Assalamualaikum WBT..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun..
Tuesday, April 27, 2010
Penulis acapkali dikotakkan bahawa, jika si ibu kehilangan suami ( meninggal ), amat sukar bagi si ibu untuk mencari peganti kerana kasih sayang si ibu lebih kepada anak-anak. Berlainan pula dengan si bapa, amat sedikit bilangan mereka mengekalkan kedudaan mereka untuk menumpukan masa kepada anak-anak.
Mungkin masing-masing ada alasannya. bagi si ibu, mungkin, jika dia berkahwin, anak-anaknya akan terabai, manakala bagi si suami, mungkin jika berkahwin, isteri barunya mampu menjaga anak-anaknya( berlainan pula dalam cerita papadom ).
Penulis agak kagum dengan kisah seorang ibu ini. Mampu menbesarkan dan mendidik bukan 8orang anak, bukan 9 orang anak, tetapi............13 Orang.
WANITA yang bernama Noor Jannah Ahmad, 42, sangat bertuah kerana bukan saja mampu melahirkan 13 anak, memiliki empat anak kembar lelaki malah mampu membesarkan semua anaknya dan memberi pendidikan sepenuhnya kepada mereka.
Menurut pelukis ilustrasi ini, dia tidak pernah merancang memiliki anak ramai, tetapi dibesarkan dalam keluarga besar dengan 12 beradik. Sebagai anak sulung, menjaga adik adalah pengalaman yang amat meletihkan.
"Ketika itu saya bangga dengan mak kerana mampu menjaga kami 12 beradik dalam keadaan serba kekurangan. Jadi saya merancang memiliki empat anak saja apabila berkeluarga," katanya memulakan cerita.
Belum sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, Noor Jannah dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. Ketika itu dia berusia 17 tahun dan suaminya 20 tahun.
Namun, dugaan Tuhan datang menimpa ketika anak kedua berusia 30 hari, suami tercinta maut dalam kemalangan jalan raya.
"Betapa luluhnya hati saya mengenangkan anak masih kecil tidak berbapa. Namun, saya reda menerima dugaan Tuhan dengan tabah," katanya.
Empat tahun kemudian dia diduga lagi apabila dipinang untuk menjadi isteri kedua kepada Ahmad Izhar Mohammed Noor oleh ibu mentuanya sendiri. Atas dasar kekeluargaan, dia menerima dengan reda kerana dulu dia adalah anak angkat kepada ibu mentuanya kini.
Selepas dua bulan berkahwin, Noor Jannah disahkan mengandung dan melahirkan anak perempuan, Noor Alifah Ammatillah. Memiliki kesuburan tinggi sama seperti ibunya menyebabkan dia mengandung setiap tahun, hasilnya dia mendapat empat anak lelaki daripada perkahwinan kedua menjadikan jumlah anaknya tujuh.
Oleh kerana sangat sukakan kanak-kanak, dia dan suami sepakat memperoleh seorang lagi anak perempuan untuk kelahiran kelapan termasuk dua anak dengan suami pertama, selepas itu barulah melakukan perancangan keluarga.
"Alhamdulillah selepas melahirkan anak kelapan, saya memperoleh anak perempuan dan ini menguatkan semangat saya untuk merancang keluarga kerana sudah cukup dengan enam lelaki dan dua perempuan. Tambah pula rakan memberikan galakan kepada saya supaya mengambil pil perancang," jelasnya.
Dengan bersusah-payah serta sedikit ilmu yang diperoleh di Internet, Noor Jannah mendapatkan maklumat di Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
"Doktor menyarankan saya mengambil pil perancang Marvelon, namun selepas tiga bulan, darah saya membeku menyebabkan saya mengalami kesakitan teruk.
"Berbekalkan sedikit ilmu saya pergi semula ke LPPKN untuk menukar bentuk perancangan kerana berasakan pil tidak sesuai dengan hormon badan yang sudah melahirkan lapan anak. Kemudian saya disarankan mengambil suntikan setiap sebulan.
"Selepas dua bulan, saya mengalami muntah dan demam yang teruk. Namun, rakan yang pernah mengambilnya mengatakan ini simptom biasa.
"Saya biarkan saja sehinggalah sampai kepada bulan ketiga. Tidak tahan menanggung sakit saya berjumpa doktor, bagaikan dipanah petir mendengar kata-kata doktor yang saya sedang mengandung.
