Wednesday, February 9, 2011

~Kerana aku TIDAK CANTIK~...:))

Kerana aku tidak cantik,  aku tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana aku tidak cantik,  aku dapat pelihara  diri  aku daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga  pandangannya.


Kerana  aku tidak cantik,  aku selamat daripada menjadi  senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana  aku tidak cantik,  aku tidak  mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana  aku tidak cantik,  aku tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana  lelaki dan wanita, dan kerana aku tak cantik, akhirnya  aku menemui  insan yang mencintai  aku seadanya.


Paling penting, kerana  aku tak  cantik,  aku sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa. kerana wajah yang cantik seperti bidadari itu tetap akan menjadi tengkorak,,itulah lumrah kehidupan..setiap manusia yang hidup akan meninggal dan menghadap Maha Pencipta...




bagi kawan2 yang merasa dirinya tidak secantik orang lain,,jangan cepat melatah..bersabarlah diatas dugaanNya kerana sesiapa yang benar-benar redha dengan dugaanNya pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik,,,cuma bergantung bagaimana kita bersabar dan cekal dalam menghadapi ujian yang diberikanNya...
jangan kerana kita tidak cantik,kita memarahi Allah...
jangan kerana kita tidak cantik,jangan sesekali melakukan perkaran yang dilarangNya...
jangan kerana tidak cantik,kita mengasingkan diri dari dunia...
yang penting,bersangka baik lah pada Allah kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...


No comments: