alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk terus menjadi hambaNya..:)
petang2 macam nie,nak study pun rasa malas..nak tidur,tak baik tidur petang..
dalam dok menghirup udara petang nie,,aku terfikir tentang nikmat Allah yang tidak pernah Allah abaikan untuk hambaNya walaupun segunung dosa..sejuta kealpaan kita berikan pada Dia...
namun....Dia tidak pernah berhenti bersama kita sama susah dan senang..percayalah,,jika semua orang tidak mempedulikan anda,,INGATLAH Allah sentiasa bersama...Dia akan mendengar luahan anda,,dan percayalah rahsia anda akan tersimpan kemas bersama Dia...
adakah kita pernah bersyukur.....kawan2,kita tidak sedar Allah mengaturkan kehidupan kita yang terbaik dalam hidup ini..setiap ujian yang diberi,,sebgai tanda sayangNya pada kita,,,Dia ingin kembalikan kita kepangkal jalan...bersyukurlah dengan nikmat yang ada,kerana lebih ramai lagi yang diuji Allah yang tidak dapat merasai setiap nikmat yang diberikan...
sujudlah pada Allah kerana sujud itu mengajar kita rendah diri pada Allah |
bersyukurlah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita mengaudit diri sebelum menghadapNya..
bersyukurlah kerana Allah sentiasa membuka ruang dan pintu taubat untuk kita kembali dijalanNya..
bersyukurlah kerana Allah masih menyayangi kita...
dan DIA akan sentiasa menyayangi kita..
Jadilah seorang hamba yang bersyukur... |
dalam masa terdekat ini...Allah telah bagi banyak petanda kepada kita..terutamanya aku..hehe..alhamdulillah,,terima kasih ya Allah...
amaran tsunami dikeluarkan,,
kawan aku kemalangan teruk,,,
alhamdulillah,Allah masih aku peluang untuk terus bertaubat atas dosa dan kesilapan yang semalam,hari ini dan insyaallah,akan datang...aku bersyukur masih dapat merasa setiap nikmat yang Allah kurniakan...
dalam amaran tsunami,,semua orang risau...semua orang berdebar..siapa sanggup tengok bencana alam yang terbesar akan berlaku didepan mata,kan...agak-agaknya macam manalah keadaan pada hari kebangkitan nanti,kan...tapi masa tue,masing-masing sudah tidak endah dengan orang lain..masing-masing sibuk dengan hal sendiri..hanya Allah yang tahu situasi macam mana kerana Dia adalah penguasa pada hari kebangkitan (surah al-fatihah:3)
takut pulak bila difikirnya..semoga dengan ketakutan itu akan menjadikan diri ini seorang muslim yang lebih baik.semoga Allah sentiasa mendidik jiwa ini menuju jalanNya yang benar dan menuju cinta abadi...amin...
semoga kita sama2 beroleh hidayah Allah..amin.. |
ya Allah,,Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir ".
QS. al-Baqarah (2) : 286
amin....ya rabbil alamin...
3 comments:
terima kasih cik bihah atas peringatannye.. brsma2 la kte brusaha utk mnjadikn diri kte lbh baik drpd smlm.. insyaAllah, amin!
peringatan untuk diri ini jugak..hehe..amin..
moga Allah sentiasa bersama kita...
tq my dear..
urmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Post a Comment