Saturday, June 23, 2012

~ceritera KAMI 1~

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

lepas 25 jun 2012,berakhirlah tanggungjawab aku sebagai pelajar UUM,3 tahun aku di UUM mengutip ilmu dan pengalaman untuk dijadikan kenangan..tak lupa pada kelab yang aku sangat sayangi 'TRADESY' sebab dari situ ak belajar semuanya..syok dapat keluarga baru di UUM..daripada TRADESY,aku belajar untuk terus bangkit dan belajar..


bersama senior Tradesy..ketika semester 2..alolo,comeynya..

bersama adik2 dan kawan2 tradesy..Terukir de bintang..program terakhir bersama tradesy...ketika semester 6..
lepas ni..aku akan melangkah ke alam praktika..
alo,,,lepas ni dah xboleh merasa masuk kelas lambat..berebut naik bas..
stay up malam untuk siapkan assignment..kalut dengan banyak program...paling penting,lepas ni da xdengar orang panggil ekpong!

sedihnya..bila tengok kawan2 packing barang nak balik rumah..
selama 3 tahun kami berkawan...mengenal erti persahabatan..
ada manis..ada pahit..ada tawar..ada masin..
semua ada..
bila lah lagi kami nak berjumpa dan bergelak ketawa..
nanti rumet aku balik awal 2 hari dari aku..
mcm mana nak harung hidup sorang2 dalam bilik??
KAMI !! dari semester 1- semester 6 kami bersama...

rumet aku yng sentiasa bersama selama 3 tahun



wawa..@_@..
dah terasa kesayuan di hati ini..nanti sorang2 pergi...
aku nak pergi jugak..
tapi aku kena tunggu dulu coz ada urusan xsettle lagi..
pejam celik pejam celik,tinggal berapa hari je lagi aku nak pergi dari uum..
3 tahun sekejap sangat..
alhamdulillah,aku dapat mengenali ramai kawan yang comel+cute+baik+bnyk mulut
terima kasih Allah atas pertemuan ini...


even gmbr ni xjelas..tp aku suka..masing2 penuh dgn kasih sayang..like!

angah..biha..mimi..shida je yng tertggl..hehe..seriously,gonna miss u all!

kami berempat!semoga pertemua yang sebentar ini kekal abadi..amin..

kami di KFC..ketika semester 4..makan+gelak..syok..!

 banyak gmbr yang tak 'ter'upload..
mana2 yang aku jumpa,nanti aku upload balik ea..
nanti balik umah,mesti rindu nak dtg uum
p/s: jangan marah taw gambar yang tak da..nanti kalu aku jumpa,insyaallah aku upload lain...aku sentiasa akan doakan semua kawan2 aku..

ok..sampai sini dulu.bnyak lagi menda yang aku nak kongsikan..
tapi kena fokus kat satu paper je lagi..
satu je lagi..
tapi mcm mana nak study bila tgk orang heret beg balik umah..
sedih ngat eh..terasa sayu..
moga Allah kuatkan aku..amin

malam bersama kak zieana dan kawan2 yang comel..windu!

nota akhir : pada kawan2 aku yang dah nak balik kampung,jangan lupa jumpa aku taw!jom pakat serang bilik aku..aku sentiasa menanti korang..semoga persahabatan kita kekal abadi..mcm biasa,kalu kahwin,WAJIB jemput taw..hehe,,panjang umur kita jmpa lagi..gonna mizz all the moment wif u..nanti jangan lupa "EKPONG" ek...hehe..
LAGI PENTING-->jangan sesekali lupakan aku!haha..wajib..simpan aku kemas2 dalam ingatan korang taw..alololo,,tacing la pulak..hehe

Sunday, June 10, 2012

~you are BEAUTIFUL~

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
'Best nya kalau ada rupa yang cantik/kacak. Mesti mudah sahaja mendapat pasangan', sering juga mendengar segelintir yang berkata macam tu tapi bersyukur lah dengan apa yang telah Allah berikan. Kita mempunyai kecantikan/kekacakan yang tersendiri yang mana hanya orang yang benar-benar hebat tercipta untuk diri kita sahaja menyedarinya..faktanya, orang yang cantik/hensem banyak di permainkan hati perasaannya.
 saya suka sangat kata2 kat atas tue..sebab setiap orang memang cantik..walaupun pada mata kasar,dia bukannya seorang model..berkulit putih dan licin..tinggi dan langsing..bermata bulat dan berhidung mancung sebab ciptaan Allah sentiasa berbeza..kan??
cantik itu subjektif..kan? jadi setiap kekurangan itu adalah normal..jangan mengeluh dengan kekurangan itu..tapi jadikan kekurangan itu sebagai jalan untuk kita memohon padaNya..kadang2 jadi cantik ni pun susah..sebab cantik itu boleh bagi kita lalai dan sedikit sebanyak kita bangga dengan kecantikan kita sendiri...betul x ?
bagi saya...semua orang adalah sama..kadang2 kebahagiaan itu boleh datang dalam perlbagai cara..pada kawan2 yang rasa dia tidak cantik,sila betulkan mind set anda..sebab itu menjadikan anda seorang hamba yang tidak bersyukur..istighfarlah...sebab setiap kekurangan dan kelebihan yang Allah jadikan adalah tidak sia-sia...setiap dari mereka,ada kelebihannya tersendiri...setiap ciptaan Allah itu adalah indah...
cuba selak dan fikir sejenak tentang ciptaan Dia..insyaallah,saya doakan Allah akan menurunkan petunjuk pada kamu semua..semoga kebenaran akan terbuka dan bersyukurlah dengan nikmat Allah yang lain..jangan kerana ujian yang satu..kita membuang semua nikmat yang lain...bergantung kepada Allah sebaik-baik tempat pergantungan...:)

Thursday, June 7, 2012

kerana...Dia tempat kita kembali....

Assalamualaikum wbt..
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

alhamdulillah,hari ni da selamat 3 paper aku jalani..
setakat nie alhamdulillah,,cuma biasalah kan dalam peperiksaan perasaan konpius+blur..
takut dan nerves itu perkara biasa..
pada siapa yang patut aku ucapkan terima kasih kecuali pada Allah sentiasa menemani aku..memberi aku kekuatan untuk hadapi semua walaupun dah banyak perkara mungkar yang aku lakukan..
kadang aku lalai dengan nikmat dunia ini...kadang aku 'ter'lepas cakap..terasa pulak..
kadang aku 'ter'lambat solat...
kadang aku tak 'ter'bangun nak solat...ya Allah..jahil betul aku ni,kan...



tapi Dia tidak pernah hampakan aku..
Dia sentiasa ada untuk aku..
dia saat aku mohon kekuatan dariNya..
Dia tidak pernah hampakan aku...

semoga air mata yang menitis itu ikhlas kerana Allah

cuba korang fikir balik..setiap kesusahan yang dihadapi..pasti ada jalan penyelesaian yang tersendiri..nah!..itulah jalan yang Allah berikan pada korang..Pertolongan ALLAH mungkin tidak datang terlalu Cepat, tidak juga terlalu lambat, tetapi pertolongan ALLAH selalu datang di saat yang Tepat ..(^___^)

jadilah hamba yag bersyukur dengan nikmat yng diberi...

jangan terlalu cepat melatah dengan ujian Allah..nanti kita akan jumpa jalan mati..
lepas tue,kemana kita nak pergi ??..kembalilah pada Allah,,mohonlah doa padaNya supaya Dia dakap kita dengan erat..
supaya kita sentiasa bersama Dia..kerana Dia adalah peneman yang paling baik..sahabat yang paling baik...kerana Dia yang menciptakan kita dan Dia yang mematikan kita...segalanya bergantung pada Dia..Allah hurabbi...

aku mempunyai seorang kawan yang mempunyai masalah kulit..kesian kat dia..sekejap ok,,sekejap tidak..banyak duit berhabis untuk sembuhkan penyakit tu..tapi,,kalu sembuh pon kejap je..
aku tahu,berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
aku selalu tertanya - tanya kalu aku ditempat dia,adakah aku mampu memikulnya ??
Allahhuakkbar!!

kadang,kita suka memandang hina kat orang...tapi sedarkah kita kalau kita berada ditempat dia??adakah kita mampu mengganti tempat dia walau sejam...walau sesaat...
janganlah menghina orang..
kerana Dia yang mencipta kita semua..sama ada hebat atau tidak seseorang itu,semuanya bergantung pada amalan dan taqwa seseorang...
fikirkanlah,wahai kawan...

aku tahu,,disebalik senyuman dia tersimpan penderitaan dia..aku nampak dah sakit..
kemerah-merahan..banyak sangat alergik..tapi..
aku tersentap dengan kata-katanya yang aku tidak terjangkan.....

'setiap ujian ini telah diizinkan Allah..dan setiap apa yng Allah berikan pasti hikmahnya
lagipun,siapalah aku untuk meratap ujian ini sedangkan ramai lagi yang lebih teruk..
sekurangnya aku diberi nikmat untuk bernafas..nikmat kehidupan untuk menebus dosa aku..'




 sambungnya lagi...........
'aku tahu ujian ini sangat perit,,namun keperitan itulah yang mengajar aku supaya redha dengan ujian Allah..sama ada aku redha atau tak,penyakit ini tidak akan hilang..tp...kalu aku redha,aku lebih tenang..aku rasa sangat Allah bersama..and I'M NEVER ALONE..because Allah is always there for me'


aku dapat rasa satu perasaan halus menusuk dalam hati aku..ya Allah,,mampukah aku untuk merasai sedemikian?layakkah aku untuk diuji sebegitu rupa ?
aku yakin,setiap apa yng Allah tentukan adalah mengikut kemampuan kita..
dan yakinlah...
Allah yang memberi dan Dia juga yang menyembuhkan...
kerana Dia tempat kita kembali...




kata akhir :: saya sangat berterima kasih pada kawan2 saya yang sngt membantu dalam peperiksaan kali nie...terima kasih Allah kerana pertemukan kami..^_^...pada kawan2 lain,,selamat meneruskan perjuangan anda sehingga titisan terakhir..semoga perjuangan anda didiringi dengan redha Allah..amin..

Wednesday, June 6, 2012

NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA



Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya : "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."


Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi yang berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda mereka :-

1. Apabila engkau mengerjakan solat, beribadah kepada Allah swt maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kami menjaga lidahmu (perkataanmu).

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah swt.

6. Ingatlah akan mati.

7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang terhadap dirimu.


Tuesday, June 5, 2012

Rotan kAsih Seorang Ibu

Bismillarhirrahmannirrahim...
cc :ust pahrol mohd juoi



Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.



Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?


Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.


Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.



Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?



Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”



Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.


Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!


Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’
Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita…



namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya.  Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.
Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!


Friday, June 1, 2012

~Selamat berjaya~Good Luck~!!

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

alhamdulillah,masih diberi peluang untuk bernyawa..
masih diberi peluang untuk merasa nikmat hidup ini..
hari ni 1 jun 2012..
bermulanya peperiksaan akhir semster 2 2011/2012
semoga berjaya dan selamat menduduki peperiksaan 
pada semua kawan dan sahabat saya di UUM,Sintok,Kedah...

semoga usaha dan tawakal kita seiringan..
pergilah mencapai cita-citamu..
pergilah menggapai impianmu...semoga usaha itu mendapat keredhaan Allah..
pada semua kawan dan sahabat semester akhir,selamat berjuang untuk semester ini..berjuanglah hingga titisan pena terakhir..semoga kenangan dan pengalaman di UUM ni sentiasa kemas terpahat di ingatan...
jaga kesihatan diri...jaga kesihatan minda..
yng pntg,jaga hubungan dengan Allah..
semoga Allah membantumu..amin..


kata akhir :
28 jun 2009-28 jun 2012 :: cukup 3 tahun ak di uum..
terlalu cepat masa berlalu..
tidak sedar masa untuk ak berangkat pergi makin dekat..
tidak sedar kehidupan ak sebagai pelajar makin sampai ke garisan penamat...