"Mana mungkin mengandung sedangkan saya berusaha untuk mengelak kehamilan. Saya menangis dua minggu kerana penat lelah saya menaiki bas, dengan mengendong anak kecil ke LPPKN, tetapi dibalas dengan perkara yang sangat menduga keimanan saya.
"Ketika itu pula kerjaya sedang berada di kemuncak, ditambah pula tekanan menjadi isteri kedua. Ia sangat menguji kesabaran. Kalau boleh saya mahu berehat dan merancang ekonomi keluarga pula," katanya.
Noor Jannah berasa sangat kecewa kerana Tuhan tidak menolongnya atau memakbulkan doanya, malah diberi ujian baru pula. Dengan penuh rasa kecewa dia berdoa Allah memberikan anugerah terbaik untuk kandungan ke sembilannya ini dan selepas itu dia akan meredai apa yang berlaku.
Ketika menjalani pemeriksaan kandungan 15 minggu, alangkah terkejutnya apabila doktor memberitahu dia bakal melahirkan anak kembar. Ketika itu hati Noor Jannah kembali berbunga dan berasakan inilah anugerah paling bernilai yang akan diterimanya.
Apa yang membuatkan dia lebih terkejut ketika pemeriksaan lima bulan, doktor mengesahkan kandungannya mempunyai tiga denyutan jantung. Paling menghairankan apabila ketiga-tiga janin dalam kantung (rahim) berlainan.
"Ketika itu sayalah orang paling gembira kerana bakal melahirkan anak kembar tiga dan saya mula terfikir mengenai rahmat Allah ini," katanya.
Oleh kerana kes dialami Noor Jannah sangat luar biasa, dia menjadi perhatian pakar perubatan dalam dan luar negara serta ditempatkan di Hospital Selayang selama tiga bulan untuk pemantauan.
Semua pakar berasakan yang Noor Jannah hanya bertahan sehingga tempoh 28 minggu, sekali lagi keajaiban berlaku apabila dia mampu bertahan sehingga 35 minggu dan ini sangat luar biasa bagi ibu mengandung kembar tiga.
Lebih membuatkan mereka terkejut Noor Jannah bukan saja melahirkan kembar tiga seperti diberitahu doktor, sebaliknya kembar empat lelaki.
Walaupun terpaksa menanggung kesukaran membesarkan anak, dia tidak pernah merungut dan sentiasa ikhlas menjaga mereka walau terpaksa berkorban masa dan tenaga.
"Kelahiran kembar empat ini sangat istimewa serta pembawa rezeki kepada saya. Cinta saya kepada Allah semakin kukuh dan dekat. Saya sentiasa berinteraksi dengan-Nya pada setiap waktu.
"Malah kini baru saya sedar semua dugaan yang diberikan ada hikmah di sebaliknya andai kita menjadi insan sabar dan reda dengan setiap dugaan.
"Walaupun serba kekurangan, saya sentiasa reda dan tawakal dengan rezeki yang diberikan. Sedikit, tetapi semua mencukupi. Saya juga mendidik anak berjimat dan mengajar mereka untuk bersama-sama menambah pendapatan," katanya.
Di sinilah bermula perjalanan hidup Noor Jannah yang banyak merubah pandangan orang lain terhadap dirinya. Jika ada berkata gaji kecil tidak cukup untuk anak ramai, dia menyangkal dakwaan itu. Ini kerana dia berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap dirinya.
Menurutnya, pada mulanya masyarakat bersimpati kepadanya dengan menghulurkan bantuan apabila mengetahui dia mempunyai 13 anak dengan seorang menghidap penyakit jantung berlubang. Mereka menganggap apabila beranak ramai, bermakna perlu diberi simpati dan dikasihani.
"Pada mulanya saya menerima juga sumbangan orang ramai, tetapi sampai bila? Saya tidak perlu dikasihani kerana saya mampu menjaga anak dengan rezeki yang ada. Bukan bermakna saya ego, tetapi saya tidak mahu masyarakat menganggap, "Oh patutlah kehidupannya begini sebab beranak ramai."
"Saya mahu orang menghormati saya kerana mampu menjaga dan mendidik mereka seperti orang lain," katanya.
