Thursday, February 17, 2011

jika Allah..???



"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".



Wednesday, February 16, 2011

~TRADESY in LOVE :SFF stage 1~:))

Assalamualaikum dunia !
hehehe..sebenarnya dah beberapa hari beberapa program SFF (Searching For Facilitator Stage 1) tamat...dengan program tue,aku sangat enjoy and yng paling best ialah modul boom boom !!..hehee..dengan bangganya aku ingin gtaw aku nie dari group AISKRIM..group yang paling meriah+sporting...hehehe..walaupun peserta SFF dalam 60+ orang,namun program tue dapat dijayakan dengan baik sekali..dan time mcm nie aku amik kesempatan nak kenal dak2 sem 2...diowang memang kelakar,fully funny dan paling xmatured, siap ada yang jadi the mole,tp xnak ngaku..hehehe...dalam program nie,kitaowang didedahkan dengan modul2 baru,refreshment baru dan banyak ice breaking baru...hehehe..






inilah ahli tradesy yng sangat disayangi dan menyayangi...hehehe..nampak mcm sikit,namun inilah kekuatan kami untuk terus kembangkan tradesy....dan ini pulak,antara group yang ada dlm SFF..dan aku mulakan dengan AISKRIM dulu..jeng22






walaupun dlm program nie ada denda,,namun kami sentiasa happy go lucky...kami ada 7 group iaitu,DONUT,AISKRIM,KIWI,KUCING,NEMO,HARRY POTTER,TUPAI...semenyer bertukar menjadi kanak2 riang bila masuk modul boom boom...setiap group kena boom group lain dan group yang selalu kena boom ialah group donut...xmo lar masukkan yell untuk donut,mcm xbaik pulak,,biarlah dia sentiasa kekal dlm ingatan...dan aku suka sangat program mcm nie,secara xlangsung ia eratkan silaturrahim dalam tradesy...seme orang jadi happy dan senyuman terpancar dalam wajah setiap orang...dalam refreshment baru,group roomate aku (Tupai) present satu modul yang dinamakan 'TARIAN CINTA'hahahaha.tarian cinta memberi makna dalam dirinya..huhuhuhu..dan lagi satu,modul 'THE MOLE' pon syok jugak..setiap group akan mempunyai the mole dimana the mole ialah perosak dalam kumpulan.ia akan menghancurkan hasil kerja kumpulan itu,,,sebenarnya modul ini lebih kepada untuk memupuk sifat percaya satu sama lain...sampai sekarang,the mole masih ada..dan siapa the mole itu ???hehehehe...:))
dalam program nie,ada 24 modul (emm,banyaknya) tp kami sempat buat 19 modul sahaja dalam masa 2 hari 1 malam...sangat pantas dn effisien jer (tepukan untuk tradesy)..:P
 aku nak masukkan sikit gambar2 time SFF..have enjoy...


































mana2 group yang xda,jgn marahnya yerk..hehehe..coz gmbo xda dlm my lappy..
dan kami harap setiap senyuman ini akan sentiasa kekal...kekal selamanya...semoga tradesy akan lebih mantap dan buktikan pada dunia,tradesy boleh !..hehehehe..dan program ini diakhiri dengan modul mencari sinar...setiap orang akan dibekalkan sebatang lilin..dan lilin itu akan dinyalakan oleh orang lain...menunjukkan setiap orang memerlukan saling memerlukan .akhir kata,semoga tradesy terus maju kehadapan dan dapat terus memberi sumbangan kepada komuniti hari ini.....tahniah kepada ajk perlaksana dan pengarah projek atas kejayaan ini....INSPIRE ASPIRE..~_~


video









Tuesday, February 15, 2011

~sAlAm MaUliDuR rAsUl~

Assalamualaikum...
salam maulidur rasul kepada semua umat Nabi Muhammad...aku ingin menitipkan kata2 seseorang tentang peribadi Rasullullah dimana baginda seorang utusan yng diutuskan oleh Allah untuk membawa keamanan dan ajaran baru di muka bumi ini....


'seringkali kita terfikir bagaimana dan mulia dan bersihnya hati nabi kita tetapi tetap dibenci namun tetap tenang bila dimusuhi,tetap membantu walau disakiti,tetap menyeru walau diusir pergi....
kenapa kita mudah membenci bila dikasari mudah berputus asa bila yang dilakukan tidak menjadi,mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,mudah terguris bila kita dinasihati,
ayuh kita bangkitkan diri agar segala yang indah menghiasi peribadi ,kerana pemimpin kita adalah nabi Muhammad iaitu nabi junjungan kita..


peribadi nabi Muhammad sangat dan ianya tidak disangkal oleh musuh-musuhnya...dihari yng Allah berkati ini,,banyakkanlah selawat kepada baginda sebagai tanda kasih kita kepada nabi junjungan kita...sekali kita berselawat kepada baginda,Allah akan membalas 10 selawat keatas kita...
walau tidak dilihat dengan mata kasar,namun hati ini dapat mengagak betapa mulianya peribadi nabi kita...baginda sentiasa mengutamakan umatnya dan mengabadikan dirinya kepada Allah....tidak pernah memusuhi musuhnya dan tidak pernah menyakiti orang yng membencinya....begitulah keindahan akhlak penutup nabi yng diutuskan oleh Allah....

Wednesday, February 9, 2011

~Kerana aku TIDAK CANTIK~...:))

Kerana aku tidak cantik,  aku tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana aku tidak cantik,  aku dapat pelihara  diri  aku daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga  pandangannya.


