Tuesday, April 3, 2012

♥ IBUKU WANITA SYURGA ♥ ::.



~ suatu hari sy membawa ibu ke kedai untuk beli ikan.. tiba-tiba ikan yang nak dibeli tiada.. sy terus mngajaknya utk ke kedai lain yg tak berapa jauh dari kedai itu.. sambil trsenyum ibu berkata, "xpelah,kita balik dulu.. sbb ma minta ngn abah nak g kedai ni je”

~ suatu hari sy memandu kereta utk pulang ke kampung bersama keluarga.. ayah tiada bersama kerana ada urusan di ...Kuala Lumpur.. dalam perjalanan tersebut,adik sy meminta sy berhentikan sekejap di KB Mall utk beli barang.. ibu x benarkan.. katanya “kita terus balik kampung,sbb ma tak minta izin ngn abah utk berhenti.. ”

~ setiap hari,ayah akan memberikan ibu wang belanja harian utk membeli brg dapur.. suatu hari ibuku masuk ke bilikku dan terus menghampiriku serta berbisik.. “ada duit lebih x ma nak pinjam dulu,sbb duit yg abah bg dh habis digunakan..ma nk beli santan..” terus sy menghulurkan kpd ibu jumlah yg diminta.. waktu makan selepas itu,sy dengar ayah tanya ibu.. “cukup ke duit belanja dapur..” sambil tersenyum ibuku terus menjawab “cukup..” keadaan ini selalu saja berlaku.. dan belum pernah sy lihat ibu minta apa2 dari ayah,apa yg diberi..itulah saja yg digunakan..

~ seringkali ketika bangun utk menunaikan solat subuh.. sy menjenguk ke luar bilik.. kelihatan dalam samar2 cahaya,dua insan berada di ruang tamu rumah sedang menunaikan solat tahajjud.. dialah ibu dan ayah sy..

~ seringkali sy melihat ibu tertidur dalam pakaian ‘seragam’ solat.. kerana dia yg sy perhatikan x pernah meninggalkan solat dhuha,baca quran dan zikir..

~ di mana saja ada ayah,di situlah ibu akan ada bersama..
Sehingga ke hari ini.. tiada satu pun kalimah yg lebih sesuai utk sy lafazkan melainkan.. “ibuku wanita syurga”

Sy coretkan sedikit kisah ini utk renungan bersama,, kerana semua di antara kita tentunya semakin menghampiri gelaran ‘suami’ dan ‘isteri’..

Oleh yg demikian.. Berusahalah Menjadi Yang Terbaik, Bukan Mencari Yang Terbaik..
“sejauh mana solehnya kita,sejauh itulah solehahnya yg akan bersama kita..”

sumber :: facebook..(mana yng baik,jdkan tauladan..mana yng buruk jadikan sempadan).. 


kata akhir : setiap jodoh itu sudah ditentukan oleh Allah..namun,setiap ketetapan itu bergantung pada diri kita..jika kita inginkan yang soleh/solehah..perbaikilah diri selalu..mohonlah petunjuk dr Allah kerana Dia Maha Mengetahui...semoga Allah mengurniakan seorang jodoh yng mampu memimpin dan dipimpin menuju jannahNya..kerana disitulah sebaik-baik tempat..cintailah sidia kerana Allah..kerana cinta itu lebih bernilai dan diredhai Allah...amin...

2 comments:

iShasha Aishah said...

like this entry very much!

si penglipur lara said...

hehe..amik dr facebook..tp tukar sikit2 jew..simple but nice,kan...semoga kita akan jadi mcm tu jugak yerk cik shasha..hehe..amin..