NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA
Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya : "Wahai
anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan
matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan
menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati
dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai
dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat
kepada Allah)."
Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Kalau
sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu
sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu
akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."
Kata
Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa
jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah
itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang
fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu
berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan
dunia."
Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah
memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi yang
berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat
daripada tangan yang buruk perangainya.
Kata Lukman Al-Hakim :
"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda pahit, tetapi aku
belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan
kehinaan."
Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah
pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan,
tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan
lebih payah dari menanggung hutang."
Kata Lukman Al-Hakim :
"Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari
pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda mereka :-
1. Apabila engkau mengerjakan solat, beribadah kepada Allah swt maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kami menjaga lidahmu (perkataanmu).
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
5. Ingatlah kepada Allah swt.
6. Ingatlah akan mati.
7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang terhadap dirimu.
No comments:
Post a Comment