Sunday, April 29, 2012

Demi Anak,ibu singa rela berkorban nyawa..

Anak Singa ini berjaya diselamatkan oleh ibunya selepas tergelincir dari gaung yang dalam.Pada mulanya ibu singa cuba meminta pertolongan dari singa-singa lain tetapi singa-singa lain tidak berani untuk turun dari gaung berkenaan.Demi anak tercinta,Ibu singa memberanikan diri untuk turun untuk menyelamatkan anaknya dari mati.Akhirnya,anak Singa berjaya diselamatkan dengan keberanian Ibunya.Kejadian ini berlaku di    Maasai Mara National Reserve di Kenya dan di rakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-FrancoisLagrot.





TERIBBLE WEEK & SAINA

Assalamualaikum...
minggu lepas,,antara minggu yang sangat diuji..masyaallah,jika bukan dari kekuatan Allah,,aku xkan mampu menghadapinya..sangat perit,sehingga rasa macam nak rebah dan berserah sahaja..
namun...
Allah lebih mengetahui kemampuan aku..alhamdulillah,semuanya sudah berlalu dengan 1000 kenangan..dalam diam2,Allah memberi 1000 hikmah dan pengajaran pada aku...
dalam masa seminggu,aku dapat jadi AJK untuk dua projek yang aku memang xboleh nak menolak..1 dari TRADESY (kelab fasi yang aku paling setia dan sayang)..then HRMC (human resource management club)..sebab HRMC tue projek final year aku..WAJIB untuk aku terima..dalam dua2,aku pulak dapat ladi AJK yang penting..memang tak cukup tidur..
macam dah serabai diri sendiri..banyak kerja yang harus disiapkan..yang menda yang perlukan perhatian..
alhamdulillah...
Allah permudahkan kerja aku..Dia banyak menolong aku..walaupun terasa perit dengan ujian nie,aku tetap perlu teruskan dan galas amanah ni..jangan lari dari tanggungjawab..
SAINA SUMMER CAMP..FINISHING SCHOOL...SEMINAR "GRADUAN CEMERLANG PILIHAN MAJIKAN" ..
--------------------------------------------XX-------------------------------------------------------
OK..
sekarang nie,aku update sikit citer masa aku kena lead jelajah kampus bersama student SAINA..waktu tue baru balik dari finishing school..penat,hanya Allah yang tahu..bila nama amanah,kita harus terima..insyaallah,Allah akan permudahkan urusanku..
perjalanan kami bermula dan berhenti di pusat equi,uum..iaitu pusat kuda..aku pernah masuk pusat kuda,tp xpernah sentuh2 kuda..takut..hehe..seronok dapat main dgn kuda..adik2 saina dpat tunggang kuda..xpelah,,tgk pun da ok,kan..hehe


kuda tue sakit,,sebab tue xmo kawan dgn aku..hehe,,kuda tu cacat mata..dia xley nmpk sebelah..aku ingatkan hanya manusia yang diuji,namun binatang pun diuji..cuma dia xboleh meratap dan menangis macam manusia..cukuplah hanya Allah yang mengetahui..kerana Dia sebaik-baik penolong...
lepas tue,kami pergi melawat perpustakaan sulatanah bahiyah..satu-satunya library di UUM..tunjuk kat diorang kemudahan dan perkhidmatan dalam UUM,,moga mereka lebih bersemangat untuk belajar dan menjadi seorang insan yang berguna..lepas tu,kami pergi lepas tenshen dengan main G0-Kart...memang seronok tengok mereka main..memang terasa nak main sangat..tapi bajet untuk kami tidak disediakan..hehe..insyaallah,lain kali...
antara aktiviti penting dalam SAINA SUMMER CAMP ialah..jelajah kampus,night walk dalam hutan sintok...dan explorace..semuanya dalam sehari..aku harap sangat apa yang kami cuba sampaikan pada mereka dapat disampaikan..moga Allah membawanya hingga menusuk hati mereka...amin...


sebenarnya,bnyk lagi gambar lain..insyaallah,aku upload lain,ok..aku tidapat bagi perhatian lebih pada SAINA SUMMER CAMP sebab kena bagi perhatian untuk seminar human resource tu lagi..alhamdulillah,semua da settle..aku berterima kasih pada semua kawan2 aku yang sentiasa support aku..pada umi yang sentiasa memberi kata semangat (walaupun marah sebab aktif semacam even da sem akhir) dan pada Allah yang sentiasa mendengar luahan aku..yang sentiasa meniupkan kekuatanNya pada aku...dalam explorace,checkpoint akhir,aku terpaksa membuat provok dan marah kat adik SAINA.adik2 angkat aku semuanya menangis..rasa bersalah sangat,,tapi aku buat jugak..aku harap mereka sedar apa yang aku hendak sampaikan..mereka terlalu dimanjakan..dan aku harus sekali memberi pengajaran kepada mereka...
pada semua MT pelaksana,,AJK pelaksana..fasilitator...pada semua sukarelawan yang menolong..terima kasih atas huluran pertolongan anda..jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas..
tahniah atas kejayaan ini..saya bangga dengan anda semua..
tiada kata mampu diluahkan kecuali ALHAMDULILLAH...amin...

Monday, April 23, 2012

jika anda....

 ~♥~Jika anda berasa diri anda sedang sunyi...
berzikirlah....
kerana Allah itu Maha Mendengar...

Jika anda berasa diri anda sedang gembira...
bersyukurlah...
kerana Allah itu Maha Pemberi...


Jika anda berasa diri anda sedang marah...
beristighfarlah...
kerana Allah itu Maha Pemaaf...

Dan jika anda berasa diri anda sedih...
bersujudlah...
kerana Allah itu Maha Mengasihani...~♥~
♥ lot of love ♥
 
dari: seorang hamba menagih cinta Allah..

Wednesday, April 18, 2012

coretan seorang hamba..^_^

Assalamualaikum..
alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk terus menjadi hambaNya..:)
petang2 macam nie,nak study pun rasa malas..nak tidur,tak baik tidur petang..padahal selalu je....hehe..astaghfirullah..kadang2 waktu petang lah,waktu paling best nak tidur..so,cari aktiviti yang boleh menyegarkan anda yerk...

dalam dok menghirup udara petang nie,,aku terfikir tentang nikmat Allah yang tidak pernah Allah abaikan untuk hambaNya walaupun segunung dosa..sejuta kealpaan kita berikan pada Dia...
namun....Dia tidak pernah berhenti bersama kita sama susah dan senang..percayalah,,jika semua orang tidak mempedulikan anda,,INGATLAH Allah sentiasa bersama...Dia akan mendengar luahan anda,,dan percayalah rahsia anda akan tersimpan kemas bersama Dia...



adakah kita pernah bersyukur.....kawan2,kita tidak sedar Allah mengaturkan kehidupan kita yang terbaik dalam hidup ini..setiap ujian yang diberi,,sebgai tanda sayangNya pada kita,,,Dia ingin kembalikan kita kepangkal jalan...bersyukurlah dengan nikmat yang ada,kerana lebih ramai lagi yang diuji Allah yang tidak dapat merasai setiap nikmat yang diberikan...

sujudlah pada Allah kerana sujud itu mengajar kita rendah diri pada Allah


bersyukurlah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita mengaudit diri sebelum menghadapNya..
bersyukurlah kerana Allah sentiasa membuka ruang dan pintu taubat untuk kita kembali dijalanNya..
bersyukurlah kerana Allah masih menyayangi kita...
dan DIA akan sentiasa menyayangi kita..

Jadilah seorang hamba yang bersyukur...


dalam masa terdekat ini...Allah telah bagi banyak petanda kepada kita..terutamanya aku..hehe..alhamdulillah,,terima kasih ya Allah...

amaran tsunami dikeluarkan,,
kawan aku kemalangan teruk,,,

alhamdulillah,Allah masih aku peluang untuk terus bertaubat atas dosa dan kesilapan yang semalam,hari ini dan insyaallah,akan datang...aku bersyukur masih dapat merasa setiap nikmat yang Allah kurniakan...


dalam amaran tsunami,,semua orang risau...semua orang berdebar..siapa sanggup tengok bencana alam yang terbesar akan berlaku didepan mata,kan...agak-agaknya macam manalah keadaan pada hari kebangkitan nanti,kan...tapi masa tue,masing-masing sudah tidak endah dengan orang lain..masing-masing sibuk dengan hal sendiri..hanya Allah yang tahu situasi macam mana kerana Dia adalah penguasa pada hari kebangkitan (surah al-fatihah:3)

takut pulak bila difikirnya..semoga dengan ketakutan itu akan menjadikan diri ini seorang muslim yang lebih baik.semoga Allah sentiasa mendidik jiwa ini menuju jalanNya yang benar dan menuju cinta abadi...amin...

semoga kita sama2 beroleh hidayah Allah..amin..

ya Allah,,Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir ".
QS. al-Baqarah (2) : 286
amin....ya rabbil alamin...



Tuesday, April 17, 2012

Semoga Allah memberimu kekuatan,kawan...

Assalamualaikum...
alhamdlillah,hari nie,Allah masih memberi peluang kepada aku untuk bernafas dan bertaubat atas dosa2 aku sebelum ini,,,tiada kata mampu aku lafazkan kecuali alhamdulillah,,
kawan aku, NOORAIN UMAIRAH NOORDIN telah mendapat ujian Allah,dipilih sebagai insan yang kuat untuk menerima ujian yang orang lain tak mampu hadapi,,dia mendapat kemalangan dan sekarang berada di ICU hospital sungai buloh,selangor...
terkedu....
tergamam...
terkejut...

moga Allah memberimu kekuatan,noorain umarah..
rasanya baru je lagi aku jumpa dia...sebelum balik,,sempat berbalas senyuman...tiada langsung petanda dia akan ditimpa ujian,,,namun,siapalah kita untuk menidakkan setiap percaturanNya..cuma ikhlas dan redha terhadap ujian ini pasti membawa kekuatan untuk mengharunginya...
tiada kata yang mampu dilafazkan kecuali, hanya pada Allah kita kembali dan bergantung harap..
 bukan calang-calang orang yang dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang berat nie..Hanya Allah yang tahu tahap kemampuan kita dalam percaturanNya..semoga Allah memberi kekuatan buat umai dan keluarganya..
semoga mereka sentiasa berada di jalan yang benar...
hanya Allah yang memberi penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan..
tiada lagi tempat yang paling baik untuk kita bergantung,melainkan pada Allahhurabbi...

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbyyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya."

p/s:: marilah kita sama2 doakan untuk mereka sekeluarga..doa itu senjata muslim...doa yang ikhlas,insyaallah..pasti diterima oleh Allah kerana Allah terlalu sayangkan hambaNya...
 semoga Allah melindungi keluarganya dan kita semua..amin..


Wednesday, April 4, 2012

~Sedikit nasihat tentang HIDAYAH dari Wardina~

"Saya simpulkan pengajaran yang saya perolehi mengenai bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah, ya walaupun sedikit. Semoga Allah yang Maha Pemurah, memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini. Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. Untuk memastikan kita terus kekal Istiqamah dengan hidayah yang telah diberi, agar hidayah itu tidak hilang, lenyap dan sepi kata mufti Menk, ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua:-

1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain. Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah.

2) Kedua - Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, anak-anak daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah. Kedua, sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain.

3) Ketiga- Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat. Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah? Oleh itu saya sering ingatkan diri, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dan InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang.

4) Keempat - Amalan yang berterusan. Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaiamana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW

5) Kelima- Sampaikan kebaikan. Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit dan sekecil biji sawi sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib.

6) KeenamCarilah kawan yang soleh. Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih.

7) KetujuhHidayah akan kekal dengan Ilmu. Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu.
Pesanan mufti yang terakhir benar-benar membuatkan dewan tergamam tanpa suara. Untuk mendapat hidayah, kata mufti “JAGALAH MATA” Jagalah mata, kerana khuatir pandangan itu pandangan syaitan. Tundukkanlah pandangan. Saya sedang cuba mempraktikannya walau saya seorang wanita. Saya yakin para lelaki mempunyai dugaan yang lebih. Menjaga mata dengan tidak melihat dan menilai apa yang orang lain pakai, tidak melihat kereta apa yang mereka bawa, atau melihat kelebihan mahupun kekurangan. Kenapa? Supaya lebih kurang rasa ingin membandingkan diri dan mengata. Supaya lebih kurang iri hati dan dengki hinggap di dalam hati ini. Semuanya bermula dengan mata. Akan saya pegang nasihat ini.

InsyaAllah semoga kita diberi semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah, itulah pesanan terakhir Mufti Menk. Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Ingatlah Allah tatkala makan, melakukan kerja dan bermesra dengan anak atau isteri dan suami misalnya. InsyaAllah mari kita cuba. Ingatlah Allah dengan sengaja, apabila melakukan apa saja. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan. Kepercayaan bahawa Allah itu Ar-Raqeeb yang Maha Melihat perlu disematkan kembali didalam jiwa kita ini.
Wallahua’lam. Amin."....Wardina Safiyyah...

sumber : http://www.wardinasafiyyah.com/nota-usrah/38-perkongsian-dari-hati

Tuesday, April 3, 2012

♥ IBUKU WANITA SYURGA ♥ ::.



~ suatu hari sy membawa ibu ke kedai untuk beli ikan.. tiba-tiba ikan yang nak dibeli tiada.. sy terus mngajaknya utk ke kedai lain yg tak berapa jauh dari kedai itu.. sambil trsenyum ibu berkata, "xpelah,kita balik dulu.. sbb ma minta ngn abah nak g kedai ni je”

~ suatu hari sy memandu kereta utk pulang ke kampung bersama keluarga.. ayah tiada bersama kerana ada urusan di ...Kuala Lumpur.. dalam perjalanan tersebut,adik sy meminta sy berhentikan sekejap di KB Mall utk beli barang.. ibu x benarkan.. katanya “kita terus balik kampung,sbb ma tak minta izin ngn abah utk berhenti.. ”

~ setiap hari,ayah akan memberikan ibu wang belanja harian utk membeli brg dapur.. suatu hari ibuku masuk ke bilikku dan terus menghampiriku serta berbisik.. “ada duit lebih x ma nak pinjam dulu,sbb duit yg abah bg dh habis digunakan..ma nk beli santan..” terus sy menghulurkan kpd ibu jumlah yg diminta.. waktu makan selepas itu,sy dengar ayah tanya ibu.. “cukup ke duit belanja dapur..” sambil tersenyum ibuku terus menjawab “cukup..” keadaan ini selalu saja berlaku.. dan belum pernah sy lihat ibu minta apa2 dari ayah,apa yg diberi..itulah saja yg digunakan..

~ seringkali ketika bangun utk menunaikan solat subuh.. sy menjenguk ke luar bilik.. kelihatan dalam samar2 cahaya,dua insan berada di ruang tamu rumah sedang menunaikan solat tahajjud.. dialah ibu dan ayah sy..

~ seringkali sy melihat ibu tertidur dalam pakaian ‘seragam’ solat.. kerana dia yg sy perhatikan x pernah meninggalkan solat dhuha,baca quran dan zikir..

~ di mana saja ada ayah,di situlah ibu akan ada bersama..
Sehingga ke hari ini.. tiada satu pun kalimah yg lebih sesuai utk sy lafazkan melainkan.. “ibuku wanita syurga”

Sy coretkan sedikit kisah ini utk renungan bersama,, kerana semua di antara kita tentunya semakin menghampiri gelaran ‘suami’ dan ‘isteri’..

Oleh yg demikian.. Berusahalah Menjadi Yang Terbaik, Bukan Mencari Yang Terbaik..
“sejauh mana solehnya kita,sejauh itulah solehahnya yg akan bersama kita..”

sumber :: facebook..(mana yng baik,jdkan tauladan..mana yng buruk jadikan sempadan).. 


kata akhir : setiap jodoh itu sudah ditentukan oleh Allah..namun,setiap ketetapan itu bergantung pada diri kita..jika kita inginkan yang soleh/solehah..perbaikilah diri selalu..mohonlah petunjuk dr Allah kerana Dia Maha Mengetahui...semoga Allah mengurniakan seorang jodoh yng mampu memimpin dan dipimpin menuju jannahNya..kerana disitulah sebaik-baik tempat..cintailah sidia kerana Allah..kerana cinta itu lebih bernilai dan diredhai Allah...amin...

~SELAMAT HARI JADI,UMI~


Assalamualaikum...
hari ni genap umur umi 48 tahun..akhirnya,,sampai jugak umur umi 48 tahun..
hehehe,,
lama dah xbalik rumah,,rindu nak jmpa umi..rindu nak makan masakan umi..wawawa..@_@

sebelum tue,,
happy bithday to you..
happy birthday to you...
happy birthday to umi..
happy birthday to you!!!!!!!!...

semoga umi sentiasa bahagia disamping abah dan anak2 yng comel..hehe
senyum selalu..jaga kesihatan selalu...
walaupun umi da bertmbh umur,,tapi tetap muda dihati kami semua..
semoga Allah sentiasa melindungi umi dan hanya Allah mampu membalas segala jasa umi terhadap kami..hehehe..
kek untuk umi dari jauh,,,

Monday, April 2, 2012

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

 Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.


“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza (BUKAN NAMA SEBENAR), ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa...


sumber::facebook (ust azhar idrus original)

Sunday, April 1, 2012

~ketika isterimu menangis...genggamlah erat tanggannya~


jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.