Monday, July 22, 2013

#sesi merepek#

assalamualaikum..

ahlan wasahlan ya ramadhan,,even ramadhan dah menyapa,biarlah aku lmbr sikit ..huhu..ramadhan kali ini agak sebab kena buka puasa dalam lrt atau time tunggu bas..emm,xpelah..redha..

bila dipikir balik,sudah jauh perjalanan aku..dari seorang pelajar menjadi mahasiswa..menjadi asistant manager untuk beberapa bulan dan alhamdulillah,menjadi hr exect untuk beberapa bulan (kontrak)...rasa semakin matang pulop..huhu..alhamdulillah diatas nikmat ini..namun ia bukan semudah itu dan banyak cabaran yang aku kena lalui..

matlamat aku hanya ingin menjadi anak yng solehah pd umi dan abah aku,,seorang pekerja yng dihormati,,an zaujah yang solehah,insyaAllah..semoga Allah mengatur kehidupan yng terbaik untuk aku..
hidup ini mengajar aku banyak perkara..iaitu...hidup adalah sesuatu yng singkat..grab the chance!!ibarat satu persinggahan sebelum belayar ke alam sana...amiklah peluang untuk menjadi manusia yng baik..Allah akan tentukan sama ada siapakah kita..

pening x??hehehe,,aku pon pening..terlalu bnyk menda yng aku nak citer,,tp x tahu mana satu yng perlu diceritakan...bagi aku,,hidup ini satu perjalanan yng indah jika kita hiasi dengan keindahan Islam..jangan lupa,Allah nombor satu dalam hati!jgn lupa solat taw!

act,aku pening dengan kerja aku..nak kata aku xselesa adalah jugak..tp nak kata teruk sangat idaklah..emmm,aku pon pening..menjad hr exect menjadikan aku seorang multitasking..semua menda aku belajar even xda kaian dgn hr..aku tahu setiap majikan expexct graduate will perform the best thing they ver have..tp aku jg manusia biasa,,boleh melakukan kesilapan..yng penting,kita belajar dr kesilapan tu,kan??

tiada yang aku harapkan kecuali Allah melembutkan hati bos dan staf2 aku untuk menerima aku dengan ikhlas,,,tanpa syarat..dan aku mengharapkan satu pengakhiran yng baik dalam kerjaya aku sendiri..amin..

memang malas menjadi faktor utama aku xda mood nak pg kerja..awl2 pagi dah kena keluar,tggu bas,,then naik lrt..tp aku thu,,ramai lagi yng susah..at least,aku ada kerja,kan??

ya Allah,cukupkanlah segala keeprluan aku didunia dan akhirat..sayangilah,lindungilah dan kasihilah umi dan abah aku didunia dan akhirat..semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam..permudahkanlah urusan pekerjaanku..Sesungguhnya Engkau lebih Maha Mengetahui..amin..

Saturday, July 13, 2013

Pembalasan Isteri Curang. jadikan pengajaran

Cerita ni agak panjang.. Baca lah sehingga habis…
Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.
Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.
“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.
Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.
Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.
Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.
Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.
Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.
” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.
Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.
Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.
Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.
Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.
Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.
Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.
Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.
“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.
Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.
Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.
Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.
“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”
Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.
Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.
Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.
“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.
Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.
Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.
Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.
Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.
“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.
Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.
“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.
” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.
“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.
“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.
“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”
Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.
“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.
” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.
” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.
Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.
Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.
Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.
Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.
“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.
Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.
“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.
Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.
Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.
Haji Shafie sekali lagi menemui saya.
“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .
” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.
Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.
” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.
Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.
“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.
“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.
Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.
Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.
” Terima kasih ustaz,” balas Halim.
Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.
“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”
“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”
” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”
“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”
“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”
“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”[/box]
Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam
sumber :facebook..
sesungguhnya,bertaubatlah selagi diberi kesempatan..takut bila baca kisah ni..ya Allah,jadikanlah aku seorang insan yang berguna,,anak yang solehah pada umi dan abah dan bakal zaujah yng solehah pada bakal imamnya..aamin..jauhilah kami daripada kegelisahan dan kesedihan..jauhilah kami dari pengananyiaan hambaMu..moga kami berada dilandasan yang Engkau redhai..aamin ya rabbil alamin...

Tuesday, July 9, 2013

pening @_@

Assalamualaikum..
apa kabor semua?moga semuanya sihat dlm lindungan Allah..
alhamdulillah,hampir seminggu bkrja sebagai hr exect di giant petaling jaya,memang memenatkan..tp bnyk menda baru yng aku pelajari,,to fresh grad,pliz take note,apa yng kita belajar xkan sama dengan dunia pekerjaan..even aku hrm student,tp aku still kena blajar bnyk menda..di uni dulu,hanyalah satu guidance untuk aku,,,emmmm,,,

dan petang tadi,aku dapat kol yng aku dapat offer untuk pg intebiu under shell..ya Allah!!!terkejut sngt!entah mcm mana aku blh dpt,,intebiu je pon..excited sudeh..huahua

hepy sngt smpi aku terus kol umi aku,,umi pulop hbs hebohkan..malu!..dan ujian datang bila email aku xblh bukak..adoyai!penat!email aku kena lock lar pulop!dah lar besok last date bg responds..emmm,pening @_@

kalu blh buka email,tandanya ada rezeki lar tu..kalu xblh kena redha lar,kan..aku pon penat dah nak keja dgn swasta nie,,dikerah tenaga selagi blh..sesuai lar gaji dgn usaha kita..kesian pulop kat umi+abah sebab mcm terlalu mengharap lar pulop..

tolong doakan aku,,moga Allah tunjukkan jalan yng betul dan diredhai Allah,,pening sangat..huahua :(
oklah,nak tidoq dulu,,besok nak kerja pulop..moga hari besok lebih baik dr semlm..aamin..
kalu ada rezeki,adalah,kan??kadang2 apa yng kita plan,xsemestinya berjalan dgn smooth..tabah+redha..
assalamualaikum..

Friday, June 14, 2013

kerana SEHELAI KOPIAH ...

Diceritakan oleh Imam Muda Asyraf :

Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci.

Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA.

Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...

Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.

Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika sy di KLIA utk menyambut sedara pulang dr umrah, sy dipertemukan sekali lg dgn brader berkopiah yg sama dgn brader kelmarinnya. Sy tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yg pasti sy bkn ahli "dua alam".

Sy terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?" Jawab beliau, "Sy tinggal di Batang Kali Selangor. Sy dtg sini sebab kelmarin sy terlupa. Bila sy solat, sy pakai kopiah surau. Lepastu terlupa nk pulangkan semula. Sebabtu sy dtg sini nk pulangkan semula"...

Terkejut biawak sy dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Jaraknya dari Batang Kali ke KLIA dalam 103 KM menurut google maps. Dahla brader tu dtg semula ke KLIA naik motor shj. Beliau sanggup bawa motor berpuluh2 kilometer utk sekadar memulangkan kopiah cabuk yg diambil tanpa sedar.

Inilah contoh brader yg beriman. Dia tahu itu bukan miliknya.

Benarlah org yg beriman ia tak pernah tergugat utk mengambil harta yg haram. Walaupun ia bernilai 10sen sekalipun.

Itulah perbandingan org yg beriman. Krn persoalan halam dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yg bkn haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding org yg jauh dr keimanan. Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yg diambil haknya org lain bernilai jutaan ringgit sekalipun.

Ya Allah, jadikan kami insan yg warak.. Insan yg 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan...


#SHARE kisah ini jika anda rasa ia bermanfaat kepada umat Islam...
 
p/s::copy dr facebook,,one simple story but lot of moral and lesson,,sesungguhnya,siapa yng mengejar akhiirat akan memperoleh dunia dan akhirat..yng mengejar dunia,hnya mendpt dunia...
semoga Allah lindungi kita dr fitnah akhir zaman..aamin :)
have a nice day all!!

