Monday, March 7, 2011

......salahkah aku ????

kadang2 aku xpaham dengan diri aku sendiri...aku xpandai untuk bertegas dan menetapkan pendirian....mana diri aku  yang dulu ??sudah jauh menghilang hingga aku xsempat nak kejar diri ak sendiri...ntah kenapa dalam semenjak dua nie aku rasa bnyk kesalahan yng aku lakukan..seme orang datang dan bercakap menda yang sama...kadang2 aku hanya mendengar dari memberi respond..aku da xthu respond apa yang aku berikan...siyesly,,,aku sangat tenshen namun aku redha kerana aku tau ini adalah ujian dari Allah...


aku teringat nasihat yang diberikan oleh cousin aku,,,


'Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...''•°




aku sangat yakin Allah mengtahui apa yang aku sedang lalui..aku sangat yakin Dia faham dengan diri aku kerana Dia yang mencipta diri aku...dan tiada Tuhan melainkan Allah....aku seorang hamba yang sangat leka dan lalai dengan duniawi ini..kadang2 aku sering mengeluh kerana bnyk masalah yang ditimpa atas bahu aku......memang bnyk tp aku sedar jika aku tabah menghadapi seme ini..ia akan menjadi satu kenangan yang manis buat aku..kenangan ketika belajar dan aku tahu selepas aku tinggalkan semua ini..pasti ia xkan berulang...seperti kata orang...kisah silam adalah perkara yang paling jauh dari kita..even kita stop 1 minit untuk kmbali kisah lalu..namun ia tetap xkan kembali...


kadang2 terlalu pahit dan perit untuk menerima setiap teguran itu...kerana memang lumrah manusia,mereka akan merasakan mereka adalah hebat....namun,aku sedar diri aku hanya seorang hamba yang diutuskan untuk menjadi khalifah....seorang hamba yang tidak pernah terlepas dari melakukan setiap kesalahan...seorang hamba yang sentiasa mengharapkan bimbingan dari Nya agar aku dapat mencium bau Jannatul Naim.....


teringat aku kepada firmanNya yang bermaksud :


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".  (surah al-baqarah:286)...




sesungguhnya Allah maha Mengetahui..dia mengetahui segala kesulitan kita..dan ingatlah jika kita sentiasa mengingatiNya ketika senang,maka Dia akan mengingati kita ketika susah..Dia xpernah lari dari kita,namun kita yang melarikan diri dari DIA..walau sebanyak  mana dosa yang kita lakukan,namun DIA tidak pernah berdendam dengan hamba2Nya....DIA sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya,walau hambaNya tidak pernah bersyukur diatas pemberianNya..namun dikala,air mata menitis,,dimana tempat bergantung selain daripada DIA ???....dan DIA tidak pernah menolak hambaNya yang sentiasa bertaubat atas kesalahan yang dilakukan malah diberi rahmatNya dan hidayah Nya ...


Dia tidak pernah lupa akan hambaNya..Ya Allah...Ampunkan segala dosa hamba Mu ini...semoga Engkau sentiasa melimpahkan rahmatMu keatas umat Islam dan lindunilah kami dari kesesatan yang nyata..amin ya rabbil alamin....



2 comments:

serikandi comel said...

hmmm sabar r biha...
kn ksilapan 2 a part of our life...
kite nie sntiasa dlm learning process smpai bile2...
yg pnting kite kne kuat... k...
smile....

si penglipur lara said...

mekacih kak comel...:)