Saturday, December 24, 2011

Balasan kerana lalai dalam solat...........

 
Dari Abi Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :

1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya
2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya
3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas
4. Do'anya tidak akan naik ke langit
5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh
6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati :

1. Mati didalam keadaan memalukan
2. Mati didalam keadaan lapar.
3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu
2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam
3. Allah menghantarkan <u>seekor ular yang bernama "al-syujaa'" </u>yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat :

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.
2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah
3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!
 

Friday, December 23, 2011

~Formula rahsia???...untuk Hubungan C.E.R.I.A~

namun...C.I.N.T.A yang ditujukan ialah cinta kepada Allah...cintailah Allah dahulu,,,baru cari cinta hambaNya...itu lebih berkat dan insyaallah,,keredhaan Allah akan sentiasa bersama...
dalam hidup ini menjadi lumrah,,if i give,what can i get?.."GIVE & TAKE"
jika tiada orang mahu menolong kita,,jangan salahkan orang lain,,,tp fikirkanlah sejenak...apa yang telah kita sumbangkan untuk mereka??adakah kita pernah mnlong mereka disaat mereka memerlukan pertolongan ??

kawan2...ingtlah..Allah Maha Adil...setiap perkara baik dan buruk,akan ada pembalasan...berhati-hati dalam kehidupan..berhati-hati dengan ujian dunia...janganlah kita 'ter'sedar di pintu nereka...sudah terlambat...
Allah sentiasa membuka pintu kemaafan untuk hambaNya yang I.K.H.L.A.S bertaubat...amiklah kesempatan ini.,,sebelum kita terlambat....

~Pendedahan bapa Ariff Alfian~

Pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli kahwin dengan lelaki di Dublin


Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

“Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

“Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008),” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

“Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

“Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

“Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.




thanx to : blog aliff culle 
katadaripenaja::..ya Allah,,Engkau bukakanlah hati hambaMu itu,,semoga dia kembali ke pangkal jalan,,semoga keampunanMu masih terbuka untuknya...semoga keluarganya lebih tabah dan sabar..
kawan2...jadilah anak yang soleh dan solehah...gembirakanlah hati mereka selagi kita bergelar seorang anak..tanggungjawab kita adalah menjaga mereka dan menyenangkan mereka...kesian seorang bapa yang terpaksa menggalas tanggungjawab kesan dari perbuatan anaknya....semoga Ariff akan sedar kesalahannya dan memohon ampun daripada Allah dan keluarganya...
sama-samalah kita doakan...amin,.,,

Wednesday, December 21, 2011

~Lets change the habits and follow the sunnah~

40 orang buta di India kerana runtuhkan rumah Allah


Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupa rupanya, selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya, merobohkan rumah Allah ini. Bacalah seterusnya.

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tarikh 6 Desember 1992, telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar yang terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu yang ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun tidak berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilang penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .

Menurut wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar. Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka. Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.

thanx to: blog tok wan

Tuesday, December 20, 2011

Baiknya TUHAN kita..


baiknya Tuhan kita..selalu dekat dengan kita walaupun orang lain jauh dari kita...
bukan itu saja...banyak lagi yng Tuhan kita bagi pada kita..
samada,kita sedar ataupun tak....dari hujung rambut hingga hujung kaki..
dari bangun tidur hingga waktu tidur..
segala keperluan kita,,,Dia yang bagi..Dia yng sediakan...Dia yang aturkan...
Allah telah memberikan segalanya kepada kita..
namun,,apa yang kita bagi pada Dia..
adakah adil?
renungkanlah...semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayahNya pada kita..
amin...

Monday, December 19, 2011

Lubuk Jihad Seorang Hamba....~Palestin~

Ceramah Perdana Bersamamu Palestine'
Faiz teringat akan poster yang dibaca sebentar tadi. Dia bermonolog sendiri.
"Perlu ke aku datang ceramah tu?Macam membazir je..Bukan boleh tolong Palestin pun.."
Hilmi yang dari tadi memerhatikan gelagat sahabat karibnya itu, tersenyum seolah-olah memahami konflik dalaman yang dihadapi oleh Faiz.
"Assalamualaikum Faiz, termenung jauh nampak," tegur Hilmi.
Faiz yang sedari tadi bermonolog sendiri terkejut dengan teguran Hilmi walaupun Hilmi sekadar memberi salam.
"Ish, kau Hilmi. Aku ingat bidadari manalah yang tegur aku tadi",gurau Faiz dalam nada serius.
"Kalau bidadari, takde nya dia nak tegur kau, Faiz. Hehe". Belakang Hilmi ditepuk lalu mematikan perbualan dua sahabat tadi.
"Barangkali Faiz sedang mengalami masalah",getus hati Hilmi setelah melihat rakannya tidak seceria hari-hari sebelumnya.
Hilmi kelihatan tidak berputus asa meskipun sahabat karibnya melayan dia secara endah tak endah. Bagi Hilmi, jika sahabatnya bersedih dan mempunyai masalah, dia turut merasa kesedihannya. Namun Hilmi masih tertanya-tanya, apakah yang mengganggu Faiz sebentar tadi? Dia nekad untuk mengorek segalanya apabila mereka pulang ke kolej kediaman malam nanti. Bagi Hilmi, sahabatnya Faiz memerlukan teman untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di hati.
"Aku tak fahamlah dengan masyarakat kita ni Hilmi, mereka ingat dengan  mengadakan ceramah-ceramah mengutuk perbuatan Zionis terhadap Palestin tu, dapat merubah apa-apa? Membazir wang je menganjurkan ceramah. Apa orang cakap? Buang karen jek la..."
"Astaghfirullahalazim...Faiz, ceramah tu dibuat untuk menyedarkan dan membangkitkan kembali semangat umat Islam di Malaysia ni. Istilah kamu gunakan iaitu mengutuk tu salah sama sekali. Kita menganjurkan bukan untuk mengutuk sahaja malahan kita anjurkan untuk sama-sama mengutip derma bagi membantu rakyat Palestine. Semua perbuatan ada tujuan yang baik, sahabat".
" Hmmm..yeke??apa yang aku nampak, mereka seolah-olah memperjuangkan sesuatu yang tiada hujung pangkal," balas Faiz.
" Kamu pernah ikut ke ceramah ni Faiz, hingga kamu mengatakan ianya tiada hujung pangkal?", Hilmi bertanya dalam nada sinis.
Faiz terdiam kerana hakikatnya, dia memang tidak pernah ikuti mana-mana ceramah yang berkaitan dengan Palestin. Dia tak mahu sebenarnya kerana dia tahu dia akan turut sama menangis melihat penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin di sana. Dia egois kerana marah dengan pemimpin-pemimpin Islam dunia yang melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. Tapi, adakah dia sudah berjuang mempertahankan Palestin?
Lamunan panjang Faiz terhenti tatkala dia diajukan permintaan yang sukar untuk dia penuhi oleh sahabat karibnya, Hilmi.
"Barulah aku faham kenapa Faiz sangat-sangat tidak keruan semalam. Rupa-rupanya berkenaan Palestin", getus hati kecil Hilmi.
Dia seperti mahu tergelak besar apabila teringatkan wajah berkerut Faiz semalam apabila dia mengajak Faiz untuk bersama-sama mendengar ceramah yang bakal diadakan di kafe Kampung E malam ini.
" Aku nekad nak ajak Faiz dengar ceramah tu malam ni walau apapun yang terjadi" , berkobar-kobar Hilmi bermonolog. Dia yakin ceramah ni akan membawa perubahan dalam diri Faiz. Dia pun tidak tahu apakah yang bakal berlaku, namun dia yakin akan ketentuan Illahi.
MALAM CERAMAH PERDANA BERSAMAMU PALESTIN
Malam ini menjadi malam paling bersejarah buat Faiz. Buat pertama kali dia mengikuti ceramah seperti ini. Tidak pernah terlintas di hati mahupun fikiran dia bahawa dia akan mengikuti ceramah ini. Bukan ingin menidakkan keberkesanan ceramah tersebut namun dia beranggapan banyak lagi yang rakyat Malaysia perlu lakukan daripada menganjurkan ceramah tanpa mempunyai matlamat dan alternatif yang sepatutnya.
" Serangan ke atas kapal Mavi Marmara langsung tak menjejaskan semangat perjuangan kami untuk bangkit memperjuangkan Palestin. Kami bukanlah wira yang ingin disanjung-sanjung, tapi kami inginkan keadilan bagi pihak Palestin. Kami tahu tujuan sebenar Zionis. Kami menyeru anda semua untuk bersama-sama berjuang untuk Palestin dengan menyertai pasukan kami. Kami dahagakan semangat darah muda anak-anak semua!!Kita bukan mahu berperang,kita mahu membantu."
Kata-kata yang dilaungkan oleh Tn. Hj. Jamuliddin bin Hj. Elias sebentar tadi benar-benar membangkitkan semangat Faiz. Seperti ada rasukan luar biasa yang menghuni diri Faiz. Ingin sahaja dia menyahut seruan tadi dan maju kehadapan. Dia sedar akan tugas sebenar dia sebagai manusia yang berperikemanusiaan.
"Hilmi, aku nekad. Aku nak join Yayasan Amal Malaysia. Aku nak bersama-sama dengan LifeLine 4 Gaza. Aku nak jadi ahli aktif mereka. Bukan sekadar memerhati tapi turut turun padang untuk menyelamatkan bumi suci Palestin,"kata Faiz berkobar-kobar.
"Alhamdulillah, aku gembira sangat lihat kawan aku ingin membantu saudara-saudara kita di Palestin. Tapi satu je pesanan buat sahabat yang aku kasihi ni. Aku harap kau tak abaikan pelajaran kau. Belajar juga 'part of jihad'. Kau tahu kan??"
"Subhanallah...Syukur pada Allah, aku dapat sahabat yang sangat memahami dan suka menasihati aku. Jazakallah sahabat. InsyaALLAH, usaha aku akan seiring, Hilmi selagi aku punya sahabat macam kau."
Kedua-dua sahabat saling tersenyum kerana terlalu bahagia dengan persahabatan ini. Hanya Allah yang dapat memisahkan tali silaturrahim yang kukuh antara dua sahabat ini.
Tanggal 12 September 2012, menjadi tarikh penentu buat Faiz.
"Akhirnya, hari penentu buat diriku. Hari dimana dunia akan kembali membuka mata setelah dua tahun peristiwa Mavi Marmara berlalu,"getus hati kecil Faiz.
"Assalamualaikum Faiz,''
"Waalaikumussalam, Hilmi! Kau datang?"
"Demi sahabat yang dikasihi, aku pasti datang,"ucap Hilmi ikhlas.
"Jazakallah, walaupun kau sibuk dengan kerja kau, kau tetap luangkan masa menghantar aku." Ucap Faiz sebak.
"Sahabat aku ingin berjihad. Aku tak nak terlepas menjadi saksi kepergian kau, Faiz."
Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia ingin menjadi saksi kepergian mereka. Pada kali ini, Malaysia menjadi negara yang menghantar sukarelawan yang paling ramai dan sumbangan yang paling banyak. Bukan ingin bermegah, namun rakyat Malaysia sudah mula mempunyai kesedaran mengenai isu Palestin yang tak kunjung padam ini. Bukan sekadar umat Islam yang menyumbang, malahan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin turut menyumbang. Faiz sedar misi ini bukanlah misi untuk berperang tetapi misi untuk menghantar bantuan buat rakyat Palestin yang tidak mendapat bantuan. Namun dia juga sedar akan risiko yang bakal ditanggung kerana kekejaman pihak Zionis memang tak dapat dinafikan lagi. Kata-kata akhir Faiz buat seluruh ahli keluarga dan sahabatnya sebelum kepergiannya ke Palestin sangat menyentuh perasaan semua.
"Kematian ialah satu kepastian. Faiz pilih jihad dengan jalan ini. Jika syahid ialah ketentuan Allah buat diri Faiz, langsaikanlah hutang piutang Faiz dan doakanlah Faiz,''.Faiz dengan tenang dan semangat menuturkan kata-kata itu. Bukan niat Faiz untuk membuat orang yang rapat dengannya sedih namun itulah hakikat yang mereka perlu hadapi jika ditakdirkan Faiz syahid di  bumi suci Palestin.
ALLAHUAKBAR!!!ALHAMDULILLAH!!!
Laungan itu menggambarkan betapa gembiranya semua sukarelawan setelah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Tersentuh hati Faiz saat melihat ramai dalam kalangan sukarelawan Turki sujud lalu mencium tanah berkat Palestin ini. Faiz dan sukarelawan lain turut melakukan perkara yang sama walaupun gerak geri 200 orang sukarelawan sentiasa diperhatikan oleh tentera Zionis, namun tiada rasa gentar dalam diri mereka.
"Mak, Ayah, Adik, Hilmi, Alhamdulillah! Kami Berjaya sampai di sini tanpa halangan yang berat. Jazakallah kerana doakan Faiz."Getus hati kecil Faiz.
Selama dua hari mereka berada di sana, segalanya berjalan lancer. Bantuan berjaya disampaikan. Seluruh dunia memanjatkan kesyukuran. Dalam kelekaan para sukarelawan menghulurkan bantuan, salah seorang tentera Zionis menarik salah seorang kanak-kanak Palestin dan mengasari kanak-kanak itu. Faiz yang menjadi saksi pertama kejadian tersebut, tidak dapat menahan rasa marah.
"Jangan apa-apakan kanak-kanak itu!! Kamu tak berhak terhadap rakyat Palestin dan tanahnya!".jerit Faiz.
"Kamu senyap! Lakukan kerja kamu ataupun kamu akan dihalau dari sini!" balas tentera Zionis.
"Halau kami, kamu yang akan dikecam oleh dunia dan Allah pasti turunkan bala buat kamu semua satu hari nanti!"
Pandangan seluruh kem Misi Kemanusiaan kini semua tertumpu kearah Faiz. Lalu, salah seorang sukarelawan Greece mencelah manakala sukarelawan-sukarelawan lain mulai mara kehadapan.

"Zionis celaka!Israel celaka! Jangan ganggu kerja kami! Lepaskan anak itu!"
Kata-kata beliau berjaya menakutkan tentera Zionis namun mereka mempunyai agenda sendiri. Dalam kesibukan para sukarelawan, tentera Zionis datang bersama-sama dengan kereta kebal. Mereka mengarahkan kesemua sukarelawan agar meninggalkan kem itu kerana mereka syaki bahawa di situ terdapat pengganas dari puak Hamas.
Faiz tidak berganjak malahan Faiz bersama-sama sukarelawan yang lain bersatu dan berganding bahu bagi menghalang niat jahat Zionis itu.
Dalam hati mereka, "Ya ALLAH, jika syahid takdir bagi kami,itulah sebaik-baik ketentuan-Mu."Keteguhan mereka tetap di situ walau apapun terjadi.
Faiz berbisik, "Ya ALLAH, ampuni aku. Mak,Ayah, doakan anakmu. Hilmi, jazakallah sahabat! Aku yakin lubuk jihad akan bebas dengan syahidnya kami!"
Allahuakhabar!

Friday, December 16, 2011

bunga Mawar yng indah...

~sebelum Kau halal untukku~


Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin


thanx to : dr cinta PDH...sweet..

Thursday, December 8, 2011

kenapa Abang sayangkan Ayang??

Abang sayang ayang

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Cinta abang setulus hati
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Cinta abang tiada tandingan
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Abang ingin sentiasa disisi ayang
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Cinta abang hanya untukmu
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 
Ayang dan anak-anak kita kebahagiaan abang

Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan…..

thanx to:diari PDH..

Lelaki dan Wanita yang TERBAIK!!








I want to be a romantic hubby…

For my future wife : If someone would ask me what a beautiful life means, I would lean my head on your shoulder, hold you close to me and answer with a sweetest smile… =’) I’m yours and u are mine.heeeeeee..♥


Romantik, sweet, lovely dan semua ingin mendapatkan calon suami yang seperti ini. Semua juga pastinya berfikir bertuahnya siapa dapat si dia…


Namun, PDH ingin tekankan bahawa siapapun kita katakan pada diri, kitalah yang beruntung dapat pasangan kita, dengan itu kita akn sentiasa memberi yang terbaik buat dia dan tidak banyak menyoalkan apa yang telah dia buat utk kita tetapi apa yang kita buat utk dirinya.


Apabila kedua-dua pasangan berfikir begini, tidakkah aman rumah tangga?Kecapilah bahagia bersama =’)

HAYATI HADIS INI :

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari Suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (kerana ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTERI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :

Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (HR Tirmidzi)


Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dgn kasih sayang maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang…bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa2 kedua2nya berguguran dr celah jari tangan keduanya… (HR. Rafi)