Assalamualaikum..
apa khabar ? moga sihat dan tenang selalu..hari ni aku ada pergi program "GCB stand for Graduation Character Building"..penat sangat,,nak tidur,tapi tak elok tidur petang,Rasullullah marah..
sekarang,MOOD : JIWANG JAP
dalam melayan perasaan,pdhal besok ada presentation,aku teringat kat seseorang...seseorang yang pernah memberi semangat pada aku,,walaupun hanya beberapa patah perkataan,mampu untuk aku tergamam..
namun,aku sedar...aku hanya manusia biasa..dia pun manusia..
orang kata.."kalu kita teringat kat orang,hanya pejamkan mata dan doakanlah moga sidia itu bahagia dengan redha Allah"..lagi bagus,kan..
semoga sidia bahagia disisi Allah..aku sedar,masih banyak tanggungjawab untuk aku galas..amanah dr Allah untuk menjaga ibu bapa aku pun masih tidak sempurna aku tunaikan..biarlah,,aku lepaskan je dia pergi..jika benar aku adalah tulang rusuknya yang tertinggal,biarlah Allah tentukan segalanya..aku yakin,janji Allah adalah pasti..jika benar dia jodohku,,Allah akan laksanakan janjiNya...aku serahkan segalanya pada Dia kerana Dia lebih tahu yang terbaik untuk hamba Dia ini...
biarlah dia pergi dengan kebahagiaan dia..semoga rahmat Allah mengiringi perjalanan kehidupannya..amin
biarlah dia pergi dengan kebahagiaan dia..semoga rahmat Allah mengiringi perjalanan kehidupannya..amin
--------------------------------------------------xx--------------------------------------------------------
ok,dah habis part jiwang..
aku tak tahu dari mana harus aku mulakan sebab banyak idea keluar untuk aku conteng blog aku ni,,
tapi biarlah aku mulakan dengan
"hargailah orang yang berbuat kebaikan pada kamu,,kerana sesungguhnya sedikit penghargaan itu mampu memberi 1000 kepuasan kepada orang itu"
wahai kawan...
sakit sangat rasanya bila kawan kita sendiri tidak pernah menghargai usaha kita..sememangnya setiap apa yang kita lakukan adalah kerana Allah..tidak ada sebab untuk kita meminta penghargaan manusia..
tapi...
sebagai manusia,biarlah usaha itu dihargai dengan tindakan kita yang menjaga kebaikan tue..tidak perlu untuk memberi hadiah dan cenderamata bagai,,tidak perlu memberi pujian..
sebagai manusia..
Allah ciptakan adanya hati dan perasaan..manusia dibekalkan akal dan fikiran untuk berfikir dan menilai...
jika kawan kita membuat kebaikan walau sebesar zarah sekalipun,hargailah..kerana penghargaan itu mampu meluruhkan segala penatnya..
tidak susah untuk berkata "terima kasih,awak..saya sangat menghargainya"
berterima kasih menjadikan anda seorang manusia yang merendah diri... |
selain tu,,berterima kasih pada Allah..sangat perlu dan wajib kepada kita sebagai hambaNya..Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNya..Allah tidak akan pernah meninggalkan hambaNya..
jika Dia memberi ujian,mohonlah kekuatan daripadaNya kerana dia adalah sebaik-baik penolong..
jika berterima kasih pada Allah,tiada ucapan yang lebih bernilai selain ALHAMDULILLAH
Allah Maha Mendengar...Dia sentiasa memenuhi harapan hambaNya,tapi kita je yang tidak pernah sedar...
setiap pujian itu hanya milik Allah,,itu hanya pinjaman dr Allah... |
kataakhirdaripenaja::-->jadilah seorang manusia yang pandai menghargai usaha orang lain..dan jadilah seorang hamba yang bersyukur..setiap masalah ada jalan keluarnya,,bersyukur dengan ujian Allah,,bersyukur dengan nikmat Allah..moga hidupMu sentiasa dalam rahmat Allah..amin...
haiwan pun pandai bersyukur,kita?? |
No comments:
Post a Comment