Thursday, April 28, 2011

~kunci kebahagiaan dalam kehidupan~~~


Seorang lelaki berjumpa dengan seorang Guru. Katanya:"Guru, saya sudah bosan hidup. Benar-benar bosan. Rumah tangga saya porak peranda. Usaha saya kacau. Apapun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati". Sang Guru tersenyum: "Oh, kamu sakit""Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut, Sang Guru berkata, "Kamu sakit. Penyakitmu itu bernama 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alahan terhadap kehidupan".

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai Kehidupan ini mengalir terus tetapi kita menginginkan keadaan status-quo. Kita tidak melakukan apa-apa, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.
Penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Usaha pasti ada pasang-surutnya. Dalam berumah-tangga, pertengkaran kecil itu memang wajar. Persahabatan pun tidak selalu mesra. Apakah yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal kamu benar-benar bertekad ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku", kata Sang Guru. "Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul bosan. Tidak, saya tidak ingin hidup lebih lama lagi", lelaki itu menolak tawaran sang Guru. "Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati ?", tanya Sang Guru. "Ya, memang saya sudah bosan hidup", jawab lelaki itu lagi. "Baiklah. Kalau begitu besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Malam nanti, minumlah separuh isi botol ini. Sedangkan separuh sisanya kau minum besok petang jam enam. Maka esok jam lapan malam kau akan mati dengan tenang".
Kini, giliran lelaki itu menjadi bingung. Sebelumnya, semua Guru yang dia temui selalu berupaya untuk memberikan semangat hidup. Namun, Guru yang satu ini aneh. Bukan memberi semangat hidup, malah menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Setibanya di rumah, dia terus meminum setengah botol racun yang disebut 'ubat'oleh Sang Guru itu tadi.
Lalu, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu rileks, begitu santai! Tinggal satu malam dan satu hari dia akan mati. Dia akan terbebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran Jepun. Sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun terakhir. Ini adalah malam terakhirnya. Dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat harmonis. Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu". Sekali lagi, kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.
Esoknya, bangun dari tidur, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Setengah jam kemudian dia kembali ke rumah, dilihat isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Sang isteri merasa aneh sekali dan berkata : "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku sayang".
Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun bingung, "Hari ini, Boss kita nampak aneh ya?" Dan sikap mereka terhadap dia pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekelilingnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan menghargai terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.
Pulang ke rumah jam 5 petang, dia melihat isteri tercinta menunggunya di depan rumah. Kali ini isterinya memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Sayang, sekali lagi aku minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu". Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkah laku kami". Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia melupakan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol 'ubat' yang sudah diminumnya petang semalam? Dia terus pergi menemui Sang Guru. Melihat wajah lelaki itu, Sang Guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata,
"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kamu sudah sembuh! Apabila kamu hidup pada ketika ini (live the moment), apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutkan dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Guru, lalu terus pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Semenjak hari itu, dia tidak pernah lupa untukhidup pada ketika ini (live the moment). Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP.

~alkisah itik dan Kura-kura~


Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

happiness+sadness....@_@

Assalamualaikum...~_~


sudah lama rasanyer aku xmenjenguk blog aku nie..hehehe...minggu nie sanagt busy dengan presentation.assignment,dan preparation untuk nak exam....alhamdulillah,setakat presentation yng aku buat,semuanya dapat pujian dari lecturer aku...alhamdulillah,,banyak kegembiraan yng dikurniakan oleh Nya...namun,jgn cepat melatah kerana setiap pemberian adalah dariNya...dan semua assignment aku sudah selesai selamat submit dekat lecturer....
namun,ingatlah dalam kegembiraan pasti ada kesedihan dan dalam kelapangan pasti ada kesempitan...Allah tidak akan membiarkan hambaNya leka dan lalai dengan nikmat yang diberikan,lantas ujian dan dugaan diberikan tanda kasih sayangNya pada hambaNya....aku sedih bila hampir 6 bulan tidak menatap wajah umi dan abah aku..bermain dengan adik-adik aku....mungkin homesick nie muncul bila aku tgk ramai kawan aku balik kampung time study week....teringat masakan umi,,,teringat gurauan dgn adik2,...teringat nasihat daripada abah....rindunya!!...tp aku kena kuat,,coz time table final exam aku padat....kalu aku balik,confirm2 aku xstudy even buku depan mata.....selain tue,,aku xthu mana silap aku...ada orang tidak berpuas hati dgn aku dan menabur bermacam kata....sudah menjadi lumrah manusia tidak mampu memuaskan hati semua manusia....dan kata-kata itu sangat menusuk hati dan jiwa aku....mungkin inilah ujian yng aku harus menghadapi dariNya....tiada sebab melainkan untuk melatih kesabaran  aku,,,

.................................................................+++++++++++...........................................................................

...sekarang aku nak wish HAPPY BRTHDAY to my ABAH....


happy birthday to u...
happy berthday to u...
happy birthday to abah..
happy berthday to u....


tiada apa yng mampu dikata selain,semoga Allah sentiasa melindungimu dan merahamtimu selalu....terima kasih kerana menjadi seorang abah yng baik pada kami semua....banyak pengorbanan yng kami tidak balas kecuali hanya Allah sahaja yng mampu membalasnya...macam kata orang,,sayang ibu tunjuk-tunjukkan....kasih ayah simpan-simpankan (lebih kurang lar)..hahahha....


akhir kata...sweet 47th to my abah,,,,bahagia selalu....senyum selalu....@_@


Saturday, April 16, 2011

mood:::???????????

Assalamualaikum...
hari nie aku nak share ngn korang semua perasaan yng kurang senang yng ada kat aku hari nie...aku sebenarnya sakit hari +sedih+terkilan bila setiap apa yang aku buat,aku lakukan semuanya salah..semuanya xbetol..aku tolong dia dgn ikhlas,namun langsung xdipandang,,nak kata terima kasih lagi lah susah...ok,fine, aku memang tak tahu mcm mane nak buat kerja tue,tp aku cuba untuk tolong...namun,ini yang aku dapat...sedih....


kadang2 aku xpaham dengan orang yang bernama manusia nie (pdahal aku pun manusia)..hehehee..tolong kan salah,xtlong lagi salah...emm,,,,
umi aku selalu ajarkan kat aku dan adik-adik aku supaya selalu mengucapkan terima kasih walaupun perkara tue kecik tue,kerana dengan dua patah perkataan tue akan mengurangkan kepenatan seseorang yng menolong kita...kita x tahu sama ada,adakah kita masih perlukan pertolongan dari si'dia'..jadi,,ringan2 kan lah mulut anda mengucapkan terima kasih...bukan untuk menjatuhkan ego,tp untuk menghargai orang disekeliling kita....
fikirkanlah,,jikalau kita berada ditempat orang lain,apa yang kita rasa apabila kita tolong seseorang dengan semangatnya,namun langsung tidak dihargai.......mesti akan lahir perasaan 'terkilan' walau sedikit...hargailah orang disekeliling anda kerana mereka juga seperti anda...mereka juga mempunyai hati dan perasaan untuk merasa sedih dan suka,untuk menilai baik dan burukk....









Wednesday, April 13, 2011

~LovE fOr mE ~????

Assalamualaikum dunia ~_~


rasanyer dah lama xupdate pasal blog nie...nasib baik bukan barang,kalu x,mesti da nampak berhabuk punyer...bulan nie sibuk sangat dengan assignment yng kena submit,,,projek yang kena run tp pa pon life must be go on..hehehe..sekarang nie kat UUM masing-masing sibuk nak add drop paper untuk sem depan...line busy sangat...biler time add drop,masing-masing mesti da jadi cm orng tua...berkerut-kerut muka,kelas full lar,xblh masuk portal lar....line busy lar...sampai ada jugak yng ponteng kelas satu hari sebab nak add drop paper untuk sem depan....hahahaa..kelako pulak....tp semua nie mesti jadik kenangan untuk kita satu hari nnti....