Thursday, June 13, 2013

*my 1st career* Baskin Robbins*

Assalamualaikum..

alhamdulillah,diberi kesempatan untuk update blog yang semakin berhabuk nim..ya Allah,lama sngt xupdate blog nim,siyesly rindu untuk menulis dan kongsi apa yng aku lalui dan rasai...alhamdulillah,hampir 3 bulan aku menjadi asistant manager di baskin robbin outlet di genting highland dan first world plaza,genting highlands..



pengalaman yang dikaut sngt bernilai,,aku belajar dan terima banyak perkara baru..sesuatu yng aku xpernah impi pon aku akan dapat,,menjadi penolong pengurus outlet menjadikan aku harus menjadi seorang yng flexible setiap masa dan jangan cepat melatah,,untuk sebulan pertama selepas training di kuala lumpur,aku menjadi penolong pengurus kepada pengurus aku (k.umiey namanya)..she's very perfectionist,,setiap hari akan ada kesalahan baru yng aku kena hadapi,,even from my 1st day,she already told me dat i've to be tough wif her,,siyesly,i have to face everything..kadang2 rasa nak resign memang ada,,tapi my parents always support me to continue dat job..it's very challange..

be strong!aja aja fighting!


tapi,,itulah mengajar aku untuk menghadapi hari mendatang,,semua tentang hal outlet from bottom to the top,i have to handle..aku share kerja dengan k.umiey,,she's kind but stricts..dah nama manager kan?kalau x strict,mcm mana nak handle staf?siyesly,even aku graduated in human resource management,but then i still fail to manage my staff,i need k.umiey more and more,,even i have to face my mistake everyday.. 

bersama ecah,my crew leader

she's again

k.mas and ecah,,staff pmpn yng ada


selepas sebulan setengah aku di first world,aku dihantar ke genting highland outlet (dekat dengan puncak skyway),,disana,aku kena buat kerja manager even aku ni asist, manager sahaja.. kat situ,aku kena buat sorang2..from bottom to the top,,i have to do alone!ya Allah,siyesly,takut+kaget+gamam on my 1st day,,mula2 masuk sana,aku kena check masalah yng ada..semua yng ada and i kena settlekan semua tu..siyeslt,,alone!!cuma kdg2 aku akan refer k.umiey mana2 yng aku xthu..

ara dan yana,,my new staff di gntng highlands

pada mulanya,staf kat sana susah nak terima aku,yelah,,,,tiba2 dapat manager baru..xda angin,xda ribut..terkejut lah diorang..tp,aku kena atasi semua..make them comfortable wif me one of the big task..how to follow 'angin' diorang??tp,aku yakin sabar itu ajaib..Allah xkan bagi tugas ini kalau aku xmampu,kan??besides,i challange myself to control the store wisely...naikkan sale everyday,consistency on ice cream audiit,making improvement on the customer service among staff,,having good realtionship wif my staff...i got new experience everyday...xtermasuk dgn customer yng bnyk ragam lagi,,dgn customer complaint ag...penat sngt dgn semua tu,,.semuanya mengajar aku untuk menjadi manusia yng lebih matang...


hari2 yng aku lalui disana memang agak memenatkan..dngan split shift kadang pagi dan kadang malam memberi dunia baru kepada aku,,sebelum ini,aku xpernah terfikir akan join F&B industry,,langsung xpernah nak join pon,,tapi ini takdir dan aturan Allah pada aku,,aku harus tabah+redha+ikhlas terima semua ini supaya menjadikan aku seorang hamba yng lebih bersyukur,,


kadang,staf akan pijak kepala kita kalau kita terlalu berlembut dengan diorang,,tp terlalu strict akan menjadikan environement tu kekok dan janggal,jgn sesekali create gap among employer and employee,nnti susah nak bekerjasama...xblh ada polisi,u do yours and i do mine,coz everyday we need them..we can't do it alone,,tp tulah,,susah nak imbang semua tu,,campur pulak kalau mood tak menentu,,yng penting,jgn create gap dgn staff,apa salahnya kadang tolong mereka buat kerja diorang,,kalau tgk mereka busy serve customer,kat dining area bersepah,kita tolong kemaskan..jawatan sebgai asist manager @ manager hanya satu pangkat untuk menjadikan kita leader disana,bukan memisahkan jarak antara pekerja dan bos..




dalam hampir 3 bulan aku kerja,tipullah xkena marah dgn customer,miscommunication dgn diorang,ada customer complaint abt my staff and customer service,the quality of the product and staff,,semenya aku kena...sale jatuh,aku kena..ice cream short,aku kena,,stock xda,aku kena..staf wat hal,aku kena..hahaha,,tenshen tp enjoy!



most of my customer from arabian,chinese from china n other country,singaporian, malaysian and many more,,bila chinese from china (kitorang pggl nyonya bukit sebab diorang xpndi speaking english atau any language bsides chinese ) seme staff xmo serve..haha,,penat layan diorang..hanya guna bahasa isyarat sahaja,,tnjk bahasa badan ajew..dr situ,aku try belajar slow2..at least,xie xie=tq,,zaijian=bye2,,dan nombor2..yang paling best,selalu dapat tips dr customer.biasanya international customer,kadang kalau kita mintak nak duit matawang diorang,dengan senang hati diorang bagi,,sebab tu sekarang ni aku belajar kenal matawang international..dapat sembang dengan diorang..kadang customer ni memang ada yng betul2 friendly,,



kalau nak citer,terlalu bnyk moment dalam baskin robbin nie..aku akan simpan sebgai pengalaman terindah dalam hidup aku..semuanya ada pengajaran..seronok berada di genting,satu tempat yng aku xpernah impi nak jejak kaki..akhirnya,Allah hntr aku ke sana..parents aku risau bukan main lagi..

ready to new world,,nervous!

insyaAllah,awl julai aku akan melapor diri di giant petaling jaya sebagai hr asist..sedih sngt!parents aku nak aku turun,kerja di KL,lgpon,gaji kat situ ok sikit,dekat dgn adik aku yng belajar kat um,,sama2 jaga dia..mungkin setakat itu aje rezeki aku di baskin robbins..


sekarang,aku perlu tawakal,redha dengan aturan Allah..mgkin rezeki aku disana hnya sekejap,to memberi aku bnyk pengalaman..dan dunia baru aku akan bermula di giant..
semoga itu yng terbaik untuk aku,dan keluarga aku..aamiinn..


Saturday, March 16, 2013

isn't because of cockroach??

Assalamualaikum ..

this is a nice story, lot of lesson..apply in our life,,always happen around us..

At a restaurant, a cockroach suddenly flew from somewhere and sat on
a lady. She started screaming out of fear. With a panic stricken
face and trembling voice, she started jumping, with both her hands
desperately trying to get rid of the cockroach.

Her reaction was contagious, as everyone in her group also got
panicky.

The lady finally managed to push the cockroach away but ...it landed
on another lady in the group.

Now, it was the turn of the other lady in the group to continue the
drama.

The waiter rushed forward to their rescue.
In the relay of throwing, the cockroach next fell upon the waiter.

The waiter stood firm, composed himself and observed the behavior of
the cockroach on his shirt.
When he was confident enough, he grabbed it with his fingers and
threw it out of the restaurant.

Sipping my coffee and watching the amusement, the antenna of my mind
picked up a few thoughts and started wondering, was the cockroach
responsible for their histrionic behavior?
If so, then why was the waiter not disturbed?
He handled it near to perfection, without any chaos.

It is not the cockroach, but the inability of the ladies to handle
the disturbance caused by the cockroach that disturbed the ladies.

I realized that, it is not the shouting of my father or my boss or
my wife that disturbs me, but it's my inability to handle the
disturbances caused by their shouting that disturbs me.

It's not the traffic jams on the road that disturbs me, but my
inability to handle the disturbance caused by the traffic jam that
disturbs me.

More than the problem, it's my reaction to the problem that creates
chaos in my life.

Lessons learn from the story:
I understood, I should not react in life.
I should always respond.
The women reacted, whereas the waiter responded.

Reactions are always instinctive whereas responses are always well
thought of, just and right to save a situation from going out of
hands, to avoid cracks in relationship, to avoid taking decisions in
anger, anxiety, stress or hurry.

Have a nice day.
Copypaste:facebook

Thursday, March 14, 2013

money ??job ??

Assalamualaikum ..
Dengan Nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat..

alhamdulillah,setakat aku dah harung hampir 7 interview dengan pelbagai syarikat,pelbagai jawatan..family aku xterlalu memaksa untuk stay di terengganu,tapi hint tu tetap ada..hampir 2 bulan setengah aku jobless,maybe bagi orang lain,itu satu tempoh yang pendek,,tapi bila tgk family ak ada masalah kewangan+adik2 perlukan duit untuk belajar..i need to find job..i need money..



dan alhamdulillah sekali lagi,biasanya setiap kali aku hantar resume,memang aku akan dipanggil interview.Allah itu Maha Mendengar..dan sepanjang 7 kali interview,2 offer ak tolak..'cerdik',kan??huahua..bukan aku suka2 nak tolak,tapi lepas bincang dgn parents aku..

discuss on every aspect,parents ak kata better decline..maybe ak ada rezeki lain kot..setiap orang mempunyai rezeki berbeza,life berbeza..dan ak xsuka membandingkan dan dibangdingkan llife orang lain..kalau untuk amik pengajaran xpe,kalau sebab nak compare mana hebat,,mana mahal gaji..xsuka sngt!



semalam 130313,aku dapat interview di baskin robbin,midvalley city,kuala lumpur..aku apply supervisor jew,tapi dapat offer assistant manager,alhamdulillah..gaji untuk permulaan rm1000++ je..kira ok lar nak mula nak career ni,kan..dekat KL tu,,kalau setakat gi jalan2 amik angin,biasa sngt lar..ni nak keja..my dad always told me,KL is something place full of challenges..wat kind of challenges?i dont know..aku nak grab experiences,relate dgn dunia study aku..even ak blajar hrm,tp yng ini ada relation jugak..


i always remind myself,,pliz do not being gready..orang tamak selalu rugi..



aku harap ini keputusan yang betul,,aku pun tengah pening sekarang..mula2,parents akan rasa lain la kot bila aku xda nanti..sebelum ni,ak banyak bantu mereka dari segi kerja rumah,,amik adik kat sekolah,,pergi pasar...aku harap Allah akan mempermudahkan urusan mereka.amat berharap..aammiinn..

p/s::ak masih keliru untuk terima ke tak tawaran nim..semoga parents aku xmembantah..moga Allah mempermudahkan urusan ini..lancarkan perjalanan ini..aammiin

Wednesday, February 20, 2013

2nd interview as Customer Care Consultant

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mendengar..

Alhamdulillah,,selamat pulang dr KL untuk 2nd interview di Sudong Sdn Bhd..pernah dengar tak nama company ni sebelum nie?emm,macam berlaku misscommunication bila kita tak semak betul2,tapi siyesly,Allah banyak membantu..jawapan yng kelentong pon blh jadi betul..

aku bertolak dari kuala terengganu bersama my bestie,nabihah othman a.k.a biha^2..haha..bertolak awal pagi,,agak spoil mood,entah kenapa kami masing2 pening kepala,,macam xda mood sangat..emm..dan alhamdulillah,lepas mengharungi jam di KL,,sampai jugak di Klang Sentral pukul 6 petang..fuh!penat!..

dan,kawan biha^2 datang menjemput kami..namanya Mr S..hehe,,alhamdulillah,,sebelum kami check in hotel,kami pergi melawat tempat intebiu kami dulu,,Centro Mall Klang,here we come!mak oiiii,,jauhnya!penat jugak kami mencari..pastu..patah balik sebab hotel da reserve,kan..dugaan lagi bila jalan nak ke hotel xjumpa..haha,,penat punya penat dan Mr S bg suggestion,cari hotel lain je..emmm,ok lah..penat sngt dah ni..

then,,dinner with Mr S..seronok!macam dah lama kenal je,pdhal nie 1st time jmpa dia...hahaa..study punya study,dah xley terima..maybe penat kot..tapi malas nak tidor awal2..emm,thenn.dalam pukul 12.30 mlm,kami pergi study di McD sambil supper..kuat makan x?hahaa..habis semua makanan kami rembat..McFlurry wajib doh..study lah kami smpi pukul 2..

besok pg,kami bertolak awal,takut jam..baik sampai awal,kan..huahua..alhamdulillah,xdalah jam sngt..rupanya tempat tu lebih kurang macam shopping mall je..maybe tingkat atas,untuk opis2 je..lepas register lebih kurang,kena buat test..ada 6 test..makkk oiiii,,bnyk nyer,mcm intebiu untuk ceo je..

6 test :
IQ test->personality test->math test->english test->listening test->typing test..

alhamdulillah,semua test tu biha^1 dan biha^2 lepas..then,kami di intebiu lepas menungu dalam 30 minit..kedua2 biha,masuk bilik berbeza..ok,aku di intebiu 2 orang indian..1st impression,that guy agak psiko,and that woman not bad..she's keep smiling..1st question:what do u know abt Sudong Sdn Bhd..?ha!sudoh!habislah!..saloh company ke aku nim?then,i ask back..who is brandt international..then,baru phm,brandt international tue cuma agensi recruitment untuk sudong sdn bhd..hanya keep smiling,being honest,,jawab je mana yng mampu..

aku ingatkan ada jgk part puji diri sendiri,tapi xda pong..everything tentang teknologi..intebiu tu hampir 30 minit..tapi,aku xmooo ng harapan,,dan xrasa ada harapan..yng pntg,aku dah usaha..emm,,rezeki itu ditangan Allah..berserah padaNya..

Thursday, February 14, 2013

#REMINDER#

Assalamualaikum..


emosi kita,kita tentukan..

hujan di terengganu berhenti jugak hari ini..alhamdulillah,matahari mula pancarkan cahayanya..merasa panas jugaklah hari ini..alhamdulillah,diatas setiap nikmat Allah..
sebenarnya,aku terfikir beberapa perkara dalam hidup ni..[pemikir teragung jugak aku nim] huahua..

emm,macam2 orang takrifkan tentang hidup ini..yng pasti Allah Maha Adil,,kita takkan sesekali merasa bahagia jew,tapi kesedihan,kegagalan,frust..menda2 negatif tetap akan ada..hidup umpama roda..kejap diatas,kejap dibawah..soo,,pliz dont underestimate yourself and others..sebab menda tu akan rotate dgn sendirinya..apa yng kita ucapkan,akan jadi doa..dan jgn terkejut,,,kalu apa yng kita kata kat orang,akan terjadi kat kita balik...ada sapa2 yng terkena??

kadang,bila kita dalam masalah/ujian/kesusahan,,siapa yng sentiasa bersama??ada family/kawan/sedara mara/orng yng kita xkenal??bagi aku,setiap kesusahan itu ada hikmahnya,untuk mendapat kesenangan cari kesusahan dulu,kan..jadi,,siapa pun yng bersama kita..paling penting kita kena tahu..Allah lah kawan rapat kita..Dia akan sentiasa bersama dalam senang atau susah,,cuma bergantung pada kita sama ada untuk bersamaNya atau tidak....kan??


p/s:: remind yourself it's ok not to be perfect..everyone have pro n kont..everyone deserve to be happy..and everyone deserve to get what they want,kan?



Tuesday, February 12, 2013

*KONPIUS*

Assalamualaikum..

emmm,hari yang redup dan mendung hari ni..macam2 perkara yang harus difikirkan dalam diri ini..aku dapat second interview dari international company,tapi aku xdapat pergi disebabkan perkara2 tertentu..tentu sayang giler,kan..sebab salary pon not bad,plus parents aku kasi full support..tapi ada je halangan lain..mungkin bukan disitu rezeki aku..

rezeki itu dtangan Allah..Dia yng tentukan setiap rezeki hambaNya..bukan aku,,atau siapa pun..cuma,,ak prlu bantu parents aku..moga2 ada rezeki untuk aku dilain masa..aamiinn..

aku tahu parents aku msti frust punyer,tapi at the same time,xsanggup bagi ak izin pergi sana..xpelah...setiap apa yng berlaku pasti ada hikmahnya..setiap aturan Allah itu tepat pada masanya dan tempatnya..

ya Allah,kuatkan hati ini...