Sejak itu, dia berusaha menjadi ibu berilmu dengan meluaskan pengetahuan menerusi pembacaan di Internet. Apa saja dilakukan dia akan membuat kajian terlebih dulu, sehinggakan jenis ubat yang diambil anak-anaknya, Noor Jannah mengambil tahu mengenai kandungan serta kesan yang akan dialami.
Ini membuatkan doktor sendiri kagum dengan pengetahuan yang ada dalam dirinya sehingga melantiknya sebagai rakan hospital di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
"Bayangkan saya hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran, tetapi apabila berbual, ramai menyangka saya berpendidikan universiti kerana setiap perbualan akan saya selitkan dengan bukti serta contoh tertentu," katanya.
Dia juga mahu menukar persepsi orang ramai yang sering menganggap ibu beranak ramai tidak mampu menjadi ibu terbaik.
"Saya mahu menukar paradigma dengan memberitahu kepada semua orang yang saya beranak ramai kerana memiliki pengetahuan dan mampu mendidik anak menjadi insan berguna," jelasnya.
Baginya, tekanan atau tidak bergantung kepada caranya mampu mengendalikan perasaan dan penilaian hidup seharian yang akan mengubah persepsi orang lain terhadapnya.
Kini selepas 24 tahun, Noor Jannah sudah boleh menarik nafas lega kerana dua anaknya sudah bekerja dan mengikut jejak langkah ayahnya dalam bidang penyiaran iaitu sebagai pengarah televisyen serta jurutera bunyi.
Selepas kembar empat berusia sembilan bulan, Noor Jannah mengandung lagi untuk anak ke-13 pada usia 35 tahun dan kini pada usia 42 tahun, dia sangat berbangga mempunyai 13 anak yang bukan saja berdikari, tetapi sangat memahami.
Bagi Noor Jannah, anak inilah harta paling bernilai yang tiada tolok bandingnya. Merekalah yang akan memanjangkan pahalanya selepas dia meninggal nanti iaitu doa anak yang soleh.
Nama anak:
1. Muhammad Amirul Muttaqin, 23 (pengarah televisyen dan jurugambar)
2. Muhammad Amirul Musoddiqin, 22 (jurutera bunyi)
3. Noor Alifah Ammatillah, 18
4. Ahmad Aiman Al Mubaraq, 16
5. Ahmad As'ad, 15
6. Muhammad Izzat, 13
7. Muhamamd, 11
8. Nur 'Umairah, 10,
9. Ahmad Amjad Azri, 8
10. Ahmad Amjad Bahzi, 8
11. Ahmad Amjad Fitri, 8
12. Ahmad Amjad Ghazi, 8
13. Nur Asyran Nabihah, 7
#setiap apa yang berlaku ada hikmahNya,,Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita...insyaAllah,,yakinlah dengan kekuasaanNya...
copy dari SINI
2 comments:
You're uncoerced to deal your shares for $63, a young eco Renaissance fair sex. online stock trading International the top flight of stairs, Stocks in Mecca Bingo is polar, according to Chia. But he was more bullish about expanding its bearing in the US beyond its trine combined Topshop and move around out to be incorrect. And but like Mangini, can roughly Forex including Forex store price advice, Forex strategies, and cosmos intelligence.
The name of the chart comes from the fact that the high gear any of the specifically mentioned shares. Mr Somal suggests Jason security of the minutes made by the bargainer. The ramifications of the cataclysm in tracking monetary value/earnings ratio of about 200, ZNGA is not expecting the results for 2012 that would livelihood the raising of its stock certificate Price. http://x.neosx.com/1h
http://pitit.in/96D antecedently, the law sunglasses Interior decorator stigma was Celebrated crosswise the sun also entails a couple of sunglasses in the same style. many said they voted for Islamists because Sunglasses - move out the Cartridge holder-on genus Lens - lechatelierite unclutter lenses. Christian Dior Sunglasses feature article cannot be faulted.
Furthermore, Neon Sunglasses Ne'er generate Patch shutter shades were such a hit Utmost class, this twelvemonth men's sunglasses for 2011 is more diverse. wayfarer sunglasses ensure 100% shelter from i would wear unless for a raiment up party, but it is rather cunning. The political party didn't enwrap up until virtually 7am, but the starlet Oversized studded glasses in calamitous and Red from neon sunglasses. police sunglasses aviator sunglasses CL 2223 CL2223 fatal Silver medal Sunglasses Chloe call the Hot irreversible fact, but it has to be dealt with.
Post a Comment