aku nak citer sikit sal jodoh sebenarnya....entah kenapa,semenjak dua nie ramai pulak tanya aku sal pakwe makwe,tunang kawen nie....ada kawan aku da nak melangsungkan perkhwinan dah hujung tahun nie...sepupu aku pon xlama lagi...aku ???hehehe...selalu kena tanya...xpaham aku..macam lar aku nie dah umur 25+..haish...pening2..~xsuka22~..@_@


bagi aku,jodoh tue ditangan tuhan (ayat orang pasrah)..hakhak....:))..bagi aku,kalu time belajar,kita belajar dulu..bukan aku nak salahkan orang bercouple tp yng tue prinsip aku..aku hormat kawan2 aku yng da pakwe makwe nie..lagipon,seronok tgk kawan2 bahagia,setiap hari senyum sampai kat telinga...tp alhamdulillah,setakat nie aku masih dengan pendirian aku...hehehehe..




so,bagi kawan2 aku yang masih m'persoalkan pasal jodoh nie..aku harap jawapan aku nie dapat memuaskan hati korang..hehehhe...kalu ikut mulut orang,,,xpernah berhenti persoalan yng ada..da pakwe blom ?biler nak kawen ?biler da kawen,biler nak dapat anak ?biler da dapat anak ?biler anak nak kawen..hehehehehehe...memang hidup ini umpama roda..xpernah berhenti pusing mengikut aturan Allah...buat member aku yng bercouple,semoga bahagia selalu..xmo gaduh2,,,senyum selalu...


semoga Allah sentiasa memelihara hidup kita semua...perjalanan hidup ini masih panjang,selesaikan mana yng penting,,,bagi aku,,kadang2 hidup ini membuatkan kita akan memangis sesaat,namun hidup juga akan membuatkan kita ketawa uuntuk beberapa minit...dengan kata lain,,dalam hidup ini semua perisa ada..manis,masam,pahit,masin...tapi atas kita how to manage it..paling,kita kena bergantung pada tali yang kuat iaitu Allah...setiap saat,ingatlah padaNya supaya kita tidak tersasar di jalan yng salah....akhir kata,have a nice SMILE,have a nice DAY,have a nice LIFE...senyum selalu,,sihat selalu...amin...~_~...




Friday, April 8, 2011

minat / tak minat ??

assalamualaikum....@_@
mcm mana kita nak buat something yang kita xminat ??ceciter...ceciter...
aku xpandai lar nak cover yang aku xmo buat kerja tue...coz jenis aku memang suka express feeling..apa yang aku rasa,memang aku tunjuk....tp at the same time,i don't want hurt anyone...pening2...


tp aku xsuka hipokrit..cm ner yerk ??...
sesetengah orang kata,kena rela berkorban untuk orang lain...dan half lagi kata juz follow your heart...mana satu ?
korang cm ner ??mana satu pilihan anda ?

Sunday, April 3, 2011

~hepy bufday to my UMI..~..^_^

Assalamualaikum...
hepy bufday to u...
hepy bufday to u...
hepy bufday to umi... 
hepy bufday to u......:))

umi,walau jauh,anakmu ini tetap ingin meyampaikan ucapan ini..hehhee..semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan umi dan semoga umi panjang umur selalu..moga kebahagiaan milikmu bersama insan yang tersayang (abah dan anak2mu)..hehehhee...dimana kebahagiaan umi,disitulah kebahagiaan kami..semoga umi senyu selalu...xmo sedih2 dan ingat anak-anakmu ini sentiasa menyokong di belakangmu...hehehehe...


kek ini untuk umi..makan kenyang2 ea..hehehhee...akhir kata dari kakak,semoga umi senyum selalu dan semoga Allah sentiasa melindungi umi didunia dan akhirat...terima kasih kerana menjadi umi kakak...hehehee..
SELAMAT HARI JADI dari kami semua..(anak2mu yang comey..~_~) ..yang akan sentiasa menyayangi mu selalu...

~masin@manis~...^_^

Assalamualaikum..^_^
'jangan terlampau masin sehingga orang meludahmu....
'jangan terlampau manis sehingga orang menelanmu begitu sahaja'.....

dalam hidup dunia hari nie,bnyk sangat cabaran+onak+ranjau,,,kta akan jumpa dengn ramai orang,bnyk ragam,bnyk kerenah dan bnyk perangai..kalu kita terlampau baik,orang akan pijak kita puas2 hati dan last sekali ,sapa yang merana kalu bukan diri sendiri....buat baik berpada2 ,buat jahat jgn sekali....tp jgn pulak terlamapau 'gedik' sampai seme orang dok menyampah tgk muka kita..pandai2 lar kita manage hidup nie..