Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
Kenapa mesti berdoa ?apakah itu doa ?
Doa adalah permohonan seorang hamba kepada
Raabnya untuk diberikan perlindungan (inayah) dan pertolongan
(ma’unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran
kepada Allah SWT,dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali
dengan pertolongan Allah SWT.
Ia merupakan simbol daripada penghambaan
serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah
SWT. Doa juga merupakan pujian kepada Allah SWT,dengan menyandarkan
seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepada-Nya sehingga
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud ” Doa adalah ibadah” .
Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.
Doa adalah senjata muslim..bila dah puas berusaha,,puas berikhtiar dan last sekali kita harus berdoa pada Allah..menunjukkan kita berserah dan bergantung pada Dia...dengan Doa,kita akan mendapat kekuatan dan ketenangan daripada Allah kerana kita sedar kita sudah serahkan segalanya pada Dia..walau apa jua keadaan sekalipun,Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..cuma,,setiap ujian itu hanyalah sebagai asam dalam kehidupan...
waktu-waktu mustajab doa pun kita kena tahu..supaya kita memohon padaNya tepat pada masanya..
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam
yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka
aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan
daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)
Allah sangat menyayangi hambaNya..sebab tue Dia berikan ujian kerana Dia ingin kita merayu dan mengadu pada Dia..laluilah jalan yang betul,semoga kebenaran akan tersingkap..
tidak rugi untuk kita berdoa,,malah hubungan kita dengan Allah bertambah erat..bila kita menjaga hubungan dengan Allah,insya Allah hubungan kita dengan manusia pasti terjaga..amin..
walaupun doa tidak dimakbulkan,jangan cepat berputus asa...kerana rahmat Allah sentiasa ada,cuma kita berusaha atau tidak sahaja..mintak lah dengan lembut dan suara perlahan kerana Allah tidak meyukai orang2 yang melampaui batas...
nota akhir :: apa yang dialami tidak sama peritnya dengan apa yang dipandang..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga secubit peringatan dapat memberi semangat pada hamba Allah yang diuji...moga jangan cepat putus asa..."JIKA ALLAH MENGKEHENDAKI,SEMUANYA ADALAH PASTI"
1 comment:
yup..berdoa itu pasti..tp maksiat harus dielakkan..baru doa tu akan naek..insya Allah..
Post a Comment