Monday, February 11, 2013

31 JAN 2013 *AWESOME DAY!! *


Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ^_^

alhamdulillah,aku selamat berumur 23 tahun pada 31 jan 2013..alhamdulillah,terima kasih Allah diatas setiap nafas dan kehidupan yang Engkau berikan pada aku..sesungguhnya,,hanya padaMu aku kembali..terima kasih pada umi dan abh kerana menjaga kakak dengan baik,selama 23 tahun...terlalu banyak kerenah si anak ini..terima kasih!hanya Allah mampu membalas jasa kalian..
dan...terima kasih pada kawan2 yang sentiasa alert dengan tarikh keramat ini..sentiasa ada doa dan wish dr kawan2..alhamdulillah..

dan!!tahun ini,,31 januari 2013 adalah wonderful day..history day bagi aku..sebab first time masuk muzium sejak aku hidup..ini pon sebab mr hanis [trainer gcap] suruh pergi sana,,,ada task sikit..kalu x,xmoo lah aku..huahuaaa..then,,aku di prank dengan dahsyat oleh kawan2 gcap aku dan trainers gcap aku [mr hanis n mr syed]..berkilo2 tepung depa dok kasi..huahua..memang dahsyat,,tp seronok sngt!teringat zaman uni dulu..windu!!

kawan2 saya yng giler2..haha :P

aduh!pedih!

selepas menjadi pancake

ketika di hadapan muzium


actually,310113 jugak hari last day dalam gcap..tacing ngt wase..sedih pon ada..lepas ni,konpem xda gosip2 comey,tegur2,galak2 sama ngn kawan2..setiap orang dah ada kehidupan masing2..pergi mencari cita-cita masing2..last day bersama mr hanis dan mr syed jugak..bnyk jugak knangan yang tersimpan bersama..sebab dengan diorang lebih lama berbanding dengan mr osman dan mr redzuan..they are awesome!!haha,,






sebenarnya,perasaan aku hari itu agak campur baur..gembira+sedih+sebak+sayu+happy= ???..entahlah,sememangnya gcap memberi satu kenangan manis dalam hidup aku..semua orang adalah kawan2,xda puak2,geng2..masing2 boleh bekerja bersama2..lelaki dan perempuan boleh bekerja bersama...emm,,kadang2 rindu jugak dgn member2 aku di uum..sesungguhnya,dalam usia 23 tahun..Allah telah memberi banyak kenangan manis pada aku..pahit pun ada..masam pun ada..Allah itu Maha Adill .. :)



pada tahun ini,insyaAllah aku nak buat wish aku..[magic pen ]..apa yng aku nak capai sebelum usia 24 tahun pada 31 jan 2014 [short tem]..dan wish aku sebelum usia 30 tahun [long term] *moga Allah panjangkan umurku..*aamiiinn ..

sekarang,aku kena aktifkan mood job hunter aku..nak cari kerja,nak cari duit...nak tolong keluarga aku..masih banyak tanggungjawab yng aku kena tunaikan dulu..setiap orang ada kehidupan masing2,kan...masing ada cita2 tersendiri,,ada persepsi masing2 dan masing2 ada jodoh masing2..last sekali,semuanya akan kembali pada Yang Maha Satu,Allah...


Saturday, February 9, 2013

A W.O.N.D.E.R.F.U.L TRIP.. ^_^

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang

alhamdulillah,aku selamat sampai dr kuala lumpur pukul 5.30 petang semalam..pergi kajang sebab ada career fair under GCAP..pergi dengan kawan2 gcap,so umi dan abah xdalah risau sngt..plan punya plan,alhamdulillah,Allah banyak membantu dalam interview...semuanya ok,,ada jugak cabaran tuh,tp berjaya jugak kami..*peace yoooo*


sampai di kajang pukul 8 malam,masyaAllah,penat sangat..jam teramat teruk..sampai pening giler..nak tidur dalam bas,nak maghrib sudah..sabo jelah..malam tu check in hotel,,double check dokumen untuk besok,terus kroh kroh..nikmatnya tidur..alhamdulillah.. ^_^
sebelum tuh,g mkn dulu..kat area kajang..xsempat nak pg satay samuri kajang..

biha with biha :)

kami yang comey

satu set ayam penyet..

besok pagi dah kena bangun awal2..coz kena naek teksi tok ke sana..kitorang 10 orang,so around 3 teksi jugaklah..ramai kan kami ni?huahua..alhamdulillah,sampai sana tepat pada masanya..memang,mulanya kami memang xclear pon camne konsep career fair tuh..just follow the flow..

bila masa makin bergerak,,mak aiii ramainya orang..nak interview semua ke nim..memang hebat persaingan..rasa macam makin mencabar..mujur ada kawan2,support each other..sambil breakfast,sambil bincang..


then,,select mana2 company yang ada..seme nama company jarang sngt dengar..lgpon,apa yng diorang kasi list sebelum ni memang xsama,sangat perlukan flexible..aku pon pening,sebab apa yng kita expect xda kat situ..xpelah,already bersyukur dengan apa yng Allah bg ni..

last,,aku pergi je mana2 company yng kosong..sempat lar pergi 2 3 company..itupun dah seharian..bayangkan nak kena compete dengan beratus-ratus orang kat situ..xpe2,rezeki itu ketentuan Allah..

dari pukul 8 pagi - 5 petang,kami berkampung kat ESSET,kajang..penat hanya Allah yang tahu..tp bila ingat harapan parents,dan harapan diri sendri..jd semangat pulop..at least,kami dah berusaha sebaik mungkin..lepas tu,balik hotel jap..solat..terus ke komuter UKM..our next mission..hehe..


dr ktm ukm,kami ke the Mines..smpi sana,terus cari food court..lapor!!mkn puas2,,perut pon kenyang..

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati..haha

lepas tu,one of trainer,,mr hanis jenalis pon sampai..jeng jeng jeng..nilah misi kami..maen bowling + kareoke dgn bersama mr hanis..tunggu punya tunggu,akhirnya sampai jugak mr hanis tu..huahua..

dr ktm serdang-the mines

ramai jugak main bowling malam tu,,tp ak xmaen coz xberapa sihat sngt..terliur giler tgk kawan2 main,tp xberapa larat..besok nak balik trg,simpan tenaga lah..
syok tgk diorang main,,ramai yng strike..ada member ak sorang nim,mula2 main,memang xpro..lepas kena train ngn mr hanis..terus power..strike je..mr hanis punyalah marah,,yelah,,kalahkan sifu pulop..haha

kusyuk dok tgk orng main

lepas tu,pg karok!ha!aku pon dah lama xkarok..tmbh pulak mr hanis blnja..tp ak xnyanyi pon..xlarat ekpong..huahua..tgk kawan2 nyanyi ,mr hanis nyanyi..jd ralik pulop..balik2 pukul 10.30 malam..lewatnya!!kalu umi tahu,konpem kena bebel 3 thn...haha

smpi kat ktm ukm,bas xda..teksi xda..jalan kaki lah..jauh giler,,4 km kot.pukul 12 malam di kajang..haha.perkara paling  best dalam hdup aku..seramai 10 orang..hampir 2 jam jalan kaki,habis cramp kaki,,tp xterasa pon sebab sembang xberhenti..haha..klako sngt..akhirnya smpi kat hotel pukul 2 pagi..awesome!!kena phewitt,,kena pndg pelik,,kena hon..ada belaka..alhamdulillah,Allah lindungi kami..naseb baek xda apa yng berlaku..penat tp enjoy!

dan besoknya,,kami pun balik ke terengganu..dalam bas,tidur puas hati..habis kepala pusing2..tidur habis nganga mulut..penat punya pasal..
 alhamdulillah,semuanya ok..everything going smoothly..moga ada rezeki untuk aku..amin :)
 oklah,,da penat menaip nim,,nak cramp jari..hahaa..
thank you Allah for gving dis chance to me..really appreciate it!alhamdulillah.. :)
adios,,assalamualaikum..have a nice day!! 

p/s::doakan moga kami mendapat kerja..aammiinn..:)