan namanya ditenggelamkan dalam sejarah Islam.

Memang dia keras tetapi adakalanya kita memerlukan orang-orang yang keras untuk menjaga kesucian Islam. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al Farouk yang terkenal ketegasannya itu. Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati sanggup dibenci kerana menjaga kesucian agama.
Sebagai manusia biasa, Aurangzeb tentunya mempunyai kesalahan dan kelemahan. Semoga, baginda diampunkan Allah. Mungkin menyedari kelemahannya itu, baginda telah berkata, “Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta ku kepada Islam mata!”

cc: ust pahrol