Wednesday, August 24, 2011
~Seutas gelang tangan zamrud~
Suraya menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak “kari kapitan kepala ikan merah” kesukaan suaminya.
Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Fadzli suaminya yang tercinta akan pulang.
Sengaja Suraya mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini. Anak-anaknya,Safura dan Saiful siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadzli, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Fadzli mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Suraya tidak salah pilih.
Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Suraya, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Fadzli, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah.
Suraya faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadzli tidak akan dapat membahagiakan Suraya, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Fadzli sebagai kerani.Tetapi Suraya sudah nekad. Dia tahu Fadzli bukan pemuda sebarangan.
Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Fadzli sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting, Fadzli menyintainya sepenuh hati. Perlahan Suraya mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Suraya diijab kabulkan dengan Fadzli dalam majlis yang penuh ceria.
“Assalamualaikum……”, kedengaran suara memberi salam. Suraya tersentak. “Abang! Walaikumsalam…”, senyumnya melebar melihat Fadzli dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang.
Sebuah ciuman singgah di dahi Suraya. “Terperanjat Sue! Bila abang masuk? Sue tak dengar bunyi pintu dibuka pun?” “Saje aje. Nak ‘suprise’kan Sue!”, Fadzli membelai lembut rambut isterinya.
Bau wangi singgah dihidung Suraya. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadzli. Mungkin Fadzli beli perfume” yang baru dari Penang, fikir Suraya.
“Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…”, ringkas jawapan Fadzli “Habis kereta abang?” “Pada Norman…”, jawab Fadzli.”Oh patutlah..”, Suraya hanya menganggukkan kepala.
Dia kenal benar pada Norman, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Norman menumpang kereta Fadzli.
Sementara Jat, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan Riezman, rakan kongsi mereka yang ke empat.
“Hah!Jat tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….,” tanya Suraya. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jat, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.
“Nanti dia datang…….,” ujar Fadzli “Mana budak-budak Sue…?” tanya Fadzli. “Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu… main basikal satu hari.”
“Basikal?” tanya Fadzli. “Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu…,” jawab Suraya sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadzli di depannya.
“Abang laparlah..belum makan. Sue masak apa?” “Ah…. Sue masak lauk favourite abanglah…,” senyuman Suraya melerek.
“Kari Kapitan?” teka Fadzli. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Sue siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”
“Habis dengan mamanya tak rindu ke?” usik Suraya. “Tersangatlah rindu…” jawab Fadzli lalu mengucup dahi isterinya lagi.Suraya tersenyum melihat Fadzli berlalu.
Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadzli yang penyayang. Fadzli terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri.
Apatah lagi disaat mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadzli merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir.
Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu Fadzli fikirkan. Dia tahu, Suraya seorang wanita yang cekal hatinya.
Apa pun rintangan pasti Suraya dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian.
Suraya masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadzli menyeka air mata. Suraya hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadzli menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu.
Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Suraya walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Suraya.
“Bang… kenapa ni…?” Fadzli mengangkat muka, memandang Suraya. “Sue…kalau apa-apa jadi pada abang, Sue jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya…” ujar Fadzli lembut.
“Eh….apa abang merepek ni.. sudah.. mari kita makan.Sue dah siapkan tue” Sue janji dengan abang dulu….” rayu Fadzli. Suraya merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadzli hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadzli berperangai pelik seperti ini.
“Yalah…Sue janji..” akhirnya Suraya bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi.
“Sue…abang ada belikan Sue sesuatu…,” ujar Fadzli sambil menyeluk pokek seluarnya.
“Eh……gelang zamrud….,” senyum Suraya tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.
“Sue ingat tak gelang nie?”. Gembira benar hati Fadzli melihat keriangan di wajah Suraya. “Ingat!!!!!” Suraya mengerutkan dahinya
Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi ‘honeymoon’ di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Sue suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Sue.
Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Sue. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jat, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli…”
Terpegun Suraya mendengar cerita Fadzli. Sungguh tidak disangka, setelah sekian lama, Fadzli masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya.
Kasih-sayang Fadzli selama ini sudah cukup buatnya.”Terima kasih bang….,” Suraya memeluk suaminya.
“Happy seventh anniversary sayang… I love you…,” bisik Fadzli ke telinga Suraya.
“I love you too..”, balas Suraya. Air jernih mula tergenang di anak matanya.
Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jat agaknya tu” bisik Fadzli. “Tak pa. Biar Sue yang buka pintu…”,
Suraya bangun melepaskan pelukannya. “Sue….,” Fadzli menyambar tangan Suraya. “I love you… very very much…..,”
Fadzli mengucup tangan Suraya, penuh kasih. “Me too..,” jawab Suraya pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka, terpacullah wajah Jat dengan rambut
yang kusut masai.
“Hai..Jat. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Suraya. Jat hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.
“Suee…can you please sit down..,” pinta Jat. Suraya mengerut dahi. Apa kena dengan si Jat ni agaknya? detik hatinya.
“Please… I have something very important to tell you…,” pinta Jat lagi. Suraya semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jat tertunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya.
“Sue… apa pun yang Jat nak sampaikan ni, Jat nak Sue sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…,” perlahan ayat yang keluar dari mulut jatt.
“Apa yang you merepek ni Jat?”. Teka-teki terus bermain di benak Suraya. “Sue…….Fadzli….Fadzli kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Suee..,” tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Jat. Suraya tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jat lakonkan nie..mengarut betul? Fadzlikan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jat…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat…,” balas Suraya.
“I’m serious Sue….Jat yang saksikan sendiri.. ” Suraya tersentak. Mana mungkin Jat berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya. Gurauan apakah ini..tergumam sendiri…
“Jat…..apa yang Jat repekkan ni… Fadzlikan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia….”
“Apa?Fadzli dah balik?” terbeliak mata Jat. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadzli di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir.
Malah, dia sendiri melihat bagaimana Fadzli dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Fadzli dibawa ke hospital dengan diikuti Norman dan Riezman, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Fadzli.
Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Suraya sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon Norman untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadzli pulang berjalan dengan lancar.
Mana mungkin Fadzli pulang ke rumah? “Jat…you dengar tak apa Sue cakap? Fadzli dah balik…”, Suraya mengejutkan Jat dari lamunannya.
“Suee…Jat tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jat sendiri yang melihat kejadian itu. Fadzli meninggal di pangkuan Jat….”
“Bohong… Fadzli dah balik… Nanti biar Sue panggil dia…,” Suraya semakin binggung. Apa tujuan Jat… bercerita yang bukan-bukan padanya?
Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Fadzli tiada di situ. Ah! Tentu Fadzli di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadzli. Tiada respon, dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadzli mungkin ke sana. Tiada juga.
Akhirnya setelah penat mencari,Suraya terduduk di ruang makan. Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya.
Apakah benar yang Jat sampaikan? Mimpikah dia?Jat hanya memerhati gerak-geri Suraya. Pilu hatinya melihat Suraya berlari ke sana-sini mencari Fadzli yang dikatakan sudah pulang.
“Sue…arwahnya, mengamanatkan sesuatu…”, Jat menghulurkan kotak berwarna merah. Suraya hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jat hulurkan disambut juga. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu.
Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Suraya.
“Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Jat pasti benar ada seutas gelang zamrud
bersama subang tu…tapi puas Jat cari, tak jumpa juga”, sayu je suara yang keluar dari mulut Jat. Suraya memandang Jat.
Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadzli. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jat?”, tanyanya perlahan.Jatt tersentak.
Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadzli membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Fadzli menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Suraya. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Suray?
Apakah benar keterangan Suraya bahawa Fadzli sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Suraya? Kalau benar, bagaimana?
Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya.Suraya hanya mampu menangis. Dia memandang ‘kari-kapitan’ yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah.
Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Fadzli sudah tiada.. Sebagaimana kata Jat, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?
Sungguh sukar untuk Suraya menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Suraya masih mengharap akan kepulangan Fadzli, sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya.
Hanya apabila jenazah Fadzli tiba di rumah, barulah Suraya yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya
kataakhirpenaja::hargailah apa yng ada sementara Allah memberi kita peluang mengecapinya...menyesal kemudian xberguna lagi...jadilah seorang hamba yng sentiasa bersyukur diatas nikma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment