Thursday, March 29, 2012
SOMBONG ??..#_#
Assalamualaikum..
apa khabar ?harap sihat selalu dan sentiasa berada dalam lindungan Allah...amin...
sebenarnya, aku tengah geram sangat kat seseorang..ya Allah,geramnya~!..aku tak nak duk mengata,,cukuplah aku kata aku sangat terkilan dengan "mereka" yang tidak pandai menghormati orang...aku bukan minta mereka tunduk kat orang time berjalan...bukan suruh mereka buat kerja berat..tapi didiklah diri untuk menghormati orang..kita nak orang hormatkan kita,,senyum kat kita...tapi kita perlu buat perkara yang sama...tidak perlu tunggu ada jawatan,baru nak belajar hormatkan orang.....
Allah mencipta setiap hambaNya itu sama..semua orang ada hidung..ada mulut..ada telinga..setiap ciptaan Allah itu indah dan cantik,,tak perlu untuk kita bezakan kecantikan itu..tidak perlu untuk kita berbangga dengan kecantikan...kepandaian..jawatan kita kerana semua itu adalah amanah dr Allah...yang muda perlu dan wajibkan yang tua..yang tua juga wajib hormatkan yang muda..hormat disini,,memberi hak yang adil kepada sesiapa yang berhak..jika bercakap memandang muka,,bukan dengan berlagaknya memandang ke arah lain..jika orang bertanya,jawab..bukan diam dan melarikan diri....
sesekali tempatkan diri kita di tempat orang lain..setiap orang dibekalkan dengan hati dan perasaan..masing2 Allah bekalkan akal untuk berfikir...jangan disebabkan perbuatan kita,ada hati yang terluka..siapa kita untuk melukakan hati orang lain?? adakah kita akan mendapat ketenangan dengan menyakitkan hati orang??....tepuk dada tanya iman....
selagi kita bernama hamba Allah...janganlah sombong..janganlah angkuh dengan anugerah Allah..kerana satu masa nanti kita akan kembali padaNya hanya dengan secebis kain putih..tiada lagi kebanggaan dan jawatan..tiada lagi kecantikan yng ditonton...
pada "mereka"....tolong jangan jadi terlampau sombong...nanti diri sendiri merana...jangan terlampau angkuh,,nanti diri sendiri menderita...jangan terlalu perasan hebat kerana kehebatan Allah tiada tandingan..ingat,Allah Maha Adil...setiap apa yang kita lakukan,akan dibalas dengan adil..sedarlah,,kita hanyalah seorang hamba....jadilah seperti pokok padi,semakin berbuah semakin tunduk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment