nama aku azroy <bukan nama sebenar>.. aku seorang penzina.. kali pertama aku berzina ialah  ketika aku dengan kekasih pertama aku.. pada mulanya, aku langsung tak  reti bersosial.. biasalah, masa muda-muda memang kita selalu nak mencuba  sesuatu yang baru.. bila aku kapel dengan kekasih pertama aku aku  excited gila babi.. dapat pegang tangan kekasih aku pun, aku dah rasa  macam matured habis dah.. ada juga aku bercerita dengan rakan-rakan aku  bahawa aku selalu berpegangan tangan dengan kekasih aku.. tapi aku tak  lebih-lebih lah..
rakan-rakan  aku mengherdik aku.. mereka mengatakan bahawa aku tak gentleman dan  mereka menguatkan penyataan bahawa 'perempuan sebenarnya nak lebih dari  itu'.. aku pantang dicabar.. disebabkan rakan-rakan aku memperkecilkan  aku, aku mencuba untuk selangkah kehadapan.. dari berpegangan tangan,  aku belajar untuk berciuman pula.. sedikit demi sedikit aku didik  kekasih aku itu untuk belajar melakukan perkara yang best dalam hidup  sehinggalah kami terlanjur dan berzina..
sepanjang  aku berzina dengan kekasih aku, aku pandai mengawal tembakan aku.. aku  tak pernah tembak ke 'dalam'.. jadi, aku tak risau kekasih aku  mengandung.. aku selalu berfikir didalam hati aku "kenapa Islam haramkan  perkara yang menyeronokkan seperti ini? mungkin tuhan tersilap tulis di  dalam Al-Quran dan mungkin pengharaman itu keatas pancutan 'kedalam'  sahaja".. aku tak peduli tentang itu semua.. asalkan aku dapat syurga  dunia sudahlah..
selepas  hampir setahun, kekasih aku meninggalkan aku dengan alasan aku  merosakkan hidupnya dan tak mampu mendorongnya menjadi insan yang baik..  aku merelakan.. kerana aku yakin aku mampu mencari insan yang suka  berseronok seperti aku lagi.. tak lama aku kesorangan.. seingat aku  lebih kurang 3 bulan selepas itu aku berjaya mendapatkan kekasih hati  baru..
kekasih  aku yang kedua ini, agak sosial.. dia suka ke kelab malam dan juga  seorang pemabuk yang tegar.. aku turut diajar minum arak kerana 'tak  cool' katanya kalau tak minum arak.. biasanya pada malam minggu, selepas  pulang dari kelab malam aku dan dia pasti akan berzina.. tapi perkara  ini cuma berlarutan selama 1 bulan.. kemudian dia ada kekasih hati yang  baru..
kali  ini, aku agak runsing kerana berpisah dengan kekasih aku.. bukan apa..  kali terakhir aku bezina dengannya, aku rasa aku telah tertembak 'dalam'  kerana aku mabuk ketika itu.. aku takut sekiranya kekasih barunya yang  punya benih tapi aku yang terpaksa bertanggung jawab.. hidup aku tak  tenteram.. seminggu sekali aku pasti akan menghubungi si dia untuk  mengetahui dah datang haid atau belum..
segala  kerja yang aku buat tak menjadi.. buat itu tak kena, buat ini tak  kena.. hampir sebulan lamanya.. barulah si dia memberitahu bahawa  haidnya sudah datang.. aku lega.. namun hati aku masih kuat ingin  berzina dan mencari kekasih hati baru.. tapi aku tidak lagi minum arak  dan masuk ke kelab malam.. aku dapat point kenapa Islam haramkan arak  terhadap umatnya.. arak itu ibu segala maksiat..
kemudian,  aku berkenalan pula dengan kekasih ketiga aku.. yang ini agak berlainan  dengan sebelum ini.. dia bekerja di kedai makan berhampiran rumah aku..  apa yang aku tahu, kekasih baru aku ini adalah seorang yang bekerja  keras untuk mendapatkan duit.. aku selalu memujinya.. walaupun begitu,  dia tetap tewas dan turut berzina dengan aku.. aku bahagia.. dia pandai  jaga hati aku dan pandai melayan aku ketika di ranjang..
rupanya  bahagia ini tidak kekal lama.. setelah dua bulan bersamanya, dia  mengatakan dia mengandung.. aku hairan.. aku bertanya "takkan dua bulan  dah boleh tau mengandung?" dia membalas "i beli alat pregnancy test kat  pharmacy".. dia meminta wang sebanyak RM5000 dari aku kerana ingin  gugurkan kandungannya.. aku berkeras untuk tidak memberikan wang itu  kerana aku rasa itu bukan anak aku dan aku tak perlu bertanggungjawab ke  atas anak itu..
dia  telah melaporkan hal itu kepada keluarganya.. abangnya telah membawa  sekumpulan samseng untuk membelasah aku.. dan mereka telah mengkhabarkan  tentang itu kepada keluarga aku.. aku malu.. aku malu dengan keluarga  aku.. aku malu dengan masyarakat kerana dituduh tidak bertanggung  jawab.. si dia kini berkahwin dengan bekas kekasihnya yang aku rasakan  ayah sebenar kepada nak dalam kandungan itu..
selepas  kekasih ketiga itu, aku tidak lagi berzina dengan sesiapa.. dan kini  aku sudahpun berkahwin dengan insan yang sanggup menerima diri ini  seadanya.. aku dikurniakan seorang anak perempuan.. aku sayang anak  perempuan aku.. aku tak mahu sesiapa merosakkan atau meratah tubuh anak  aku.. aku insaf.. bila dah sampai ke tahap ini, baru aku sedar kenapa  Islam mengharamkan zina.. aku sering termenung kerana teringatkan  dosa-dosa silam aku..
semua  cerita ini, aku tak malu untuk ceritakan kepada rakan-rakan aku ataupun  kenalan yang masih muda.. bukan untuk membuka keaiban sendiri.. kerana  bagi aku, setiap ciptaan tuhan itu ada matlamatnya.. selagi tidak ada  orang seperti aku bercerita, selagi itu orang takkan nampak point asal  ajaran agama.. tapi satu ja yang aku harapkan, janganlah pandang aku  sebagai insan hina dan....
kalau aku mati dalam keadaan hina suatu hari nanti,
anggaplah kewujudan aku sebagai pengajaran kepada semua ya
p/s  : cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup  atau telah mati.. tubelawak saja nak cuba imagine bagaimana keadaan  kalau orang yang pernah buat silap dan menyesal dengan apa yang pernah  dilakukan.. ada orang buat jahat konsisten sampai tua.. ada orang buat  jahat awal, tapi lama-lama insaf.. kesimpulannya selagi tak kena kat  batang hidung sendiri selagi tu manusia takkan sedar..


 
2 comments:
org yg jahat 2 xselama-lamanya jahat n org yg baik xsemestinya baik sampai bila2.. :)
betol2..dan kita harus menyokong orng ingin berubah ke arah kebaikan dan serahkan lah ia pada Allah..:D
Post a Comment