Assalamualaikum..segala puji bagi Allah pemilik sekelian alam...
salam hari jumaat..kepada kaum adam,selamat menunaikan tuntuan solat jumaat dengan hikmah...
dihari yang berkat ini,,aku nak berkongsi cerita yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua...
pagi tadi,adik aku yang belajar kat UM,KL telah sampai kat umah dalam pukul 4 pagi..elok-elok sampai kat rumah,dia detect kehilangan beg duitnyer...dalam tue ada kad pelajar, kad ic,lesen kereta dan banyak lagi dokumen penting....
bagi aku,kalau kehilangan dalam bas memang susah nak dapat balik...umi dan abah ak risau sangat...kami adik beradik disuruh membaca surah Ar-Rahman dan At-Tarik sebanyak 17 kali sambil niat untuk mendapat balik beg duit itu...umi dan abah ak memohon pada Allah supaya dipulangkan beg duit itu kerana Dia maha Mengetahui lagi Maha Melihat...
dan selepas itu,sekali lagi ayah aku pergi ke stesen bas....dan Alhamdulilah!!!!..beg itu telah dipulangkan oleh seseorang ke kaunter stesen bas kat situ...alhamdulillah,satu sen pun duit tidak hilang...Allah telah pulangkan segalanya...aku hampir menitis air mata kerana kuasa Allah yang Maha Bijaksana.....memang tak sangka sangat...terima kasih Ya Allah diatas segalanya,,,,
nota akhir::keyakinan padu pada Allah amat penting..yakinlah Allah pemilik segalanya...Dia tempat kita mengadu,,memohon pertolongan...dan padaNya kita kembali dan dikembalikan...yakinlah Allah telah mengatur perjalanan hambaNya dengan penuh perasaan cinta kepada hambaNya,,cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah menilai cinta itu....
1 comment:
Subhanallah! Allahu Akbar!!!
Post a Comment