Kerana  aku tidak cantik,  aku selamat daripada menjadi  senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana  aku tidak cantik,  aku tidak  mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana  aku tidak cantik,  aku tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana  lelaki dan wanita, dan kerana aku tak cantik, akhirnya  aku menemui  insan yang mencintai  aku seadanya.


Paling penting, kerana  aku tak  cantik,  aku sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa. kerana wajah yang cantik seperti bidadari itu tetap akan menjadi tengkorak,,itulah lumrah kehidupan..setiap manusia yang hidup akan meninggal dan menghadap Maha Pencipta...




bagi kawan2 yang merasa dirinya tidak secantik orang lain,,jangan cepat melatah..bersabarlah diatas dugaanNya kerana sesiapa yang benar-benar redha dengan dugaanNya pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik,,,cuma bergantung bagaimana kita bersabar dan cekal dalam menghadapi ujian yang diberikanNya...
jangan kerana kita tidak cantik,kita memarahi Allah...
jangan kerana kita tidak cantik,jangan sesekali melakukan perkaran yang dilarangNya...
jangan kerana tidak cantik,kita mengasingkan diri dari dunia...
yang penting,bersangka baik lah pada Allah kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...


Twinkle Twinkle Little Star..~_~

tiba-tiba jerk aku rasa nak nyanyi lagu twinkle twinkle little star..hehehe..dok teringat pulak masa dok kindergarden nyanyi sambil joget ngn kawan2...kadang2 bila dengar lagu nie,,boleh release tenshion lar jugak..so,,kita enjoy !!!!!!!!!!!!!

video
lirik lagu twinkle twinkle little star...

twinkle twinkle little star
how I wonder what you are
up above the world so high
like a diamond in the sky
twinkle twinkle little star
how I wonder what you are...

Tuesday, February 8, 2011

apa makna CANTIK ????


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

artikel original dari www.iluvislam.com...

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

~saya adalah MANUSIA..~~

Assalamualaikum...
sementara aku tggu member aku bersiap nak keluar,,tiba2 aku rasa nak post something dlm blog aku nie..hehehehe..jeng2,pastu keluar lar tajuk saya adalah manusia..dan semua manusia mempunyai hati dan perasaan dimana mereka boleh merasai apa itu kesedihan,kegembiraan,sakit hati dan sebagainya.....dan bagi aku,,setiap orang walau cantik,,hodoh,,tinggi,,pendek,,pandai,,kurang pandai,,,kita tidak patut menghina mereka,,atau mencaci mereka secara langsung atau tidak langsung....kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan..
Allah mencipta manusia adalah sama.masing-masing ada hidung,mulut,telinga danmasing-masing juga dikurniakan aka fikiran untuk membezakan mana yang baik dan buruk...masing-masing berasal dari tanah..Allah tidak memandang kecantikan rupa paras semata-mata kerana kecantikan paras rupa adalah tidak keal melainkan iman dan taqwa dalam hati dan jiwa...Allah memandang seseorang dari ukuran iman dan taqwa...bagaimana hambaNya itu mengaplikasi amar ma'ruf nahi mungkar....bagaimana hambaNya itu menahan ujian yang diberikan...menjadi seorang khalifah yang baik dimuka bumi ini....

kadang-kadang kita tidak sedar,kata2 kita telah membuat seseorang mengalir air mata....jadi,,.amiklah pengajaran dan pedoman agar tidak melakukan perkara yang sama....manusia seorang yang mudah lalai..mudah leka..jika diberi sedikit kebebasan..terus hanyut dengan duniawi...itulah manusia...

Saturday, February 5, 2011

tEmAn SeJaTi...???

Assalamualikum...............


adakah sahabat,teman,kawan,adalah orang SAMA ???? bagi aku,tidak sama sekali...kawan adalah seorang kadang bersama kadang tidak..kadang teman kadang lawan....namun,sahabat adalah seseorang yang sentiasa dan akan selalu sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan sekalipon...bagi aku,seorang sahabat adalah lebih baik dari 1000 kawan yang kadang memberi kita banyak masalah dan kerumitan....
sahabat,dengan kata lain ialah teman sejati...yang sentiasa memimpin kita menuju jalan yang benar,yang selalu menunjukkan arah yang betul,yang selalu mengelap air mata yang mengalir,yang selalu gelak bersama tidak mengira paras rupa,tahap pendidikan,kekayaan dan kepandaian...seorang sahabat akan memberi nasihat yang ikhlas,,sentiasa berfikiran positif keatas sahabatnya...
namun adakah orang yang selalu war-warkan dirinya adalah sahabat merupakan orang yang layak dipanggil sahabat...bagi aku,,TIDAK sama sekali kerana orang yang bernama sahabat ini merupakan orang ikhlas,yang tidak suka menunjuk2,,,,,,
adakah bila orang itu berkata'....aku ni sahabat kamu 'dan adakah dengan septah perkataan itu terus mengesahkan dia adalah sahabt..TIDAK sama sekali.............
dalam duni ini,,,semua berkata,aku lah kawan kamu,akulah sahabat kamu,akulah teman kamu,,,namun dikala kamu mengalir air mata,siapa yang tolong lapkan ???????


hayatilah lirik lagu teman sejati,,,semoga kamu semua akan mengerti apakah yang dimaksudkan dengan seorang teman sejati....


Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita