Saturday, August 11, 2012

Ujian @ Diuji ??

Assalamualaikum WBT..
Dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

alhamdulillah,hari ini sudah 23 Ramadhan 1433H...bermakna tinggal 7 hari je lagi nak sambut aidilfitri...cam ne dengan sambutan raya ?semoga ok2 sahaja..aku pulak biasa je tahun ini..adik aku ada yang amik upsr dan pmr tahun ini,,jadi parents aku banyak bagi attention kat mereka..



setiap orang mempunyai masalah tertentu..setiap hari akan berlalu sama ada kita menangis atau gelak ketawa..matahari tetap memancarkan sinarnya dan bulan tetap setia pada malamnya..semua itu adalah peredaran hari yang setia dengan perintah Allah...walaupun banyak mana masalah atau ujian atau seteruk mana kita diuji hari tetap berganti...jangan sia-siakan kehidupan anda!



dalam bulan ramadhan ini,banyak ujian Allah ditimpa pada keluarga dan aku..tidak perlu aku buka pekung didada,cukuplah aku berkongsi hikmah yang diberiNya..kadang ujian yang diberi terasa sangat berat..seperti tidak tertanggung,,kadang2 hati aku terusik,,

'kenapa aku yang kena ujian ini dalam berjuta hambaNya??'
'ya Allah,,,aku betul2 sudah tidak larat dengan semua ini'
'macam mana aku nak hadapi semua ini ??'

semua ini biasa terusik dalam hati kita,kan..sedikit sebanyak,kita ini hanyalah hamba yang lemah..seorang hamba yang tidak tahu apa2...tapi sedarlah,,Allah itu Maha Mengetahui..Dia tahu mana yang terbaik..kadang2,Dia ingin tunjukkan Dirinya yang Maha Penyabar itu dalam ujian yang diberikan...



ujian boleh datang dengan pelbagai cara...tidak semestinya orang kaya itu bahagia dan tidak semstinya orang miskin itu menderita,,,tidak semestinya orang cantik itu ceria dan tidak semestinya orang hodoh itu kusam..



kaya...miskin...cantik...hodoh...
semua itu ketentuan Dia...siapa kita untuk menolak semua ini sedangkan kita hanya diciptakan daripada segumpal tanah liat..Allah telah menentukan yang terbaik untuk kita..tanpa kita sedar,kadang kita yang menjauhkan diri daripada Allah dengan sentiasa melakukan maksiat..kita tidak tahu Allah itu sentiasa dekat dengan kita..disaat kita jatuh,Dia hadir memberi semangat dan menerima kita walaupun dosa kita tidak terhitung banyaknya...



namun,,dimana kawan dan keluarga yang sentiasa bersama disaat senang?jika,mereka ada disaat susah,bersyukurlah kerana itu pemberian yang sangat bernilai..



ujian itu diberi oleh Allah untuk menguji sejauh mana keimanan hambaNya..hamba yang diuji,sebenarnya telah mendapat perhatian daripada Allah..Dia ingin kita bersamaNya..Dia ingin menarik kita dekat denganNya..bersabarlah untuk sementara keran ujian itu tidak selamanya..



yakinlah,Allah tidak akan pernah menzalimi dan meyakiti hambaNya kerana kasih sayang Dia pada kita tidak terhitung banyakNya..sentiasa bersangka baik pada Allah..jika Allah menarik sesuatu dari kita,itu bermakna Dia ingin memberi yang lebih baik dari kita..
Allah itu Maha Adil!sentiasa muhasabah diri dan jangan tuding jari pada orang lain...
carilah erti ketenangan sebenar bersama kekasih yang sebenar!


Thursday, August 9, 2012

Soalan apakah ini ??

Assalamualaikum WBT..
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mendengar

Setelah menduduki ujian akhir semester,seorang pelajar cemerlang menemui profesornya.Tujuannya hanya satu iaitu bertanya tentang kewajaran soalan terakhir didalam kertas terakhir itu. perasaan tidak puas hati jelas terlukis di wajahnya,

"prof,adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah peperiksaan akhir ?"
"ya,sudah tentu"
"tapi prof,,,itu soalan luar dari silibus kita,kan?"pelajar tersebut menyatakan ketidakpuasan hati dia.bimbang benor takut tak dapat skor soalan itu.
"kamu silap kerana soalan tersebut ada kaitan dengan pelajaran kita,cuba kamu check balik" prof menjawab dengan tenang dan tersenyum..(takkan nak lawan sifu kot?)
"mungkin prof lupa..meh saya ingatkan balik..soalan tersebut berbunyi 'siapakah nama tukang cuciJabatan Bahasa dan Komunikasi Moden ?'bagi saya itu tiada kaitan langsung dengan apa yang saya belajar..soalan macam tu,mana ada dalam buku dan tiada kaitan dengan kos yang saya ambil!
prof menjawab dengan tenang "pelajar seperti kamu tidak hanya cemerlang dalam peperiksaan semata-mata.teori itu hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran. teori perlu dipraktikkan.tapi teori dan praktikal masih tidak mencukupi. sikap peduli seorang mahasiswa terhadap masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun kamu nanti akan mungkin bekerja bersama mesin!'

kadang2 kita terfikir dengan patuh pada sistem,we are the best..Allah menhantar kita ke bumi untuk menjadi seorang khalifah dan jadilah khalifah yang bermanfaat.

moral from the story :: kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yang tercatat diatas kertas,kita menjadi ibarat robot yang sangat patuh kepada sistem.hakikatnya,Islam membawa saranan agar memetingkan nilai kemanusiaan.sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.