Sunday, July 31, 2011

`Ahlan wa sahlan ya Ramadhan !!~

Assalamualaikum...

selamat datang ramadhan...semoga dibulan yng mulia ini,dilimpahi segala rahmat dan berkatnya....
jom lar kita sama-sama pakat cari keredhaan Allah supaya kita semua sentiasa ditempatkan dikalangan orang yang beruntung...:)

kataakhirpenaja::ramadhan ialah bulan yang barakah..janganlah kita mempersiakannya...

Sunday, July 24, 2011

berTUDUNG vs TIDAK berTUDUNG....

assalamualaikum...
jemput2 baca...memang hot...
hanya sebagai pengajaran....



btw..ini adalah fake facebook..ditayangkan hanya sebagai satu pengajaran..bukan nak mengaibkan sesiapa..nama dan identiti mereka tiada kaitan antara hidup dan mati...

kataakhirpenaja::tepuk dada tanya iman...semoga beroleh hidayah Allah........

sumber :: http://layarminda2.blogspot.com/2011/07/tak-bertudung-vs-bertudung.html

Saturday, July 23, 2011

cara membuang VIRUS facebook

Cara penyebaran:
Penyebaran bermula di facebook chat dan berjangkit kepada sesiapa yang meng-klik pautan.

“hi. how are you?”
*Jika anda reply mesej, chat akan otomatik menghantar anda:*
“Wanna laugh?
*Jika anda reply sekali lagi, chat otomatik akan menghantar :*
“It is you on the video ?)) want to see?)”
*Jika anda reply sekali lagi, chat otomatik akn menghantar anda pautan meminta anda klik*
Sila share artikel ini kepada rakan anda, keluarga anda, dan ke facebook anda tanda prihatin kepada sesama insan

Jom buang virus!
Jika komputer anda sudah dijangkiti virus dan tidak dapat mengakses laman Facebook, sila lihat cara 1.

Cara 1 :
Sistem operasi windows mempunyai file dipanggil "hosts".
Buka "hosts" file.
Sila ke "Start" pada komputer anda dan pilih "Run"/.
Dalam "Run" dialog taip:

c:\windows\system32\drivers\etc
******************************
Untuk Windows NT & Windows 2000
C:\winnt\system32\drivers\etc
Windows XP, Windows Vista or Windows 7
C:\Windows\System32\drivers\etc
Klik OK (Buka beberapa file)
Cari file bertajuk "hosts" dan "double-click". Sesudah buka, sila buka file tersebut dengan memilih program " Notepad" dari program yang ada.

Edit kemudian save file "hosts" tadi.
Dalam file "hosts" tadi akan ada satu baris seperti di bawah.
CARI BARIS INI: facebook.com (CONTOH: “127.0.0.1 http://www.facebook.com” )

Sila buang “127.0.0.1 http://www.facebook.com”
Tutup file "hosts" dan save.


Cara 2:
1. Buka "Task Manager" ( Ctrl+Alt+Delete)


2. Cari dan buang dengan "end processes" program bawah:
fbtre6.exe
mstre6.exe


3. Buang file registry :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating;
CARA:



Buka "Registry Editor". Klik "Start" kemudian cari "Run". Taip "regedit". Kemudian klik "OK".


Window baru akan terbuka, dan taip "regedit". kemudian klik "OK"


Cari file virus tersebut dengan mengikuti langkah di bawah:
HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > Current Version > Run > ”systray”

Untuk memastikan sebelum anda membuang file, sila cari "c:\windows\mstre6.exe" dan tekan delete.

PERHATIAN: JANGAN SESUKA HATI ANDA MEN-DELETE FAIL YANG ANDA SENDIRI TAK PASTI. KOMPUTER ANDA BERKEMUNGKINAN TIDAK DAPAT START JIKA ANDA TERSALAH DELETE FILE.

Buang file di bawah:

C:\\Windows\\fbtre6.exe
C:\\Windows\\fmark2.dat


Masih tidak faham bagaimana mendelete file registry?
Klik sini.

Info tambahan:
-Bersihkan "start up" komputer anda (msconfig), dengan program ccleaner.
-Sila scan komputer anda dengan anti-virus (memastikan virus sudah dibuang).

Jika akaun facebook anda telah diambil alih, dan telah digunakan untuk menyebarkan SPAM facebook chat;
ANDA PERLU MENGIKUTI LANGKAH INI.
- Reset password akaun facebook anda dengan mengklik "Forgot your password?" pada halaman utama facebook atau "Account Settings" bila anda sudah login di facebook.
- Jika anda tidak dapat me-reset password akaun facebook anda kerana e-mel untuk anda untuk login sudah sudah ditukar, sila ke "help page".
- Pastikan anti-virus di komputer up-to-date, buat scan virus, buang file tidak berkenaan. Jika anda tidak melakukan ini, komputer anda telah dijangkiti, berkemungkinan akaun facebook anda bakal dijangkiti sekali lagi.

Tiada anti-virus?
Muat turun "Avira anti-virus" di sini.

Muat-turun lain:

CCleaner
- http://www.piriform.com/ccleaner/download (digunakan untuk membuang file yang tidak berkenaan di komputer anda)

Malwarebytes
- http://www.malwarebytes.org/products/malwarebytes_pro ( perisian terbaik anti-malware untuk scan malware pada komputer anda, paling tidak sila scan seminggu sekali )

SuperaAntiSpyware
- http://www.superantispyware.com/download.html ( perisian terbaik anti-spyware untuk scan spyware pada komputer anda, paling tidak sila scan seminggu sekali selepas scan malware )

P/S: Virus/worm selalu bertukar mengikut peredaran masa, mengambil masa untuk syarikat anti-virus meng-update versi anti-virus mereka untuk membolehkan perisian anti virus mengenal-pasti virus/worm terbaru yang ada.

Makluman - Orang yang membuat virus juga mampu membuat virus terbaru yang tidak boleh dikenal-pasti oleh perisian anti-virus.


Virus "hi. how are you?"


Jenis file virus facebook di atas:
- Flash-Player.exe


Nama virus di atas:
- koobface
 
sumber : blog ini...

Monday, July 18, 2011

~kEkAnDa AdInDa~


Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Thursday, July 14, 2011

~Kisah tokoh-tokoh Islam~

Mereka adalah antara yang berjaya di muka bumi ini dan menjadi antara muallaf yang paling popular di dunia. Hayatilah kisah mereka ini agar menjadi panduan kepada kita yang sememangnya kita mengakui Islam itu agama kita, tetapi ada juga di kalangan kita hanya Islam pada nama. Ketahuilah bahawa Islam itu indah. 

Muhammad Ali – Legenda tinju dunia

  1. Muhammad Ali dilahirkan di Louisville Kentucky, AS pada 17 Januari 1942. Nama Kristian beliau ialah Casscius Marcellus Clay dan beliau menukar namanya kepada Muhammad Ali selepas menyertai Nation of Islam yang pernah mendakwa Malcolm X sebagai Nabi di Amerika. Ali kemudian mengubah pendiriannya dan menjadi seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Baginya, Islam adalah agama yang benar, namun isu beliau memeluk Islam menjadi kontroversi apabila penganjur pertandingan tinju masih menyebut namanya sebagai Casscius Clay. Ali enggan masuk ke gelanggang sehingga beliau dipanggil dengan nama Muhammad Ali.Ketika berusia 18 tahun, beliau beraksi di Sukan Olimpik Rom pada 1960 untuk bertarung bagi kelas light heavyweight. Ali menjadi peninju profesional dan pada tahun 1964, dia menumpaskan Sonny Liston bagi memenangi kejuaraan kelas heavyweight dunia. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak sembilan kali dalam tempoh empat tahun. Selepas menolak untuk menyertai pasukan tentera AS ke perang Vietnam, gelarannya telah dilucutkan dan tidak bertarung di gelanggang selama tiga setengah tahun. Ali merampas semula gelarannya pada tahun 1974 dengan menumpaskan George Foreman. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak 10 kali sebelum tewas kepada Leon Spinks, tujuh bulan kemudian. Pada 1 Julai 1975, Muhammad Ali pernah melakukan aksi perlawanan tinju dengan Joe Bugner di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ali bersara daripada sukan tinju pada 1981 dengan mencatat rekod 56 kali menang dan lima kali kalah. Perkara yang pasti, beliau yang kini berusia 68 tahun ialah seorang legenda tinju dunia. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di seluruh dunia. Anaknya, Laila Ali meneruskan kerjaya bapanya dan menjadi peninju wanita Islam pertama.
  2. Yusuf Islam – Janji penyanyi rock kepada Tuhan


  3. Pada 1979, Cat Stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam berdepan dengan maut apabila kakinya mengalami kekejangan sewaktu mandi di pantai. Terhanyut semakin jauh dari pantai, Cat Stevens penyanyi rock yang dianggap sebagai bapa rock n roll berbisik di dalam hati, jika Tuhan menyelamatkannya, dia akan bekerja untuk Tuhan. Sejurus selepas itu, ombak besar datang dengan tiba-tiba dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Beliau cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Semasa berada di hospital, adiknya yang baru balik dari Palestin telah menghadiahkan sebuah buku terjemahan al-Quran. Beliau membacanya dan mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Cat Stevens kemudiannya memeluk Islam pada 12 Disember 1979 dan memilih nama Yusuf Islam. Beliau kemudian meninggalkan dunia hiburan dengan alasan industri hiburan tidak terlepas daripada menjadikan seseorang itu ego dan riak. Pada tahun 2007, beliau telah menerima AS$1.5 juta royalti daripada kerjayanya sebagai penyanyi sebelum memeluk Islam. Beliau menggunakan wang itu untuk kerja amal dan kebajikan kepada umat Islam di London, antaranya membuka sekolah agama dan menubuhkan sebuah persatuan sekolah Islam di United Kingdom. Beliau kembali ke dunia muzik untuk konsert amal bagi mengutip derma dengan niat untuk membuat kebajikan kepada umat Islam seluruh dunia.
  4. Yvonne Ridley – Terpesona dengan al-Quran

  5. Yvonne Ridley adalah wartawan British yang lantang menghentam Islam menerusi hak kebebasan wanita. Beliau memasuki Afghanistan secara haram dengan memakai burka selepas permohonan visanya ditolak beberapa kali. Beliau menjadi masyhur setelah diculik pihak Taliban kerana mengesyakinya seorang perisik. Salah seorang anggota Taliban yang menahannya menyuruh beliau memeluk Islam tetapi beliau enggan. Sebaliknya, Yvonne berjanji akan membaca al-Quran setelah dia dibebaskan. Beliau bersikap kurang ajar kepada orang yang menahannya termasuklah meludah ke muka mereka. Walaupun begitu Taliban melayannya dengan baik dan menjaga kehormatannya sebagai seorang perempuan. Sehinggakan beliau diberi kunci bilik tahanan supaya boleh menguncinya dari dalam. Setelah dibebaskan beliau menunaikan janjinya untuk membaca al-Quran oleh kerana kagum dengan sikap puak Taliban yang melayannya dengan baik. Terpesona dengan al-Quran sebagai satu-satunya kitab yang mengangkat status wanita, Yvonne memeluk Islam pada 2002 dan menjadi seorang pengkritik yang disegani.
  6. Daniel Streich – Tidak lagi anti Islam

  7. Daniel Streich adalah bekas ahli Swiss People’s Parti (SVP) di Switzerland dan seorang tokoh politik yang terkenal. Kemasyhuran beliau mencapai kemuncaknya apabila mula bergiat menentang Islam termasuk melancarkan kempen mengharamkan pembinaan menara masjid di seluruh Switzerland. Daniel Streich juga giat menyemarakkan sentimen anti Islam di Switzerland. Kempen tersebut menyebabkan beliau diberi penghormatan dengan ditawarkan jawatan tinggi dalam tentera Swiss. Beliau membeli banyak buku berkaitan Islam termasuk al-Quran untuk mencari fakta yang boleh digunakan untuk menghentam Islam. Beliau kemudiannya mendapat hidayah dan memeluk Islam pada bulan November 2009.
  8. A R Rahman – Tidak melengahkan solat


  1. A R Rahman adalah seorang pengubah lagu terkenal dalam industri perfileman di India. Beliau telah memenangi dua Grammy Award dan dua Academy Award. A R Rahman juga tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time. Pada usia 23 tahun, beliau telah memeluk Islam dan menukar namanya daripada Dileep Kumar kepada A R Rahman. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pengubah lagu, beliau juga sangat disegani sebagai seorang yang sentiasa menjaga waktu solatnya. Walaupun diasak dengan kesibukan industri hiburan, beliau akan mengerjakan solat sebaik sahaja masuk waktu tanpa berlengah walaupun sedang bekerja dan tidak mengira di mana beliau berada.
  2. Litvinenko – Ejen perisikan Rusia mati dalam Islam


  3. Alexander Valterovich Litvinenko adalah pegawai tinggi dalam Badan Perisikan Ketenteraan Rusia (FSB) dan mempunyai hubungan peribadi dengan Presiden Vladimir Putin. Beliau dipecat daripada jawatannya apabila mendedahkan gejala rasuah dalam agensi perisikan tersebut. Pada November 1998, Litvinenko menuduh orang atasannya mengarahkan pembunuhan ahli perniagaan Rusia, Oligarch Boris Berezovsky. Litvinenko kemudiannya ditahan atas tuduhan melangkaui pegawai atasannya pada tahun 1999. Percubaan untuk menyeret Litvinenko ke penjara gagal sebanyak dua kali apabila beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Litvinenko melarikan diri ke United Kingdom sebelum percubaan ketiga dilakukan. Semasa di London, beliau menulis dua buah buku berkaitan kekejaman Agensi Perisikan Rusia dan beliau juga menuduh Vladimir Putin mengarahkan pembunuhan Anna Politkovskaya, seorang wartawan yang terlibat dalam pendedahan kegiatan agensi itu yang menjadi pembunuh upahan Presiden Rusia. Pada masa yang sama, beliau berasa tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya iaitu Kristian Ortodok. Beliau kemudian memeluk Islam pada November 2006. Mengikut bapanya, Litvinenko menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam sebelum November 2006. Bagaimanapun, Litvinenko mati selepas 10 hari memeluk Islam. Beliau telah diracun oleh ejen KGB dengan bahan radioaktif yang dikenali sebagai Polonium 210. Kesimpulan daripada siasatan kematian beliau adalah kerana permohonan kerajaan Rusia untuk membawanya pulang gagal.
  4. Min Keller – Mualaf bertaraf ulama

  5. Mulanya, Nu Ha Min Keller adalah warga Amerika Syarikat beragama Kristian dan memeluk Islam setelah beliau mengkaji dan mendalami Islam. Sebelum memeluk Islam beliau sentiasa dalam pencarian untuk memilih agama ketuhanan yang benar. Setelah memeluk Islam, Min Keller menjadi penterjemah buku-buku Islam dan pakar dalam bidang perundangan Islam. Terjemahan kitab Umdat al-Salik sebuah kitab pegangan mazhab Syafie dalam bidang syariah boleh dianggap paling masyhur. Reliance of the Traveller adalah kitab perundangan Islam dalam bahasa Eropah yang pertama menerima pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar. ikuti kisah Min Killer di sini.
  6. Dr. Hofmann – Diplomat berjiwa Islam

  7. Murad Wilfried Hofmann dilahirkan sebagai seorang Katolik dan memeluk Islam pada tahun 1980. Beliau ialah seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan Jerman. Kemasukannya dalam agama Islam menimbulkan kontroversi memandangkan jawatan yang disandang tidak seiringan dalam doktrin Kristian. Dr. Hofmann bertugas sebagai seorang pegawai tinggi di Jabatan Perkhidmatan Luar Jerman pada 1961 sehingga 1994. Mula bertugas sebagai pakar dalam pertahanan nuklear dan selepas itu menjadi Pengarah Informasi Nato di Brazil. Antara jawatan antarabangsa yang disandangnya ialah Duta Jerman di Algeria dan Maghribi. Beliau sekarang menjadi penaung Pusat Islam di Jerman. 
  1. Sharifuddin – Budak ajaib di Afrika


  2. Lahir di Arusha, Tanzania kepada keluarga Katolik yang berbahasa Swahili, Sharifuddin telah menunjukkan ketokohannya semenjak bayi lagi ketika berusia dua bulan. Sharifuddin enggan disusui oleh ibunya. Lebih menakjubkan pada usia empat bulan, beliau boleh membaca ayat al-Quran. Dilaporkan, perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya adalah, “Kamu semua bertaubatlah semoga diterima oleh Tuhan” dalam bahasa Arab. Ibu bapanya yang risau dan menganggap anak mereka telah dirasuk jin menanggil paderi Kristian untuk mendoakan anak mereka supaya pulih seperti bayi yang normal. Berita ini telah sampai kepada seorang jiran yang telah datang dan menterjemahkan kata-kata Sharifuddin dalam bahasa Arab. Sejurus selepas itu, ibu bapanya memeluk Islam. Setelah berusia satu tahun, Sharifuddin boleh bertutur dan memberi ceramah dalam bahasa Arab. Setelah umurnya mencecah lima tahun beliau dibawa serata dunia untuk memberi ceramah agama. Pada usia sebegitu muda, beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis, Arab dan Swahili dengan baik. Salah seorang peminatnya yang setia ialah Presiden Libya, Muamar Gaddafi. Sheikh Sarifuddin ini mengislamkan lebih 50,000 orang di Afrika Selatan,dalam usia 5 tahun...subhanallah!..ikuti di sini

Tuesday, July 12, 2011

~Kenapa saya peluk ISLAM -YUSUF ISLAM~


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Wednesday, July 6, 2011

~40 kes ~lelaki yang tidak layak untuk menerima seorang HAWA....

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.


3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.


4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.


5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.


6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.


7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.


9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.


10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.


11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.


12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".


13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.


14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.


15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.


16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.


17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..


18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..


19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.


20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.


21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.


22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.


23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.


24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .


25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.


26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.


27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.


28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.


29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.


30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.


31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.


32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.


33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?


34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.


35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.


36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.


37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.


38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.


39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...


40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Friday, July 1, 2011

~mimpi jumpa RASULALLAH~....Masyaallah....

Hayatilah suatu kisah yang amat berharga ini.. semoga ia mampu memberi pedoman & pengajaran buat kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapatberdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah ulama' yang faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun 'forward message' pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yg enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga Sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina 'Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti.." Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamdulillah.. dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W...banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.

Wallahu A’alam Bissowab