Thursday, March 27, 2014

husnudzan dengan KEHIDUPAN..^___^

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat...

husnudzon,,,dalam bahasa melayu bermaksud bersangka baik...bersangka baik memang susah [pada akulah]..nak bersangka baik pada manusia,pada semua orang..kadang dah terang2 nampak ada sekelompok manusia kejap jeling kat kita,kejap jeling...haish,mengata lar tu..[xley lari kan dr kata mcm tu,kan]..dan aku pun sama...hehe,,tp kadang perasaan mcm tu lar menyebabkan hidup kita tidak tenteram,btol x ??



bagi aku..bersangka baik ni bukan pada manusia jer,,tp merangkumi banyak aspek..senang kata pada kehidupan lar..secara fitrahnya,kita juga ingin mempunyai pasangan hidup ,kan...op kos nak..tapi masing2 ada kekangan masing2,kan??
dan sememangnya sangat dikurniakan seorang ibu seperti umi aku..dalam umur aku sekarang [24 tahun] masing2 da ada pilihan untuk ditunjukkan pada parents masing..tp umi aku??
umi aku kata "xpelah kak,umi yakin pada aturan Allah,biarlah orang nak kata apa pun..yang penting,kita kena hudnudzon dlm kehidupan..bila smpi masanya,Allah pasti hadirkan seseorang yang sesuai untuk anak umi ini..umi yakin sebab umi ber husnudzon dengan aturan Allah"..
perasaan aku tika itu...spechless...!disaat orang dok kalut,,busy,,tanya tentang jodoh aku..umi memberi jawapan yang simple..yup!aku juga yakin dengan aturan Allah cuma kita kena sentiasa berdoa...usaha tetap kena ada..kan??



sekarang ni kita dihujani dengan banyak berita sedih..dengan MH370 nyer,dengan 529 orang Ikhwanul Muslimin kena hukum gantung nyer....dengan Gaza kena kepung nyer..semua orang bermandi air mata..semua orang kalut update pasal MH370 dan IM 529 sebab nak tahu progress mcm mna..dan tidak terkecuali aku...bagi aku..setiap apa yang Allah buat,pasti ada hikmahNya dan kebaikan untuk kita..mungkin setiap peristiwa yang berlaku akan menjadi titik tolak dalam permulaan sesuatu perkara dalam hidup kita,kan..?? cuba kita fikir dan fikir apa hikmah yang kita nampak setelah ianya terjadi....



satu persatu nyawa Allah tarik...hari ni aku mendengar satu kematian anak kawan ayah aku seorang qari wakil negeri meninggal dunia petang tadi selepas accident pukul 9 pagi tadi..kecederaan yang biasa,namun bila sampai ajal,tidak lewat sesaat pun...budak tu muda lagi,masih disekolah menengah,namun Allah masih sayangkan beliau..innalillah hiwainnailaihirajiun...mungkin Allah nak selamatkan arwah daripada fitnah dunia di akhir zaman,kan ?siapa tahu...itu semua aturan Dia...

cuba kita imbas setiap peristiwa lampau yang berlaku dalam hidup kita?kadang2 kita sendiri tak sangka kita mampu menghadapi ujian tersebut dengan baik..bahkan kita menjadi seperti sekarang kerana pengajaran dimasa lalu..seriously, kadang aku rasa macam nak berterima kasih dimasa lampau yang perit kerana mengajar aku erti kekuatan...disebalik setiap ujian/musibah yang berlaku,,aku mampu move on ke hadapan...aku mampu menghadapi cabaran yang yng lebih besar cuma syaratnya aku harus belajar dari kesilapan,dan baiki kesilapan tersebut...beringat selalu dan bersangka baik pada ALLAH dalam kehidupan ini..



no matter,how hard it is...you can do it..!!your life is belong to you..you deserve to manage it..you deserve to get it..everything based on your heart what do you want to be... think and do it!



lastly..tawakkal dan husnudzon lah dengan Allah..kadang sesuatu yang buruk itu baik untuk kita,dan kadang sesuatu yang baik itu buruk untuk kita..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..



p/s: sekadar coretan dari hati aku..sekadar memberi nasihat kepada diri sendiri..kadang kita suka salahkan orang lain dengan apa yng berlaku,,apa kata kita tukar untuk bersangka baik,dari situ akan ada aura positif,akan create kekuatan dalam hati...insyaAllah..kita pasti boleh move on...
percayalah,,,Allah sangat menyayangi hambaNya... :)





No comments: