Thursday, February 23, 2012

cOnTeNg-cOnTeNg Seorang hamba

Assalamualaikum...
moga hari ini lebih baik dari semalam..semalam aku dapat berita yang agak mengejutkan namun,siapalah kita unutk menyangkal semuanya...semua itu berlaku diatas keizinanNYA dan kita sendiri tidak layak untuk menolaknya...
dalam kehidupan ini,,kadang2 perkara yang  buruk itu mungkin adalah yang tebaik untuk diri kitayang khilaf..dan...kadang2 perkara yang baik itu mungkin adalah yang buruk untuk kita...setiap rancangan dan aturanNya adalah yang terbaik..Dia lebih mengetahui segalaNya kerana Dia yang menciptakan kita...kadang2 kita selalu menyalahkan Allah diatas setiap kesusahan dan kesukaran dalam hidup...namun..tidakah kita terfikir bahawa dengan ujian itu Allah hendak menarik kita kembali ke pangkal jalan...Dia masih menjaga dan memelihara kita...tidakkah kita sepatutnya bersyukur diatas perhatian itu??

"kalau Aku uji kamu dengan kesusahan,kamu tidak mahu bersabar...dan jika Aku uji kamu dengan nikmat..kamu tidak mahu bersyukur....maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari Tuhan yang lain"

kadang2 hati kita terlalu sakit dan terluka dengan ujian dunia ini...bagaimana mahu bersabar ??ituadalah kebiasaannya dalam hidup ini...sebenarnya,,kita mampu melalui keperitan itu..NAMUN...kita sangat memerlukan kekuatan daripada Allah....mohonlah petunjuk dan kekuatan dari Allah..kerana dia pemilik segenap isi alam ini...Allah masih panjangkan umur kita..Allah masih memberi peluang untuk kita terus bertaubat padanya....

No comments: