Monday, September 24, 2012

kisah sebuah cerpen....:)

Assalamulaikum..
kisah ini aku celup dari facebook..sebuah kisah yang sangat menyayat hati..entah betul atau tidak..yang pasti kisah ini memberi pengajaran kepada aku,,jangan menuduh melulu,,selalu berbincang dan selami masalah yang dihadapi..jika hanya menafsir tanpa sebab yang kukuh,,tidak adil bagi pihak yang satu lagi..
selamat membaca !

----------------------------------------------xxxx------------------------------------------------------

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang
baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku
expect masa kami belom kawin dulu. Masa
belom kawin, aku tengok dia memang sorang
yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki.
Member2 mmg puji la cara dia. So memang
susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu..
segan dowh. Memang obvious lah kalau aku
tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde ...
la

cemburu sangat sebab dia jarang borak2
ngan laki..
Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x
sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku
la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori
le dia nak layan. Haha. Memang market.
Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga
giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak
kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara.
Nama betol dirahsiakan. Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak
dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan
bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki..
Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer..
Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua.
Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia?
Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape
nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab
minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau..
Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak
jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko
nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua
jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik..
pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak
mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja
nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu
aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku
memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa
yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni
pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah
ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain
gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba.
Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka.
Haha. Aku ingat kena reject, satgi family
diorang terima. Warghh happy giler.
Alhamdulillah. So, memang sah la takde
jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku
nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia
kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah
x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai
laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat
rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool
semacam la pulak. Sepatah aku tanya,
setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka
mulut, memang x berbunyilah rumah
kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia
bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka
cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh
bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal
something, dia macam blur... Macam x
supportive sangat. Last2 aku dah malas nak
borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma
tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku
buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok
sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak
mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau
nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti
batok.. x bau rokok pon dia dah selalu
batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin
lama makin kurang aku merokok.. kalu gian
sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-
obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening
kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi
spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah
baju dia bau obat dalam kete. So aku akan
slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh
bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-
pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor
visibility lg, kami accident! Langgar bontot
kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini
aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara
sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti
keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan
rokok aku, so dia kena korbankan keje dia.
Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje
dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang,
dia kata masih sayang kat aku, nak aku
ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku
baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami
sangat serasi dan saling memahami, so dia
berani propose kat aku. Then aku teros
terang je la, aku cakap kat dia, yes aku
memang x kamceng mane ngan bini aku
skarang.. And banyak benda yang kami xde
persamaan. Ara memang x banyak bercakap.
Kalu aku cube buat lawak, dia macam x
tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak.
Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi
sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda
yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain
sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan
order benda sama je.. Haha macam tu la bini
aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi
masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau
ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti
merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak
dh x keje, dah cuba belajar masak benda2
lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika,
rumah tangga kami bahagia. Aku xleh
menduakan dia.. Aku memang sayangkan
dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg
last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah
besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai
mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini
aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg
bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train
elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga
esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu
la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x
seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari
aku makin bosan ngan rumah tangga kami.
Ara memang suka menyepi, jarang borak
panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan
kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk
rumah. Lewat malam baru balik, bini dah
tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje..
Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya
asyik keluar dengan sorang ofismate aku.
Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku..
Berbekalkan muka yang agak ade market ni,
dia macam sangkut lak kat aku. So dialah
yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku
borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia
untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin
ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak..
Dengan Lisa la tempat aku luahkan
perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia
tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia
kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila
dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan
anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke
hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain.
Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku
nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita
yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran
Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke?
Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat
muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air
semayang ke? X semayang ke? Ke cuti
sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan
Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot
sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan
ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah
4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa
dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh
sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk
hospital. Dan saat itulah baru aku
diberitahu, Ara mengidap penyakit barah
tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena
barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu
batuk, dan trpaksa menahan sakit bila
bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan
anak panah yang tumpul bila dengar benda
tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap.
Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama
makin teruk, dan bagi effect kat jantung.
Sebab pernafasan dia selalu kurang dari
sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah
yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung
dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku
mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada
ubat utk diminum sebagai pelincir dalam
tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan
ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu
minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah
bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu
hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku
asyik tinggalkan dia, bergembira dengan
pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung
derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan
aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata
mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku
menangis depan doktor tu puas2, wlapun
doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku
menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan
minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji,
mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku
suruh..
Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut.
Walaupon kat rumah dia tetap baca buku
pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan
keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku
sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku
belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami
kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang
aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada
sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas
resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula
bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang
sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan
cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati
abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam
abang, semoga abang mudah terlihat surat
ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku
x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku
x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa
baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku
segala2nya.. dan paling penting dia bagi
seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa
yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati.
Hari-hari memang keje ulang alik hospital.
Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak
Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler.
Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya
Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku
minta kebenaran doktor untuk bawa dia
melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku
nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia.
Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia
menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami
hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan
kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku.
Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku.
Siap cuba lukis gambar orang senyum..
haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat
bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku
dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali
dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku
melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat
isteriku, Kau berilah aku separuh
kesengsaraannya, biar kurang
kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya
kematian yang dapat mematikan sengsara
isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku
bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang,
biarkan anak kami dipangkuan memeluk-
meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku
pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia
pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan
Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih.
Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal
aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan
terakhir Ara..

No comments: